Pendapat

Fitnah BERSIH

Menjawab kenyataan saya di facebook ;

BERSIH adalah antara FITNAH yang besar, yang berlaku di bumi Melayu.”

Beberapa pengomentar meminta ulasan berkenaan apa yang saya timbulkan ini.  Sebelum itu, ingin saya kongsikan pendapat saya berkenaan BERSIH.  Tuntutan pilihanraya yang bersih sememangnya dibolehkan dalam Islam. Saya menyokong  tuntutan-tuntutan BERSIH tetapi tidak bersetuju dengan cara dan perlaksanaan BERSIH yang dilihat terikut-ikut semangat “revolusi” Arab Spring. Saya berpandangan tidaklah salah, jika kita meminjam semangat-semangat perubahan  ini, tetapi hendaklah kita pastikan semangat itu kembali semula pada Islam, iaitu kembali kepada neraca Al-Qur’an dan Sunnah dan bukanlah merujuk pada HRW (Human Right Watch) semata-mata.

Di mana agenda Islam?

Selain itu, perlaksanaan BERSIH yang dilihat kurang jelas pihak mana yang mendominasi perhimpunan tersebut menimbulkan tandatanya bagi saya.

Adakah agenda Islam yang dominan atau agenda puak Humanist?

Apakah agenda Islam dapat dimenangkan dengan BERSIH?

Percampuran  Haq dan Batil dan berlaku percampuran agenda yang tidak jelas dominasinya. Adakah dominasi agenda Islam melebihi  Jahiliyyah? Atau sebaliknya. Hal ini menimbulkan keraguan pada status BERSIH itu sendiri.

Semua ini tak lain tak bukan ialah persoalan-persoalan yang berlegar di kepala saya. Mungkin ada  yang akan menjawab “rakyat” atau “masyarakat madani” yang mendominasi demonstrasi ini.  Hendaklah kita ingat perhitungan terhadap sesuatu bukanlah bergantung pada kehendak rakyat dan masyarakat semata-mata tetapi perlu juga merujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah. Tidak dapat tidak, dominasi agenda Islam dalam masyarakat  adalah perlu bagi menjamin hak-hak Islam dan mengelakkan pihak-pihak musuh menggunakan semangat rakyat ini sebagai batu loncatan untuk melaksanakan idea –idea busuk dan jijik mereka.

Fitnah Yang Besar

FITNAH 1.0, 2.0, 3.0…

Jika kita imbau kembali peristiwa Fitnah Pertama iaitu Fitnah Pembunuhan Uthman yang membawa kepada pertelingkahan antara Sayyidina Ali r.a dan Sayyidatina ‘Aisyah r.anha. ia juga merupakan perang saudara pertama dalam sejarah Islam.  Peristiwa ini dikenali sebagai Perang Jamal.

Peperangan  antara  Pasukan  Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a dan Pasukan Sayyidatina ‘Aisyah r.anha dalam Perang Jamal telah memecahkan kesatuan ummat pada ketika itu. Perang Jamal terjadi akibat daripada perbezaan pendapat orang-orang pada masa itu tentang penuntutan balas atas terbunuhnya Uthman dan pendapat Ali yang lebih mendahulukan untuk menyatukan kembali negara yang telah berpecah setelah terjadinya Fitnah Pembunuhan Uthman.

Jika diteliti sejarah, kedatangan Pasukan Ali ke Basrah pada awalnya ialah untuk menyatukan saf-saf umat pada  awalnya dan bukanlah berniat untuk memerangi Pasukan ‘Aisyah tetapi untuk mengukuhkan kembali kesatuan Umat Islam.

Para pembunuh  Sayyidina Uthman r.a mengetahui khabar tersebut dan menjadi cemas lalu mereka menyusun strategi bagi menimbulkan kekacauan antara kedua-dua pasukan.

Mereka menyerang Pasukan ‘Aisyah dan Pasukan ‘Aisyah menyangka Pasukan Ali yang menyerang mereka, lalu pasukan ‘Aisyah membalas kerana cuba pertahankan diri, lalu berlakulah peperangan besar antara mereka. Semuanya disebabkan oleh fitnah yang dicetuskan oleh pembunuh-pembunuh Uthman bagi memecahkan kesatuan Muslimin.

Kemudian berlaku pula Perang Siffin yang terus memecahkan ummat ini kepada Sunni dan Syiah dan fitnah tersebut berterusan hinggalah ke zaman Bani Umayyah dan seterusnya.

BERSIH 1.0, 2.0, 3.0…

Adakah BERSIH menyatukan saf umat Islam?

Adakah BERSIH  mengurangkan sengketa yang menimpa umat?

Adakah semakin terjalin ukhuwwah dan persefahaman antara kita?

Jika kita lihat situasi BERSIH2.0 dan BERSIH3.0 berlaku sengketa antara Demonstrator dan Polis,  Pembangkang dan Kerajaan, PAS dan UMNO.

Si Demonstrator dan Si Polis

Si Demonstrator memanggil Si Polis sebagai Anjing UMNO/Kerajaan. Si Polis pula memanggil Si Demonstrator sebagai Anjing Ambiga dan sebagainya.

Si Polis memukul Si Demonstrator dan Si Demonstrator memukul Si Polis.

Siapakah Si Polis dan Si Demonstrator?

Tak lain tak bukan, mereka ialah saudara kita sendiri, berdarah Melayu dan beragama Islam.

Tidakkah perkara-perkara yang berlaku ini membentuk bibit kebencian yang mendalam terhadap satu sama lain?

Sampaikan ada mahasiswa yang mahu polis dibunuh kerana ibunya dicederakan semasa BERSIH 3.0.  Inilah suatu FITNAH yang membawa kepada perpecahan. Sedangkan umat ini dituntut untuk saling berkasih sayang, bersepakat dan bersatu atas isu-isu bersama dan berlapang dada dalam pendapat yang berbeza.

Saya memahami pihak terbabit inginkan keadilan dalam pilihanraya, media yang telus dan sebagainya. Tetapi adakah wajar 8 tuntutan tersebut dibayar dengan harga perpecahan umat?

Apa yang hendak saya utarakan di sini ialah bukan semata-mata berkenaan Si Polis dan Si Demonstrator. Tetapi mereka hanyalah sebagai wakil daripada golongan mayarakat iaitu pemimpin, penguasa dan rakyat, yang mana masing-masing mempunyai tugas dan amanah yang dipikul sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini.

Kesimpulan

Mengapa saya sebutkan kisah Perang Jamal dan BERSIH?

Fitnah Pembunuhan Uthman dan Perang Jamal merupakan permulaan titik perpecahan ummat Islam kepada kelompok-kelompok tertentu dan fitnah ini semestinya didalangi musuh Islam yang berusaha memecahkan kesatuan umat.

Jika kita lihat situasi di Tanah Melayu sekarang ini. Sudahlah orang Melayu Islam terpecah kepada dua parti(parti besar yang mewakili umat Melayu) , iaitu PAS dan UMNO, dan usaha untuk menyatukan mereka pada isu-isu umat sangat sukar, diadakan pula BERSIH yang penuh dengan syubhah dan fitnah yang mana menyukarkan lagi kesatuan ummat ini. Jangan kita menang sorak, kampung tergadai.

Solusinya, perlulah kita mengenali siapa musuh kita

  • Musuh Pasukan Ali bukanlah Pasukan ‘Aisyah dan begitu juga sebaliknya.
  • Musuh Si Demonstrator bukanlah Si Polis dan begitu juga sebaliknya.

Maka siapa musuh kita?

Tentunyalah anasir-anasir kafir dan jahiliyyahlah musuh kita, baik dalam jelmaan manusia, ideologi, pertubuhan dan sistem.

Umat ini wajib bersatu, kenang kembali kegemilangan kita yang lampau. Lihatlah, kesatuan kita dahulu merentas lautan, Empayar Melayu Melaka, Empayar Islam Acheh dan bermacam-macam empayar Islam di Nusantara yang mana dikepalai oleh orang Melayu. Pegang kembali jati diri kita yang asal, satukan AGENDA kita dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang mungkin boleh memecahbelahkan kita.

Ingatlah, apa pun keputusan kita,

Jagalah Maqasid Syara’ yang lima,

Elakkan perpecahan sesama kita.

Oleh: Muslim bin Abdullah Zaik,
Aktivis ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

69 komen

  1. Alhamdulillah.. Telah membacanya dengan lapang dada.. Bagi saya, satu point yang disebutkan "Tetapi adakah wajar 8 tuntutan tersebut dibayar dengan harga perpecahan umat?" perlu dilihat sebagai peperangan antara keadilan dan penindasan. Perbuatan menuntut keadilan adalah perintah Qat'ie dari Allah SWT, kerana semua manusia suka kepada keadilan.

  2. What we must do next is pangkah UMNO…. then kita bersihkan apa yang dikatakan sedikit kekotoran yang terpalit dalam UMNO…insyaAllah mereka yang diluar sana takut dengan kesatuan kita.

    1. Pangkah UMNO? Saya tak rasa ini adalah pendapat dari pihak ISMA sendiri. Pihak kerajaan byk korupsi dan tak betulnya, pihak pembangkang juga tidak terlapas dari kegagalan2 dan kekurangan2 sendiri.

      Yg kita perlu serukan adlh kesatuan umat Islam di bumi kita ini. Kesepakatan para pemimpin umat Islam dlm mmbela dan menegakkn kebenaran Islam, terutamanya dlm isu2 akidah umat Islam di bumi Malaysia. Kesepakatan dan kesatuan umat pada hari ini semestinya adlh apa yg terbaik Islam, insyaAllah.

    2. Inilah masalahnya pihak pembangkang. Bila ditegur, dikata pro UMNO. Cuba perhatikan betul-betul agenda yg ISMA bawa. Kalau agenda ISMA sekadar perjuangan bangsa semata-mata tanpa memartabatkan ISLAM, maka saya sendiri akan mengatakan ISMA pro UMNO. TETAPI, agenda ISMA sangat-sangat meletakkan ISLAM sebagai tujuan utama.

      Fahami mesej yg hendak disampaikan. Bila dikritik, tidak bermaksud membenci. Tetapi, kerana inginkan perubahan kebaikan.

    3. Alangkah ruginya sebuah perjuangan,jika kita hanya melihatnya dalam kerangkan UMNO PAS..Tak UMNO,mesti PAS..Tak PAS mesti UMNO

      Buat Lee Cha OM.bekas rakan seperjuangan di UTP,tak perlu buat konklusi sebegitu jika anda baru terbaca artikel ini sahaja..Baca lagi banyak statement ISMA menyentuh politik negara.ISMA tiada kepentingan politik,tetapi masa depan Islam.yes.Itu kepentingan ISMA..Bila ISMA sokong usaha PAS,takde pulak nak komen kata ""dan inilah laluan yg nampaknya cuba ditonjolkan oleh isma(katanya neutral)..selamat mengundi..huhu""

    4. Muhammad Aminuddin Muhammad Aminuddin maaf mungkin saya tersilap..tp ini bukanlah artikel pertama saya baca kat sini bahkan dah lama saya membaca artikel dr web isma ni..saya ikuti perkembangan dia..mungkin saudara cuba membuat konklusi awal..xpe,perkara biasa..isma ni dr segi penulisan artikel politik memang tidak neutral tidak perlu dipertikaikan lagi,dr segi penulisan agama amat bagus..sebagai pembaca dan ahli saya tidak rasa semua perlu jadi yes man dlm web isma ni sbb isma juga perlukan kritikan unutk membina isma yg lebih baik slepas ini..seperti jugak isma mengkritik pimpinan politik seperti itu juga orang akan mengkritik cara isma..perkara biasa..saya juga bukan mengkritik semua artikel isma bahkan beberapa artikel boleh dipuji tp yg kurang tu memang patut dikritik supaya boleh diperbaiki di masa depan..andai kata ingin menjadi neutral,sepatutnya setiap artikel itu membabitkan kedua2 pihak sbb dimalaysia mostly perkara berlaku disebabkan dua pihak ni iaitu kerajaan dan pembangkang..maka selective perception ataupon filtering dlm mebuat artikel tu sangatlah tidak bijak..sekian.salam.

    5. Saya berpandangan, jika orang yg dah lama dan bnyak kali membaca artikel di web ISMA ni, sepatutnya mereka ni lah orang yg lebih jelas ape yg ISMA nak bawa sebenarnye.. jauh dari kepentingan politik atau apa2 kepentingan selain kepentingan untuk ISLAM itu sendiri.

      Melainkan mereka membaca artikel2 sume ni, tetapi masih lagi fikiran dibelenggu dengan kerangka politik atau apa2 kerangka fikiran yg jauh dari landasan persepakatan ummah.

  3. Tak bererti tak sokong BERSIH, maknanya orang itu sokong UMNO. Pemikiran haruslah di luar kotak kepartian. Selagi pemikiran berada dalam kotak kepartian, tiada kesepakatan dicapai menentang MUSUH SEBENAR.

  4. BERSIH fitnah? Mana lebih besar fitnahnya.. Himpunan BERSIH yang mewakili suara rakyat semua kaum, bangsa dan agama yang ingin mengangkat keadilan atau ketidakadilan dalam daftar pemilih.. pemilihan pemimpin sehingga mengangkat pemimpin yang zalim dan bencikan Islam.. yang kian hari..membolot harta, hasil bumi malaysia untuk kepentingan perut mereka. Menindas rakyat yang lemah.. Sesungguhnya, negara2 islam sekarang kebanyakkannya telah bangkit dan berusaha dalam zon jihad.. Sekurang2nya BERSIH ini menyatupadukan rakyat yang berbeza Agama.. dan bangsa lain kini sudah makin mempercayai ISLAM dengan cara mereka dapat menerima PARTI ISLAM.. suatu yang amat sukar dipercayai untuk 10, 20 tahun yang lepas.. Inilah syiar, dakwah ISLAM yang perlu kita banggakan.. kebangkitan rakyat untuk mengangkat keadilan dan membenci kezaliman..Siapa yang mengatakan PAS dan ummah Islam menyokong Ambiga dan fahaman yg dibawanya adalah sama sekali silap, bahkan umat islam yang berhimpun pada hari itulah antara penentang fahaman LGBT dan murtad. Dalam kes bersih ini, rakyat pelbagai kaum dan agama, bersatu atas maksud mengangkat keadilan..

    1. Berhujah tanpa fakta dan dalil. Tiada bukti menunjukkan kesan dari BERSIH, bangsa lain semakin mempercayai Islam. Bawakan bukti, barulah lebih menarik. Kalau sekadar berkata kosong, di kedai kopi pun org blh kata.

    2. Meneroka Angkasa – KEnapa tak tanya..Mana pergi Puak Kristian yg sama turun ke Jalanraya menentang Mubarak.. mana student yg turun ke jalan raya menentang Mubarak.. kenapa selepas Mubarak Tumbang.. Ikhwan mendominasi Pilihanraya?? mana pergi anak Muda.. mana pergi Puak Kristian.. kan Soalan macam Tu soalan Bodoh.. Hakikatnya siapapun.. Apapun Latar Belakang.. Ini zaman Perubahan.. biar siapa pun Yg Bawa Agenda Perubahan Rakyat akan sokong.. lu tak payah Spin la lebih2.. Agenda PTPTN tetap dibawa.. Anak Muda Menghantar Signal kepada Pemerintah yg Zalim..Itu suara Mereka..

    3. Rais Abdul Rahman – Begitulah Perbandingan Pendapat ISMA dgn Benda yg takde kait mengait.. Ada diatas Tu Tulis Revolusi.. diatas Menulid Kebangkita Anak Muda danrakyat pelbagai latar Belakang agama dn Bangsa Menentang Kezaliman..

    4. Rais Abdul Rahman – Takpe lah.. Cuba faham2 kan Isu Pokok Berkaitan BERSIH – Bukan dikait dgn Anasir2 yg lain.. nanti gua sambung.. nak gerak ke KL..

  5. What's next?

    Duduk Bantah menuntut kesatuan muslimin Malaysia lebih penting daripada Duduk Bantah BERSIH.

    Bayangkanlah, seluruh rakyat turun mendesak agar Islam dimartabatkan di segenap ruang; baik ruang UMNO-PAS, mahupun ruang kehidupan harian masyarakat. Umat Islam di Malaysia ini bukan UMNO-PAS saja. Banyak lagi pihak lain.

    Kesatuan kita bukan atas nama parti politik. Tapi atas nama Islam.As long as you're muslim, we are One Big Family (bak kata Maher Zain). ^_^

    1. Bilal Jailani – Dua Perkara Berbeza tu.. BERSIH takde kena mengena dgn Kita Membantah Kesatuan Muslim.. Baca Tuntutan 8 BERSIH tu.. tang mana Lawan Islamnya? macam Najib buat 1 Malaysia.. apakah Itu pun Perpecahan Islam? Paklah Buat Islam Hadhari..? macam Tunku Minta Kemerdekaan pada British.. Pun Khianat Pade Islam la.. Spin la lu..

    2. Ipoh Mali – Saya tak maksudkan BERSIH lawan Islam.

      Saya hanya guna frasa "Duduk Bantah" sebab itu trademark BERSIH 3.0.

      Bagi saya, kalau orang Islam boleh berkumpul ratusan ribu untuk tuntut pembersihan pilihan raya, maka untuk masa depan Islam, mereka sepatutnya boleh kumpul seperti itu juga.

      Persoalannya, adakah orang Islam mampu? Saya tak rasa orang Islam mampu. Kerana mereka tidak pernah disatukan bawah satu agenda.

    3. Bilal Jailani – kenapa Tak Mampu.. Ini antara Pertembungan "Haq dan Bathil".. Anak Muda..Ulama' Al-Azhar pun tidak Mampu bersatu dgn Penyokong Regim Mubarak yg Sekular atas nama Islam.. satu perbandingan yg Kurang Tepat.. kerana ia dua Perkara Berbeza.. Dalam Bab Hudud sendiri Pun yg sudah Tentu Menjadi Kewajipan sesama Ummat Pemerintah yg dikuasai Regim Najib juga tidak Boleh Bersatu Menyokongnya.. Ketika Pemimpin UMNO menghina Hudud..Majlis Fatwa..Badan Agama pun Membisu.. Padehal ini satu kewajipan kepada Pemerintah..

  6. apabila melihat dan meneliti artikel-artikel yang dikeluarkan oleh ISMA selepas sahaja PRU yang ke-12, ISMA lebih cenderung untuk:

    1. SELALU Memberikan komentar apa yang dirasakan salah yang dilakukan oleh pembangkang. alhamdulillah, bagus. Tapi jarang sekali mengulas mengenai apa yang sepatutnyer salah dilakukan pemerintah. Pemerintah patut lebh ditegur kerana KUASA di tangan mereka. Jadi harap lebih adil dalam memberikan komentar.

    2. ISMA selalu menimbulkan persoalan terhadap cara-cara yang dilakukan oleh pembangkang. seperti , adakah ia menguntungkan islam? adakah ia menyatupadukan islam? ini standard biasa persoalan isma. jika isma berpendapat apa yang dilakukan oleh pembangkang atau pas dalam mendaulatkan islam itu salah cara dan tidak kena dengan syarak…adalah lebih baik isma mengeluarkan dan mencadangkan SOLUSI yang praktikal yang JELAS dan TEPAT..supaya ia tidak berakhir dengan hanya SEBUAH PERTIKAIAN atau KOMENTAR. barulah KRITIKAN atau PERTIKAIAN itu menjadi amalan yang sihat. denga kata lain kritikan dan pertikaian yang baik adalah apabila ia diakhiri dengan cadangan SOLUSI yang lebih praktikal, JELAS dan TEPAT.sekadar pendapat daripada saya yg dhaif.sekian.

    1. ahli2x isma tidak komen mengikut perspektif politik. mengkomen pembangkang bukan sebab mereka adalah pembangkang. memilih utk tidak komen kerajaan bukan sebab mereka adlah kerajaan.

  7. Bising bila orang keluar BERSIH. Ada yang kata haramlah.

    Dr Yusuf al-Qardhawi pernah cerita dalam buku beliau Risalah al-Azhar Baina al-Ams Wa al-Yaym Wa al-Ghad bagaimana para ulamak al-Azhar buat demonstrasi yang turut disertai oleh rakyat dalam proses pemecatan gabenor Mesir lantikan KHILAFAH Turki Uthmaniah. Kesnya apabila rakyat mengadu kepada para ulama al-Azhar tentang kezaliman Khursyid Basya, akhirnya para ulama al-Azhar bersidang di Dar al-mahkamah al-Syar`iyyah dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk PECAT Khursyid Basya. Mereka bersetuju untuk melantik Muhammad Ali al-Albani sebagai gabenor Mesir yang baru.

    Selepas itu para ulama al-Azhar yang diketuai oleh Syeikh al-Azhar sendiri ketika itu Syeikh al-Syarqawi dan ketua Niqabat al-Asyraf (badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan keturunan Rasulullah di Mesir) iaitu al-Sayyid Umar Makram telah berarak ke kediaman Muhammad Ali. Perarakan seumpama demonstrasi ini turut disertai oleh rakyat Mesir dengan jumlah hampir 40 RIBU orang.

    Lepas Khursyid Basya kena pecat, dia hantar wakil untuk bertemu dengan para ulamak al-Azhar. Wakil Khursyid sebut: "Bagaimana kamu berani memecat Khursyid Basya sedangkan Allah berfirman: Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulul Amri daripada kalangan kamu"? Dengan sempoinya wakil Niqabat al-Asyraf iaitu al-Sayyid Umar Makram jawab balik: Ulul Amri adalah para ulamak, pendokong syariat dan pemimpin yang adil. Adapun sahabat kamu itu (Khursyid Basya) dia adalah seorang yang zalim. Sudah menjadi tradisi semenjak zaman berzaman bahawa penduduk sesuatu negeri akan memecat para gabenor bahkan Khalifah dan sultan sekalipun sekiranya mereka zalim".

    Rujuk Risalah al-Azhar m/s 38 – 40.

    Kalau Syeikh al-Azhar ketika itu pun join sama BERSIH untuk pecat Khursyid Basya dalam keadaan Khilafah Islamiah masih ada, rasa-rasanya nak buat BERSIH untuk bersihkan pilihanraya lagi-lagilah patut kena buat..

    (Ust Hairul Nizam Bin Mat Husain – Master dalam pengkajian hadis Universiti Al-Azhar).

    1. bukan masalah demo.masalahnya kesatuan dan kekuasaan orang Islam.sebab tu penulis tanya,demo ini,menguntungkan ISLAM atau DEMOCRACY? kalau di mesir, akhirnya yang gantikan adlh albani,tiada campur tangan luar, dll yg buktikan banyak perkiraan yang jauh beza dgn keadaan d malaysia,dan keadaan itu tak sesuai diqiaskan.

      lagi satu *cuba cerita apa berlaku lepas Muhammad Ali al Bani dilantik. cerita tak habis lagi tu,ha..

    2. Zaid Zainur Rashid
      knapa terlalu berfikir dalam skop yg terlalu kecil?
      jika kata mahu dikiaskan situasi di malaysia,
      jalan TERBAIK utk menegakkan hukum ISLAM adalah melalui sistem demokrasi,krn itu adalah sistem yg diamalkan di ngara mesia,
      jadi dgn cuba menegakkan ISLAM melalui demokrasi adalah cuba menegakkan ISLAM itu sendiri
      jgn dikatakan dlm islam tiada demokrasi,krn zaman khilafah islamiyah lagi telah diamalkan sistem demokrasi.

      matlamat utama sesebuah JEMAAH haruslah hingga tertegak nya DAULAH ISLAMIYAH.
      Negara sndiri belum tertegaknya daulah islamiyah,bagaimana satu dunia?

      ana mahu tnya, apa yg ISMA telah lakukan dalam menegur pemimpin yg seharusnya amanah pertamanya adalah menegakkan hukum Islam,tetapi tidak????
      selain hanya mengkritik @ mengulas tindakan pihak pembangkang setiap kali tanpa sekali pon dilihat kritikan atau ulasan terhadap tindakan pemimpin????

    3. Zaid Zainur Rashid maksud anda, nak tolak demokrasi ke ni? adakah masalah demo ini akan meruntuhkan kesatuan umat Islam, atau pihak2 yg tidak bertanggungjawab yg memutar belitkan fakta keadaan dan fatwa agama yg akan memecah-belahkan dan menakut-nakut kan org Islam? saya tak nampak masalah apa yg menyebabkan keruntuhan kesatuan umah Islam dalam demo. yg saya nampak, hanya pihak yg menggunakan agama sebagai alat utk mereka kekal berkuasa.

    4. Zaid Zainur Rashid – Selepas Puak kristian.. Student.. Anak Muda… Ulama; Azhar Menentang Mubarak.. Kini ISLAM telah Berpecah..kah kah kah.. Org Kafir telah memimpin Mesir.. kah kah kah… Hakikat Parti Islam la yg menang Besar.. Yg rugi tu puak sekular Macam UMNO.. mcm Mubarak..kah kah kah

    5. terasa nk komen… hehe… tp x pnjng 🙂 ana rase zaid x menolak demokrasi saudara azim hamid… persoalan yg slalu timbul dlm fikiran ana… ape yg menguntungkan islam di Malaysia selepas demo bersih baru2 ni… ana mohon sume share dan sebarkan jika betol2 ade… kalo perlu ntuk menulis satu artikel yg panjang… lg bagos… bkan kite nk lawan sape yg betol… tp elok manfaat yg kite peroleh dpt dikongsi bersama… bkan gitu? 🙂

  8. Dalam isu BERSIH 3.0 dan PTPTN ini, saya lebih suka menyentuh tentang agenda siapakah yang hendak dibawa oleh budan2 yang Occupy Dataran tu sebelum 30 April. Yang saya fahamlah, kalau di Amerika contohnya, pelajar2 U memang occupy sungguh2 di merata cerok selepas Occupy Wall Street. Mereka berjuang atas isu yang sangat jelas bagi mereka dan mereka mengekalkan prinsip itu sepanjang mereka Occupy. Balik ke Malaysia, satu soalan timbul: Ke manakah perginya budak2 Occupy Dataran tu selepas Bersih 3.0? Kenapa tak occupy balik Dataran Merdeka? Adakah isu PTPTN terus lenyap pasca-BERSIH 3.0? Mana perginya juara2 yang "memperjuangkan" penghapusan PTPTN? Atau sudah ditenggelami dan ditendang terjang oleh pemimpin2 parti politik dari PR kerana khidmat geng Occupy Dataran sudah tidak diperlukan lagi? Atau Occupy Dataran hanya satu batu loncatan yang sensasi dan glamorous sebagai pembuka tirai bagi agenda BERSIH 3.0 yang turut di hijack oleh PR? Satu personaliti yang sinonim bagi Occupy dataran dan BERSIH 3.0 adalah Khalid Ismath, sang juara Syi'ah Melayu yang menganjurkan supaya anggota-anggota polis dibunuh!

    1. Ipoh Mali Terima kasih atas respon saudara. Demonstrasi rakyat Mesir adalah untuk menjatuhkan Mubarak – berjaya (walaupun terdapat banyak lagi saki baki talibarut Mubarak dalam hampir kebanyakan institusi kerajaan). Adakah BERSIH 3.0 mempunyai agenda yang sama? Tentu tidak dan itulah yang sepatutnya. Ada perbezaan ketara antara kedua-dua demonstrasi tersebut, walaupun ada beberapa persamaan umum. Kezaliman rejim Mubarak dirasai oleh hampir seluruh lapisan masyarakat dengan begitu ekstrim sekali – adakah benda yang sama berlaku di Malaysia? Kejayaan revolusi di Mesir juga telah melahirkan FJP, sebagai sebuah parti politik yang berwibawa yang Naib Presidennya adalah seorang Kristian yang disegani dan amat menyokong dan menghormati fikrah Ikhwan. Pilihanraya Mesir kemudian kemudiannya mencerminkan kematangan politik rakyat Mesir setelah rejim lama berjaya ditumbangkan. Tuntutan demonstrasi telah disalurkan melalui peti undi, sbb itu demonstrasi tidak dianjurkan selepas itu, kecuali oleh pihak2 yang membawa agenda lain. Tapi, Ikhwan turun lagi ke Tahrir (bukan sekali) bersama rakyat kerana pihak tentera Mesir tidak mengotakan janji-janji mereka terhadap rakyat Mesir, malah telah dianggap sebagai satu percubaan Mubarak untuk terus berkuasa. Ini juga bezanya dengan Malaysia. Jadi, di mana agenda PTPTN dalam BERSIH 3.0? Pihak-pihak yang turun masa BERSIH 3.0 tidak membawa agenda yang tunggal, sebagaimana yang menjadi tuntutan asal BERSIH 3.0. Agenda Lynas, Syi'ah, LGBT … dan entah apa-apa lagi yang turut tumpang sekaki. Parti-parti politik pembangkang tidak seharusnya masuk campur kerana tuntutan BERSIH 3.0 adalah inisiatif gabungan NGO, kecualilah NGO2 tersebut hanya merupakan alasan atau wadah untuk memperjuangkan agenda-agenda politik pembangkang. Maka, agenda perubahan apakah yang sebenarnya hendak dibawa? Agenda Islam atau agenda Liberal, Pluralisma, Sekular atau apa? Agenda parti-parti politik pembangkang, atau agenda segelintir anggota masyarakat atau agenda Islam? Saudara jangan salah sangka terhadap agenda ISMA. Kasihnya ISMA kepada PAS dan UMNO adalah kerana di sana masih terdapat ruang-ruang berharga yang dapat kita manfaatkan demi mencapai tujuan penyatuan nilai dan kebersamaan matlamat iaitu untuk memertabat dan mendaulatkan Islam. Kedua-duanya ada cacat celanya disamping unsur-unsur kekuatan masing-masing. Kenapa kita tidak boleh menjuarai persamaan ini dan menepis jauh khilaf-khilaf mereka. Bukankah kasih sayang dan mahabbah kita seharusnya kita tumpahkan kepada umat Islam dan bangsa Melayu sebagai rangkaian umat Islam yang memiliki agenda yang jelas di tanahair kita ini?

    2. (Menepis jauh khilaf-khilaf mereka)???? Ada perkara kebersamaan yg kite boleh terima, tetapi soal kezaliman macam mana pula,takkan nk dibiarkan jauh2, sedangkan Allah swt benci dgn kezaliman, PAS sekali2 tdk mengepalai dlm hal BERSIH ini,tetapi pengaruh PAS di Malaysia yg tk dpt dihentikan,BERSIH ini adalah mslh kesedaran rakyat, msyrakat nampak PAS dan Pakatan Rakyat lebih terkehadpn dlm soal ini, klu ISMA yg mnganjurkn BERSIH ini, tak tahulah rakyat nk dtg ke tak?

    3. Mohd Adham Hodari Terima kasih. Secara jujur saya katakan, saya tengah fikirkan tentang perbezaan-perbezaan mereka, bukannya khilaf-khilaf mereka semasa mengetik keyboard. Tetapi oleh kerana benda dan terpampang, saya pun tak edit masa tu. Itu adalah kesilapan yang tak disengajakan. Bagaimanapun saya tidak ada kelayakan untuk melabelkan kerajaan yang sedia ada sebagai zalim sbgmana yang difahami masyarakat umum. Saya lebih suka untuk menilai zalim atau adil dari pertimbangan syarak, bukan pertimbangan siyasah. saya masih mengkaji definisinya, syarat2nya dan contoh2nya. Contoh, adil dari sudut syara' yang saya faham mestilah pertama sekali Islam/Muslim dan syarat adil ini digunapakai dalam kes-kes persaksian, saksi dalam nikah, qadhaf dan sebagainya. Begitu juga dengan zalim, ada perinciannya dalam kitab2 fikah. Jadi bukan bererti saya enggan bersikap "menghentam" kerajaan kerana dia "zalim" pada rakyatnya atau menutup mata dari "kezaliman"nya. Saya dapat merasakan yang saudara tidak akan berpuashati dgn penjelasan saya di atas. No problem, kita masih boleh bertukar pandangan. Pada waktu yang sama, adakah saudara bersetuju dgn apa yang saya nyatakan dalam perenggan-perenggan sebelumnya?

    4. Mohd Luttfi { Bagaimanapun saya tidak ada kelayakan untuk melabelkan kerajaan yang sedia ada sebagai zalim sbgmana yang difahami masyarakat umum. Saya lebih suka untuk menilai zalim atau adil dari pertimbangan syarak, bukan pertimbangan siyasah. saya masih mengkaji definisinya, syarat2nya dan contoh2nya. Contoh, adil dari sudut syara' yang saya faham mestilah pertama sekali Islam/Muslim dan syarat adil ini digunapakai dalam kes-kes persaksian, saksi dalam nikah, qadhaf dan sebagainya. Begitu juga dengan zalim, ada perinciannya dalam kitab2 fikah} =Sy rs definasi Zalim dlm Islam sgt jelas, buat sesuatu perkara tdk kena pd tempatnya, menolak hukum Allah jg trg2 sdh jelas satu kezaliman. Adakah perbezaan zalim dr sudut syara' dan dr sudut siasah? Seolah2 siasah langsung tkde dlm Islam ke? Siasah bkn syarak ke? Ini bkn pandangan sy. Tp Islam bersifat menyeluruh, politik sekali2 tdk blh kita pisahkan dgn Islam. Berapa bnyk yg UMNO gadai hak keistimewaan org MELAYU? Mcm mana dgn mslh FELDA? Kenapa KRJN PERSEKUTUAN tolak cdgn Hukum Hudud yg krjn Kelantan nk laksanakan. Pimpinan UMNO smpai peringkat rompak harta rakyat. Adakah ini zalim dr sudut siasah, bkn zalim dr sudut syara'?……jawablah?

  9. Salam.

    Saya bersetuju dengan komen Ustaz Nik Mohd Abduh bahawa adalah tidak tepat dan tak adil untuk melabel Besih sebagai satu fitnah, malah mengaitkan pula dengan peperangan Jamal yang tak sama dengan keadaan sekarang- kerana sekarang lebih jelas mana baik dan mana buruknya- tak seperti dulu.

    Saya sudah respon artikel akhi Muslim Abdullah Zaik di Facebook saya di sini:
    https://www.facebook.com/#!/notes/ibnu-hanaffi/fitnah-bersih-respon-peribadi-saya/346092185455126

    Semua orang tahu agenda utama Bersih ialah pilihan raya yang adil dan telus, maka untuk mengaku berlepas diri daripada politik bila membincangkan isu Bersih adalah usaha melarikan diri yang tak berapa munasabah.

    Pada pandangan saya, matlamat kita semua sama- mahu umat Islam bersatu, tapi dengan pendekatan apakah?

    Jujurlah dalam membuat pertimbangan. Maaf jika ada yang terluka dengan kata-kata. Kenapa tidak kita cari titik persamaan.

    Moga Allah SWT satukan hati-hati kita ameen.

    P/S: Saya antara insan kerdil yang amat menyokong pelbagai usaha tarbiyah yang ISMA buat. Saya kagum dengan kualitinya. Namun saya tegas untuk tak menerima fikrah politik yang ISMA bawa secara umumnya ;-).

  10. yang ini aku tak sokong, jika hanya melihat perspektif yang anda lihat tanpa menyelidiki kedua2 belah pihak, anda tak layak berhuja atau menceritakan tentang BERSIH dan sebagainya…tak tau hujung pangkal, sebab2 jadi demikian, punca, dan peristiwa, maka lebih baik diam takut nanti terburuk sangka, lagi buruk bila gambaran buruk itu menjadi khilaf dan fitnah.

    1. isma sebuah ngo yg non-partisan. tidak terlibat dan menyebelahi mana2x parti politik.
      fikirlah melalui perspektif islam. bukan perspektif politik. kita sudah dibelenggu pemikiran politik. ckp melayu je umno, ckp islam je pas dsb…

    2. bro Rais, sy pon x sokong mana2..cume isu yg sy ketengahkan adalah dlm berbntuk soaln ..knape mesti melayu ?? bru islam??…n klu Isma btol2 nak berjuang, knape hnya mengkritik di depan kemungkaran yg berlaku didepan mata ??? seolah2 gajah di depan mata x nampk, semut di pulau nampak

    3. bngsa sebagai alat?? dah bertahun2 sy dok mengaji agama, nie 1 jemaah yg guna isitlah bangsa sebagai wasilah..pelik bin ajaib..saudara, jika suara xstuju, semua org boleh bebicara..tpi natijanya ia mesti ditemani dengan perbuatan..sy ada kenalan di universiti, bru2 nie dia menunjukkan kpd sy 1 survey yg dipelopori Isma dengan bbrapa data mengenai daftar pemilih student yang cukup umur untuk mengundi, di situ ad beberapa perkara yg diminta untuk di isikan bg memenuhi borang tersebut..soalan sy, apa kaitan survey ini kepada Isma ??? Ke Isma nak msuk politik pada PRU 13 ?? atau pun ke pihak pembngkang atau kerajaan ?? jd kenytaan saudara mengenai Isma sebagai NGO yg xmenyertai mana2 parti poltik, langsung x menyakinkan sy..sy xmhu bermusuh dengan sesiapa, klu kita yakin dengan perjuangan yg kita bawa maka teruskanlah ia, kerana apa yg sy dapat ..setiap perkara dakwah yg nabi lakukan untuk Islam pasti menemui dugaan dan cbrn dri musuh2 islam, kafir dan ahli keluarga,,jdi mana2 jemaah yg xalami sebarang masalah dlm sebarkan dkwh, ia jemaah itu perlu disemak semula tntg perjuangannya.sekian

    4. ya, ini ijtihad isma. terpulang kpd saudara utk menerima atau mengusulkan lagi satu ijtihad sbg solusi utk ummat… asalkan kita menjaga asas asas ukhwah kita sesama muslim, tidak menjatuhkan sesama kita, dan mendoakan amal islami masing masing.. 🙂 sekian. teruskan membaca artike-artikel dari ismaweb.

  11. Kte perlu tgk balik pe yg trjadi pada kedua2 belah pihak.. siasat pe yg tersirat dan tersurat.. imbangkan balik dacing di dalam pemikiran dan hati kita dulu.. baru kita fikir apa perjuangan kita sebenarnya..

  12. Maaf…
    saya rasa pendapat di atas seolah- olah menjurus ke arah Melayu-Islam…itu yang saya dapat simpulkan jika saya letak diri saya sebagai seorang cina muslim…mungkin pemikiran saya yang terlalu terbuka menyebabkan saya berfikir demikian..maaf…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker