Pendapat

Inilah kami, inilah ISMA

Ramai yang bertanya, apakah ISMA ini satu pertubuhan yang berbaur perkauman kerana memperjuangkan bangsa Melayu? Ada juga yang berkata bahawa ISMA ini pro UMNO kerana pendirian politik yang tidak berpihak kepada PR. Ada yang pergi lebih jauh dengan mengatakan ISMA menerima duit dari UMNO untuk menyerang PAS dan PR. Na’uzubillah.

Sebenarnya, kedua sangkaan berikut tidak benar. Baiklah, biar saya jelaskan satu persatu.

Tentang dakwah kepada non Muslim, kami akui, dengan kekuatan yang ada sekarang, kami masih belum mampu dan ada tenaga pakar untuk menceburkan diri dalam dakwah non Muslim. Fokus setakat ini adalah untuk membina jati diri orang-orang Melayu supaya mereka menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain. Ini fokus kami buat masa ini. Insyaallah bila masanya tiba, dan kami yakin dengan kekuatan dan kepakaran kami, kami akan buka medan tersebut.

Pada masa yang sama, program kerjasama dakwah dengan MACMA dan pertubuhan bangsa lain juga dilakukan, cuma mungkin dalam magnitud yang tidak besar dan tidak kerap.

‘Core business’ ISMA adalah program dakwah dan tarbiah yang meliputi tarbiah anak-anak kecil melalui kelab NAZIM, program tarbiah remaja melalui KRIM yang giat dilakukan di sekolah-sekolah dan program-program pembinaan belia dengan kerjasama PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL).

Selain itu, kami juga ada biro dakwah yang bergiat cergas di kampung-kampung dalam memberi bantuan dan berinteraksi dengan masyarakat pada hari-hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Korban, Nuzul Al Quran dan pada bulan Ramadhan terutamanya.

ISMA juga mempunyai cawangan-cawangan di luar negara untuk mendidik pelajar-pelajar Melayu Muslim yang berada di serata pelusuk dunia. Di sesetengah negara, contohnya Australia, ISMA bekerjasama dengan pertubuhan dakwah tempatan seperti IICSA (Islamic Information Centre of South Australia) untuk menganjurkan program-program dakwah. ISMA Mesir juga mempunyai kumpulan nasyidnya sendiri iaitu FETYA yang pernah bekerjasama dengan Awakening Records untuk rakaman lagu dalam album Maher Zain. Kami ada juga cawangan di Benua Eropah, New Zealand, Jordan, Korea dan Amerika Syarikat.

Capaian kami di luar negara juga bukan melalui pelajar sahaja. ISMA juga prihatin terhadap nasib umat Islam di serata duni terutamanya Palestin. Ada juga bantuan-bantuan yang kami sampaikan di Acheh, Gaza dan banyak lagi tempat melalui kerjasama badan bukan kerajaan seperti Aman Palestin sebagai contoh. ISMA South Australia pernah mengumpulkan AUD 20000 untuk disampaikan kepada rakyat Palestin.

Kami juga banyak menganjurkan program pengukuhan rumahtangga dengan badan-badan agama negeri, seminar kecil dan besar dan macam-macam lagi. Ada juga program sukan dan unit media kami yang boleh diakses di (www.tvisma.net). Lihat kandungan di dalamnya, ada kelas bahasa Arab, sajak kanak-kanak, tazkirah, kuliah hadis dan macam-macam lagi.

Pendirian politik kami adalah untuk kesepakatan bangsa Melayu, terutamanya melalui dua parti terbesar yang mewakili umat Islam di Malaysia iaitu PAS dan UMNO. Bukan hendak mengabaikan bangsa lain, sama sekali tidak, tapi seruan agar tonggak agama dan konsep kenegaraan Malaysia yang sedia Islam dapat dipelihara walau siapa jua yang memerintah.

Mengapa bangsa Melayu? Mudah sahaja, kerana bangsa Melayu secara tradisinya adalah bangsa yang dikenali sebagai Muslim dan ini termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Kami yakin, jika bangsa Melayu sepakat dalam isu-isu umat, tolak ketepi Melayu Syiah dan Melayu ajaran-ajaran sesat lain yang rosak aqidahnya, insyaallah ISLAM akan berdaulat di Malaysia. Ideal, tidak praktikal? Kami tahu jalannya sukar, tapi kami akan berusaha keras kearahnya.

Tentang ISMA dan UMNO. ISMA bukan UMNO, apatah lagi menerima duit dari UMNO untuk menyerang mana-mana pertubuhan, apatah lagi gerakan ISLAM bernama PAS yang pernah kami bantu dalam pilihanraya yang lalu. Tapi kami sayangkan keduanya sebagai parti umat Islam yang besar jasanya di Malaysia. Kami yakin, jika ada titik kesepakatan yang boleh dicapai antara dua parti ini, langkah besar ke atas kemajuan kesatuan umat di Malaysia akan bermula.

Oh ye, pada masa yang sama kami juga aktif dalam menyebarkan bahaya Syiah melalui unit kajian Syiah dan bahaya Islam liberal kepada umum. Kami menentang penyebaran arus ini dalam mana-mana badan, terutamanya parti-parti politik kerana dikhuatiri akan memberi mudharat yang besar kepada aqidah umat Islam di Malaysia.

Saya akui, ISMA tidak sempurna, kerana ia dianggotai oleh manusia. Tegurlah kami, nasihatilah kami jika ada kesilapan yang kami lakukan. Apa yang kami pasti, tidak ada yang kami inginkan, melainkan kebaikan untuk umat ISLAM di Malaysia. Bukan habuan dunia dan keredhaan manusia yang kami cari, tapi redha Allah dan syurganya yang tertinggi.

Inilah kami, inilah ISMA, anda siapa?

Mohd Hisham Mohd Sharif,
ISMA Australia
Blog: Hisham Sharif

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

5 komen

  1. Motto Pun "Melayu Sepakat Islam Berdaulat"…. Patutnya Islam di dahulukan, barulah Bagsa Melayu di muliakan oleh Allah sebagaimana kata Saidina Umar al-Khattab R.A bahawa “Kita (bangsa Arab) dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam; andainya kita cuba mencari yang lain selain Islam necaya Allah akan menghina kita kembali.”.

    1. Pesan pemikir Ikhwanul-Muslimin Syed Qutb kepada bangsa Arab dalam bukunya, ‘Ya Arabi’ (Wahai Bangsa Arab). Syed Qutb menyeru bangsa Arab supaya melaksanakan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka kerana ‘hanya dengan Islam bangsa Arab menjadi mulia’, iaitu mengekori pandangan dari Umar Al-Khattab r.a. di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker