Pendapat

AUKU dan hero mahasiswa

Rentetan isu dan peristiwa berkaitan mahasiswa khususnya di Malaysia banyak membuka mata dan mengetuk minda saya. Saya mengikuti sekadarnya, dan akhirnya, ada dua perkara penting yang saya kira perlu dijadikan noktah renungan buat diri saya, dan semua yang membaca.

1. Tanpa menafikan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ada yang boleh kita pertikaikan, persoalan yang lebih asasi yang perlu kita ukur ialah, sudahkah mahasiswa khususnya di Malaysia menggunakan ruang yang sedia ada semaksimumnya?

Kebimbangan saya (dan nampaknya mutakhir ini banyak peristiwa menjadi bukti) ialah fokus dan proriti mahasiswa tertumpu kepada perkara yang dikatakan menyekat dan menjadi pertikaian. Tenaga, masa, dan pemikiran dialirkan kepada isu-isu ini, sedangkan jika ditilik-tilik, di dalam komuniti mahasiswa sendiri terdapat banyak lagi isu lain yang lebih besar peratus kewujudannya, dan lebih patut dirisaukan lantaran kesannya yang besar kepada peribadi seorang mahasiswa, khususnya yang beragama Islam. Contoh yang saya kira paling jelas ialah budaya hedonisme di kalangan mahasiswa.

Di sini kita mampu mengukur satu realiti yang sedang terjadi – kebanyakan semangat mahasiswa tidak dilatari oleh kefahaman yang sepatutnya terhadap Islam dan tanggungjawab asasi seorang Muslim. Lebih spesifik, kebanyakan mahasiswa melihat aktivisme dan perjuangan menegakkan kebenaran dalam definisi yang teramat terhad, dan sangat bersifat jangka pendek.

Sebagai seorang pelajar di Universiti Al-Azhar, saya berkesempatan menyaksikan aktivisme para mahasiswa Ikhwan Al-Muslimin ketika rejim Mubarak masih berkuasa. Saya kira sekatan dan ancaman ke atas aktivisme mereka jauh lebih ganas dan menekan berbanding yang dihadapi mahasiswa di Malaysia.

Meskipun begitu, ruang yang sedia ada mereka gunakan sebaiknya. Mereka merupakan mahasiswa yang paling aktif menawarkan khidmat bantuan akademik kepada mahasiswa lain, dan mereka juga yang paling aktif menyuburkan kefahaman terhadap isu Palestin dan dunia Islam.

Yang membezakan mereka, dan yang menjadi faktor mereka terus aktif dan bergerak meski ditekan sekuatnya ialah kefahaman yang tepat dan luas terhadap Islam, dan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim.

Barangkali mahasiswa di Malaysia juga harus memikirkan hakikat ini, dan kembali mencari ruang yang lebih layak diberi prioriti, dalam keadaan Islam di Malaysia semakin hari dikikis kedaulatannya.

2. Hero-hero mahasiswa yang muncul di dalam akhbar tempatan mutakhir ini membuktikan kepada masyarakat seluruhnya, bahawa mahasiswa dan pemuda sentiasa mempunyai potensi untuk melakukan perkara-perkara di luar jangkaan. Keberanian, kelantangan, kelasakan menghadapi risiko, adalah nilai-nilai emas pada insan bergelar mahasiswa.

Bayangkan nilai-nilai ini dimanfaatkan bukan sekadar pada ruangan aktivisme politik sahaja?

Pandangan saya, yang menjadi perhatian para pimpinan di Malaysia, baik kerajaan mahupun pembangkang, ialah bagaimana nilai-nilai ini dialirkan menjadi satu kekuatan kepada agenda politik mereka. Ini tidak salah pada pandangan saya.

Yang salah ialah, dalam hal berkaitan aktivisme mahasiswa di Malaysia yang berhubung rapat dengan politik dan pengurusan kuasa pemerintahan, para mahasiswa diberi panduan dan sokongan yang cukup baik. Manakala dalam hal-hal lain, seperti perkembangan kajian akademik, pembinaan jatidiri dan peribadi yang komprehensif, pengembangan kemahiran kerja, dan lain-lain lagi, perhatian yang diberikan tidak pula sebegitu rupa.

Harus diingat, jika semangat orang muda tidak dipandu oleh kebijaksanaan orang lama, pelbagai musibah boleh berlaku. Jika tidak sekarang, ia akan berlaku pada masa akan datang.

* * * *

Dalam urusan membina dan mengembangkan keperibadian seorang mahasiswa, ketelitian yang diperlukan ialah seumpama ketelitian mengurus aset dan saham dalam urusan kewangan, kerana mahasiswa sesungguhnya, ialah aset dan saham bukan sahaja untuk negara, malah untuk dunia dan umat Islam seluruhnya.

Oleh: Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim,
Mahasiswa Tahun 3, Kuliyah Syariah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah

Blog: Atas Jalan Lurus

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

9 komen

  1. Maka lahirlah pendakwah yang penakut dalam medan menentang pemerintah Negara sendiri yang zalim lagi menindas. Sebab pemerintah ada senjata AUKU, ISA dan seumpamanya untuk menakutkan pendakwah ini. Alasan “kita masih ada ruang dakwah” akan terus digunakan oleh pendakwah yang penakut justeru dakwahnya hanya berkisar kepada usrah, mukhayyam, forum, hari sukan, carnival sosial tetapi pendakwah ini akan membisu dan takut untuk menasihat atau menegur pemerintah yang zalim yang makan duit rakyat berjuta atau berbillion ringgit, atau takut untuk membela mana-mana rakyat (dan keluarga mangsa) yang ditangkap secara tidak sah oleh pemerintah yang zalim ini. Pendakwah yang penakut ini hanya berkira untuk keselamatan dirinya sahaja. Kemudian dia akan beralasan mangsa yang di zalimi itu memilih jalannya sendiri dan pandai2lah tanggung sendiri padahal mangsa itu berjuang untuk membebaskan seluruh rakyat dari belenggu AUKU, ISA dan seumpamanya juga akan member laluan kepada pendakwah yang penakut ini berbicara tentang hak dan batil dimedan politik tanpa rasa takut bahawa periuk nasinya, jawatan dan kerjayanya akan terjejas. Pendakwah yang penakut ini akan berdemo Palestin sebab isu palestin ni semua rakyat – yang berusrah dan tidak berusrah, yang faham Islam dan tidak faham islam, yang se fikrah dan tidak se fikrah – akan sama2 berdemo sebab tidak ada rasa takut akan di tangkap di bawah ISA. Pemerintah yang zalim pun merestui demo ini sebab ianya akan mengharumkan lagi nama pemerintah yang zalim ini. Semasa di Mahasiswa, pendakwah yang penakut ini hanya berkisar kepada usrah, mukhayyam dan seumpamanya. Bila bekerja kelak pendakwah yang penakut ini juga berkisar pada usrah, mukhayyam, Palestin. Tetapi dia, pendakwah yang penakut akan terus membisu terhadap pemerintah negaranya sendiri yang melakukan kezaliman dan korupsi dengan sewenangnya2 di depan matanya sendiri sebab TAKUT juga kariernya, gajinya, periuk nasinya terjejas. Maka dia akan terus beralasan dengan alasan “masih ada ruang lagi berdakwah” sehingga pendakwah yang penakut ini menjadi tua, jadi datuk dan sikap yang sama juga akan di tanam kepada anak dan cucunya. Maka zaman pun berlalu dan pendakwah yang penakut ini sebenarnya melahirkan pendakyang yang penakut sepanjang masa dan terus membiarkan diri mereka di belenggu dan di cengkam dengan pemerintah yang zalim. Lebih teruk lagi bukan dia menentang pemerintah yang zalim itu, dia menjadi jurubicara agama bagi membenarkan tindakan pemerintah yang zalim itu. Alasan “masih ada ruang dakwah” merupakan alasan yang terbaik bagi pendakwah yang penakut hendak menjaga periuk nasinya. Kalau kita teliti rakan pendakwah yang penakut ni, dari kalangan mereka adalah orang bisnes, jawatan tinggi, oleh itu sesuailah guna alasan “masih ada ruang lagi”. Oh munkin saya silap berkata. Tak patut kata “Pendakwah yang penakut”. Kita tukar kepada “Pendakwah yang strategis” kot…

    1. akhirnya pendakwah yang "penakut" ini akan di nilai di sisi Allah SWT, krn pendakwah yang "penakut" ini tidak memerlukan penilaian manusia yg sememangnya suka menilai dan member label kpd org lain bilamana tidak bersama dgn cara fikir mereka… tidak mengapa wahai pendakwah2 yg "penakut" teruskan kerja kamu, jgn di hirau gelaran yg diberi, jgn di kisah halangan yg dtg, krn kamu melakukan kerja kamu tanpa perlu kamu ceritakan jerih perih pengorbananmu utk dakwah ini.. teruskan langkah kakimu, krn akhirnya Allah Ghoyatuna…

    2. Mungkin perlu jadi "pendakwah yang takut kpd Allah".
      Akhirnya Allah jua yang akan menilai status pendakwah itu. Ayuh pemuda2, mari kita nilai semula kefahaman kita terhadap Islam dan tanggungjawab asasi seorang Muslim. Sesungguhnya generasi pemuda yg "faham" akan lebih terkehadapan dlm berdepan dgn segala cabaran sebagai seorang mahasiswa + aktivis + pendakwah dlm masyarakat..

  2. Betul. AlHamdulillah. Praise be to Allah. Asal nak tulis – Mahasiswa lesu. tapi tukar kepada "Pendakwah". Dalam penulisan elok diselitkan something like "Kerajaan harus sedar atau wajar mengambil perhatian untuk menghapuskan AUKU. PM Najib TELAH berjanji untuk melihat kembali AUKU ini….Sebaiknya AUKU di hapuskan. " kemudian baru nampakkan dakwah itu luas, walaupun ada AUKU ruang dakwah masih terbuka luas." Kalau tulis macam ini, sejuk juga hati membacanya. BETUL, saya setuju kita berdakwah atas penilaian Allah. Dimana saja medan dan ruang kita, ianya atas perhatian dan penilaian Allah. Terima kasih.

    1. Syed Ahmad Israa' Ada masanya, macam situasi sekarang, "YOU" kena nampakkan, bongkarkan dan jelaskan kezaliman itu agar rakyat marhaen nampak apa itu kezaliman. Jangan "hit around the bush". Kena ada usaha praktikal untuk jadikan AUKU bersifat adil bro. Bukan mengharapkannya adil – itu angan2. Bukankah segala usaha sekarang bagi membantah AUKU adalah utk jadikan ia adil? Tapi PM Najib until now, masih membisu. Perhaps elok ISMA nasihat PM Najib. Mungkin dia nak dengar teguran atau nasihat dari ISMA. Pelikkan ada Kelab UMNO, ada Puteri UMNO dan pergerakan mereka ini tidak di cengkam oleh AUKU. Mereka boleh terlibat dalam PRU. Saya ulangi, Mahasiswa sebelah mereka boleh terlibat dalam PRU atau berdemo dan tidak dikenakan tindakan disiplin AUKU kan??? Maaf, jawapan yang panjang. "Ayahnda" JD

    2. Syed Ahmad Israa' Maaf kalau pak cik jawab cara macam di atas. I still like you very, very much, you know. Semoga berbahagia selalu. Maaf kalau pakcik menjawab semula. :))

  3. Sekadar perkongsian dari pembacaan, Demonstrasi mahasiswa di Malaysia mulai hangat bermula pada tahun 1960an lagi seperti Demonstrasi Hamid Tuah atau Telok Gadong (Okt 1967), Demonstrasi Membantah Kenaikkan Yuran Asrama (1967), Demonstrasi University Of Seven Sea (Dis 1967), Demonstrasi Anti Tunku (Julai, Ogos 1969), Isu Autonomi Universiti (Ogos 1969), Demonstrasi Papan Tanda (1970), Demonstrasi Gunting Rambut (Ogos 1970), Protes lawatan Perdana Menteri Thailand (Jun 1971), Demonstrasi Pembebasan Mahasiswa (Jun 1971). Sumber, Mahasiswa Mengugat, hlm 31-134.

    Cuma, tanpa idealisme yang jelas hasil daripada terikatan pada mana-mana parti politik, perjuangan itu mungkin akan mendatangkan satu natijah yang lain seperti ;.

    1) Kesan Emosi melampau.
    2) Kurang menggunakan pemikiran rasional.
    3) Meja rundingan tidak digunakan sebagai platform utama, sebaliknya memilih jalan demonstrasi sebagai platform pilihan. Seharusnya demonstrasi sebagai platform akhir (jika benar-benar perlu) dan mahasiswa jelas dengan tujuan perjuangan tanpa terikatan dengan mana-mana parti politik.
    4) Mahasiswa hanya akan diexsploitasi oleh mana-mana pihak tidak kiralah pembangkang atau kerajaan jika tidak mempunyai agenda yang jelas dalam perjuangan.

    Wallhualam. maaf panjang, sekadar berkongsi dari pembacaan yang sedikit 🙂 artikel yg sgt bernas. Jazakallahukhair akh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker