ISMA pemecah undi?
Satu pagi saya membawa anak saya berjalan mengambil angin di luar rumah. Saya melintasi rumah jiran saya, Pak Cik Omar (bukan nama sebenar). Beliau sudah bersara dan saya merasakan beliau adalah seorang yang aktif dalam parti Pas di tempat saya. Saya pernah melihat beliau bersama motosikalnya pergi rumah jiran-jiran lain menghantar akhbar Harakah. Pejuang Pas seumur hidup nampak gayanya.
Dia menegur saya, “Firdaus, ISMA nak bertanding di Selangor?”
Saya jawab, “ya, di Kajang, Subang, Selayang dan Kapar. Atas tiket parti Berjasa.”
“Nak pecah undilah tu,” tuduhnya.
Itulah persepsi segelintir masyarakat awam tentang penglibatan ISMA dalam pilihan raya. ISMA telah pun menjelaskan perkara ini berulang kali. Mungkin mesej itu masih belum sampai kepada mereka.
Sebenarnya, tidak timbul istilah pemecah undi kerana kawasan yang bakal ditandingi oleh calon-calon ISMA sebelum ini tidak ditandingi oleh orang Islam. Kedua-dua pihak sama ada BN atau PR meletakkan calon bukan Islam sedangkan majoriti pengundinya beragama Islam.
Undian yang dibuat oleh para pengundi hanya akan terpecah sekiranya terdapat persaingan 2 calon atau lebih yang datang dari kumpulan yang sama. Contohnya, jika 2 orang calon dari parti yang sama atau datang daripada pakatan yang sama bertanding di satu kawasan.
Oleh itu, keputusan ISMA untuk bertanding di kawasan majoriti pengundinya muslim tetapi ditandingi oleh orang bukan Islam amat strategik dan tidak boleh digelar sebagai pemecah undi.
Menurut dapatan kaji selidik yang pernah ISMA jalankan, terdapat segolongan pengundi muslim yang tidak keluar mengundi dalam pilihan raya lepas kerana merasakan calon bukan muslim yang bertanding tidak akan mewakili suara mereka. Jumlah mereka yang tidak keluar mengundi bukan sedikit, tetapi banyak.
Semua pihak sepatutnya melihat tindakan ISMA ini sebagai usaha menyatukan undi umat Islam. Selaku calon muslim tunggal di kawasan tersebut, ia seharusnya menjadi pilihan bagi umat Islam untuk melantik ketua yang akan memperjuangkan agama mereka sekaligus menyelamatkan undi mereka.
Para pengundi perlu membuang kaca mata politik dalam menilai rasional penglibatan ISMA dalam pilihan raya. ISMA terlibat bukan kerana kuasa. ISMA terlibat kerana mahu menyelamatkan undi umat Islam selain mahu menjadi kuasa pendesak dan pengimbang agar kesucian Islam terus dipertahankan dan agenda Islam terus dinobatkan.
Saya tanpa teragak-agak terus menjawab tuduhan Pak Cik Omar dengan ayat yang mudah yang sudah saya sebut berulang kali kepada rakan-rakan lain.
“Taklah pakcik. Kami nak satukan undi orang Islam. Lagipun yang akan bertanding di kawasan itu sama ada dari BN atau PR. Keduanya orang bukan Islam. Sedangkan majoriti pengundi orang Melayu kita.”
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengurus TV ISMA
Kepada yang kata ISMA tak pecah undi tu sila fikir semula.
Menurut dakwaan ISMA mereka letak calon di kawasan majoriti Melayu tetapi tiada calon Melayu. Jadi bagaimana ISMA boleh pecahkan undi?
Pertama kena faham dlu di Malaysia kita telah mencapai tahap kematangan politik di mana wujud persaingan politik oleh dua kuasa besar iaitu BN dan PR. Ia disebutkan sebagai dwi parti sistem. Saya rasa kita semua setuju bahawa BN telah membawa cukup bukti mengapa mereka perlu ditolak utk PRU13 ini. Rakyat sendiri telah menunjukkan penafian mreka kepada BN, bukti terbaru boleh rujuk survey yang dilakukan Sinar Harian baru2 ini. Jadi jelas, BN sudah mencapai tahap di mana rakyat sudah tidak mahukan mereka lagi. Rakyat sudah mula menilai, disumbang oleh tahap capaian yang meningkat dgn wujudnya internet kini. Rakyat sudah inginkan perubahan. Itu mood rakyat sekarang ini, mereka nak tukar.
Rakyat sedar dimana2 sekalipun, calon BN mesti ditolak, pilih PR. Itu mood rakyat, ini adalah simbol ketidakpuasan hati atas pemerintahan BN yang kita sendiri tahu bagaimana selama ini. Begitulah dalam sistem demokrasi berparlimen, parti mana yang cemerlang akan dikekalkan, yang gagal memenuhi kehendak rakyat, yang zalim, akan ditumbangkan oleh rakyat sendiri melalui pilihanraya.
Kita lihat BN sudah menghampiri kejatuhan pertama mereka. Rakyat akan menghukum mereka melalui PRU13, undi bukan lagi untuk mereka, tetapi untk PR. Oleh itu, apabila ISMA meletakkan calon mereka di kawasan yg DAP vs MCA, berlaku pecahan undi orang Melayu. Seperti yang disebutkan tadi, rakyat sudah bersedia menghukum BN kali ini, mood mereka nak tukar kpd PR. Jadi sepatutnya mereka undi DAP sebagai parti komponen PR, untuk menangkan PR. Tetapi apabila ISMA hadir dengan membawa sentimen2 perkauman dan menggunakan fear mongering, apatah lagi mengadun bersama isu agama dalam kempen mereka, pasti ada undi orang Melayu akan pergi kepada mereka. Jadi kerosakan yang BN bawa selama ini umpama tiada kesan pun, tiada hukuman pun utk mereka kerana, meski rakyat tidak memilih mereka, rakyat juga tidak memilih musuh mereka. Tentu sekali BN berbesar hati dgn keadaan sebegini. Mereka buat salah tapi tak kena denda. Undi rakyat tak pergi kepada msuh mereka, tetapi kepada ISMA, utk ISMA bentuk kerajaan lawan mereka mmg jauh sekali lah.
Ada yang kata ISMA cuma letak lapan calon je pun, yang menjadi msalah lebih besar ISMA turut memberikan pelbagai persepsi negatif kepada PR. Serangan demi serangan kepada PR tentunya menimbulkan keraguan kepada rakyat, tolak tahaluf siyasi, tuduh pas tunduk kpada dap, dakwa pas dah tak relevan dan mcm2. Bagi masyarakat yang amat tidak celik fakta, mereka sgt mudah dipengaruhi sentimen, lalu timbul persepsi. Cthnya isu negara kristian oleh dap, semua pasti risau mendengarnya, tetapi jika kita nilai secara rasional dan faktual? Tak masuk akal.
ISMA memang memecahkan undi, bahkan dari satu sudut dilihat sebagai satu kuasa yang diwujudkan bagi menyelamatkan BN.
kenapa saya x boleh share?
err mgkin sebab komen ni dari ismaweb kot, bukan fb..cuma post ke fb..
err mgkin sebab komen ni dari ismaweb kot, bukan fb..cuma post ke fb..
tuan shaazrin. tuan kena tahu apa tujuan isma sebenarnya, semua setuju BN dah teruk, cuma kita sabagai umat islam kena ikut landasan yang betul, hukum mengundi Kafir yang tak betul , tu yang Isma hendak perbetulkan, cuba tuan semak hukum percampuran yang halal dengan yang haram, ia akam menjadi haram. kalau dalam PK islam majoriti senang nak buat keputusan tapi kalau dah bercampur dengan kafir atau munafik nanti jadinya susah nak buat keputusan,
Man Riee Hukum percampuran itu untuk makanan, jangan sampai extrapolate ke pilihanraya pulak atau hal2 lain. Itulah masalah ISMA, gunakan hukum fiqh Islam x kena tempat, walaupun cuba guna istilah2 Islam dalam hujah depa.
Haram ke undi bukan Islam dalam konteks Malaysia?
Setakat ini saya tak lagi jumpa fatwa yg benar-benar jelas ttg keharaman undi calon bukan Islam dalam konteks negara Malaysia.
Kalau adapun dari ISMA sahaja. Saya hormati pandangan itu.
Adapun dari Majlis Syura Ulama Pas, termasuk baru-baru ini keputusan yang dikeluarkan Majlis Syura Multaqa Asatizah & Du'at (MURSYID), bahkan ulama dari UMNO sendiri, mereka membolehkan undi bukan Islam dengan syarat tertentu. Maka dii situ kita tengok ada perselisihan.
Jika saudara nak pegang haram secara mutlak undi bukan Islam, silakan. Saya berpegang kepada pendirian boleh undi mereka dengan bersyarat. Cuma kesian jugalah bagi yang berpegang dengan haram mutlak itu, maknanya di kawasan majoriti nonmuslims di mana kedua calon yang diletakkan adalah nonmuslims, masyarakat Melayu Islam di situ haram mengundilah.
Oh ya seperkara lagi, percampuran yang halal dan haram itu jadi haram ke? Bukan syubahah? 🙂
Haram ke undi bukan Islam dalam konteks Malaysia?
Setakat ini saya tak lagi jumpa fatwa yg benar-benar jelas ttg keharaman undi calon bukan Islam dalam konteks negara Malaysia.
Kalau adapun dari ISMA sahaja. Saya hormati pandangan itu.
Adapun dari Majlis Syura Ulama Pas, termasuk baru-baru ini keputusan yang dikeluarkan Majlis Syura Multaqa Asatizah & Du'at (MURSYID), bahkan ulama dari UMNO sendiri, mereka membolehkan undi bukan Islam dengan syarat tertentu. Maka dii situ kita tengok ada perselisihan.
Jika saudara nak pegang haram secara mutlak undi bukan Islam, silakan. Saya berpegang kepada pendirian boleh undi mereka dengan bersyarat. Cuma kesian jugalah bagi yang berpegang dengan haram mutlak itu, maknanya di kawasan majoriti nonmuslims di mana kedua calon yang diletakkan adalah nonmuslims, masyarakat Melayu Islam di situ haram mengundilah.
Oh ya seperkara lagi, percampuran yang halal dan haram itu jadi haram ke? Bukan syubahah? 🙂
ada sedikit kesalahan fakta disini..
maaf ye encik Shaazrin..
mungkin kerana saudara bergaul dengan ramai orang berfahaman PR, jadi majoriti yang saudara jumpa mahukan pertukaran kerajaan sedia ada.. namun daripada bancian dan questionaire yang kami buat, realitinya ramai yang tak keluar mengundi dan buat undi rosak kerana tiada calon yang boleh bawa agenda mereka.. tak terkecuali ada yang masih berpegang pada konsep parti dan tak kesah siapa calon, masih nak memberikan undi kepada pihak Barisan Nasional..
so, tindakan ISMA meletakkan calon di kawasan yang dinyatakan di atas (majoriti melayu tetapi calon non muslim), berupaya untuk menyatukan undi-undi orang melayu di situ.. bagi kedua-dua blok parti, semestinya perkara ini membawa kepada kegusaran kepada mereka (baik PR mahupun BN) kerana BERJASA tidak memihak kepada mereka secara terus dan tidak menambahkan bilangan kerusi pakatan mereka di parlimen atau dun..
apa yang ISMA keluarkan (ismaweb.net atau tvisma.net), semua itu adalah kebenaran dan tiada persepsi.. jadi memang perlu pakatan yang sedia ada melihat kembali teguran yang ISMA keluarkan bagi menjamin kelangsungan perjuangan parti itu..
kami di ISMA tidak kesah jika mana-mana parti politik melabel kami sebagai apa pun, kerana kami yakin dengan apa yang kami bawa dan masyarakat yang ditemui juga menyatakan sokongan penuh kepada kami.. malah ada yang bertanya, "kenapa perlu tarik diri jika ada calon muslim lain yang bertanding kat sini? kami (penduduk sini), lebih sukakan calon dari ISMA"..
wallahualam..
Fakta pertama saudara Mohd Muhaimin sudah salah, nama saya Shazrin bukan Shaazrin. 🙂
Ok saya hormati usaha pihak ISMA adakan survey itu, cuma mohon publishkan kepada umum dgn sumber yang reliable. Buktikan ada undi rosak yang berlaku kerana pengundi merasakan tiada calon yang boleh bawa agenda mereka. Undi rosak memang sentiasa ada, tetapi buktikan ianya berlaku kerana tiada calon yang mampu membawa agenda mereka. Adapun apa yang saya katakan saya percaya ramai yang bersetuju bahawa rakyat mahukan perubahan, saya boleh rasakannya, kita boleh rasakannya, perhatikan suasana politik negara kita secara keseluruhannya. Bagi menguatkan perkara itu, saya katakan rujuk kepada survey paling mutakhir yang dilakukan oleh Sinar Harian.
Bagi menjawab komentar saudara yang selebihnya, sila rujuk komentar saya yang pertama.
di sini persamaan kita tuan mohd shazrin bahawa rakyat mahukan perubahan. cuma kita mungkin berbeza dr sudut bagaimana dan hasil dr perubahan tersebut. kita usahalah sama2 untuk memastikan kita dpt membuat perubahan kearah yg lebih baik dr sebelum ni. ya memang kami agak lantang dlm mengkritik atau menwgur pas. anggap ini teguran dr org yg akan memegang pensil untuk mengundi mereka. bukan pas tak bagus cuma kami merasakan mereka seharusnya lebih bagus dr apa yg ada sekarangat
Dipendekkan cerita, perubahan yang paling penting utk PRU13 ini, kita tolak BN terlebih dahulu. Katakan ISMA berniat ikhlas mcm mana sekalipun, katakan ada calon ISMA berjaya masuk parlimen sekalipun, jika BN yang masih memegang majoriti di parlimen, tiada gunanya. Selama ini pun bukannya tiada suara lantang memperjuangkan Islam dalam parlimen, tetapi selagimana BN berkuasa, kita lihatlah hasilnya setelah lebih 5 dekad yang lalu.
Kezaliman tidak bertepi itu akan terus mencengkam dan ketahuilah, kezaliman dan Islam tidak akan subur bersama. Maka kita tolak kezaliman terlebih dahulu, seperti persetujuan saudara sendiri utk perubahan. Kemudian atas dasar keadilan seperti yang dipersetujui oleh tahaluf siyasi dalam PR, kita tegakkan Islam.
Pokoknya, kita ubah kepada PR. 🙂
kami setuju perubahan perlu berlaku.sbb itu betapa relevannya seruan pilih calon muslim berwibawa sbb xkesah mana2 blok politik, mereka akan hantar calon yg lebih wibawa. kalau x, jgn mara kalau kalah sbb x wibawa. ini scr x langsung meletakkan 1 standard dimana siapa yg nak masuk bertanding, dia kena wibawa. kalau dr awal da takut pecah undi la, kalah la, terang2 da x wibawa. dan yg penting juga, perubahan mmg perlu berlaku. tp jika perubahan yg berlaku itu lebih mudarat dr skrg, bkn dlm konteks politik malaysia shj, tp survival islam seluruhnya, maka perubahan itu perlu dielakkan!
wibawa bagaimana yg dimaksudkan? sbg contoh di parlimen subang di mana isma bertanding..ada lg 2 calon bebas berketurunan melayu turut sama bertanding..adakah kedua nya tidak wibawa sehingga isma sanggup bertanding menjadi saingan kepada kedua-dua calon melayu bebas itu?
Saudara Zulhelmi, pendirian saya tentang calon muslim berwibawa, saya setuju, tetapi bukan bermakna saya terima Arus Baru bawaan ISMA itu sebabnya Arus Baru bawaan ISMA itu, walaupun menyeru supaya parti politik meletakkan calon muslim berwibawa dan didakwa secara tidak langsung turut berkempen utk Pas, tetapi hakikatnya ISMA turut mencalitkan pelbagai persepsi negatif kepada Pas dan PR, itu arus yang saya tak terima. Pas tunduk kepada DAP, Pas tak relevan, Pas perlu keluar PR dan beberapa isu sensitif berkaitan PR. Tidak pula ISMA mendesak UMNO supaya keluar BN sedangkan MCA berkali-kali menghina Islam. Arus apakah itu saya pun tak pasti.
Nak penuhkan muslim berwibawa di parlimen itu memang saya sokong, bawalah atas nama gelombang baru, nafas baru atau apa-apa jua saya akan terima tetapi Arus Baru ISMA saya tolak sepertimana yang saya terangkan di atas. Caranya nak penuhkan parlimen dgn muslim berwibawa itu ialah dgn tukar kepada PR. Dengan itu Pas akan mempunyai ruang yg cukup luas utk islahkan negara sebagai parti komponen kerajaan. Dalam masa yang sama dakwah kepada nonmuslims. Usaha berterusan Pas itu suatu hari nanti akan melahirkan pemimpin-pemimpin muslim berwibawa, bahkan yang revert juga. InsyaAllah. Sebab itu saranan saya ISMA bersama Pas, kuatkan Pas sebagai satu daripada parti komponen PR. Bukannya hentam Pas.
Kenyataan saudara pada baris-baris akhir itu sungguh tipikal ISMA dgn politik menakut-nakutkan. Apa yang lebih mudaratnya jika PR memerintah berbanding BN? Saudara fikir survival Islam lebih terancam jika PR memerintah berbanding BN? BN dah buktikan selama 50 tahun mereka gagal. PR, dengan adanya Pas, saya yakin akan mampu membuka satu bab baru dalam pengislahan negara. Sekali lagi saranan saya, ISMA bersama Pas secara langsung dan kuatkan Pas.
7 Persamaan ISMA dan PERKASA.
1. Kedua-duanya memperjuangkan Melayu.
2. Kedua-duanya menyerang habis-habisan PAS dan PR kononnya telah menggadaikan Islam.
3. Kedua-duanya menyerang habis-habisan DAP yang kononnya akan menghapuskan Islam apabila PR memerintah.
4. Kedua-duanya, sekali-sekali menyerang Umno/BN supaya nampak neutral.
5. Kedua-duanya, sekali sekala menyerang MCA/BN supaya Nampak neutral.
6. Kewujudan kedua-duanya tidak pernah diasak oleh media-media Umno/BN sekalipun kedua-duanya secara jelas menyertai politik Malaysia.
7. Yang pastinya, kewujudan kedua-duanya menguntungkan Umno/BN kerana bertambah lagi rakan kongsi mereka untuk menyerang PAS dan PR.
Talian hayat umno
Talian hayat umno
Persamaan dari kaca mata PR, susah nak terima pakai. Tidak berkecuali.
ISMA perlu matang dlm politik, pandang jauh…kasihan rakyat jadi mangsa. Politik Msia lain!
pemecah undilah. sy bg contoh. Subang 40 peratus melayu. 60 peratus non malay.
39 peratus non malay sokong PR, 21 peratus non malay spkong BN (contoh).
lg 40 peratus malay katalah sokong BERJASA. siapa menang dalam hal ini?
BERJASA akan memerintah bawah siapa? BN / PR? jika di DUN Selangor kata seri BN dan PR, BERJASA akan kemana? naikan PR atau BN? itu maksud pemecah undi. tapi tak pe nak cuba. niat tu kita tak tahu betul ke salah.
Ada pilihan lagi satu…tak semestinya kena ikut BN atau PR.
berdasarkan pemerhatian dan analisa, saya dapati memang isma akan jadi pemecah undi bahkan berjasa tidak akan menang walaupun satu kerusi yg ditandinginya… saya cadangkan isma buat analisa secara teliti atau lebih baik tarik diri sebelum terlambat.
bukti isma khadam umno/bn:
1. umno suka isma bertanding.
2. boleh masuk tv3.
Bukti tak kukuh. Orang suka kita, apa salahnya.
isma syok sendiri !
mesti pakcik tu sokong berjasa terus lepas tu!
Pandangan saya juga bukan pecah undi, just memberi pilihan kepada kita semau untuk memilih ….. terima kasih kerana ada calon islam di P Seremban ….. alhamdullilah
""""Sebenarnya, tidak timbul istilah pemecah undi kerana kawasan yang bakal ditandingi oleh calon-calon ISMA sebelum ini tidak ditandingi oleh orang Islam. Kedua-dua pihak sama ada BN atau PR meletakkan calon bukan Islam sedangkan majoriti pengundinya beragama Islam"""" saya rasa kawasan y berjasa bertanding a.k.a isma ad muslim y bertanding sbgai bebas…adakah isma melihat muslim y bertanding sbgai bebas itu bukan muslim berwibawa dan hanya calon isma y boleh dicop muslim berwibawa maka isma tidak mahu tarik diri tidak sperti apa y isma sebutkan..atau isma hanya utuk mewarnai demokrasi…mohon diulas.
Seremban,Tapah,Padang Serai ,Alor Star,Kapar,Kajang semua bertindih dgn calon muslim dan hanya Selayang isma lawan non muslim betul
Kerusi d pertandingkan 222…Utk tubuh kerajaan gabungan BN atau PR perlu menang 112 kerusi (Majoriti mudah) atau 148 kerusi (Majoriti 2/3) so jika BERAJASA tanding 7 kerusi PARLIMEN sekali pun lansung tak gugat BN atau PR utk membentuk kerajaan…Kata org jgn menang sorak kg tergadai…Mcm d Penang…BN khasnya UMNO bersorak menang besar tapi hakikat ADUN d monopoly oleh GERAKAN sehingga org MELAYU pupus d Pulau….BERJASA sekadar utk menampung suara MELAYU ISLAM di PARLIMEN..itu jer…Jk kita bleh terima DAP, MCA, MIC dan blah2…kenapa plak susah hati nak trima BERJASA.