Pendapat

Ini kisah kami, ini janji kami!!!

Situasi hari penamaan calon setiap kawasan yang ditandingi.

Pegawai keselamatan : “Tak pernah la saya tengok orang baca Al-Quran masa penamaan calon.”

Kami : “Inilah politik baru yang kami nak bawa. Kami nak ubah lanskap politik negara.”

Kisah di atas bukanlah bertujuan ingin mendabik dada mengatakan, kami ini yang paling terbaik tetapi ini adalah yang terbaik perlu kita lakukan. Kami lebih selesa membasahkan lidah kami dengan bacaan ayat-ayat Allah agar jiwa-jiwa kami tenang di saat menunggu proses penaman calon. Tidak ketinggalan, ada juga orang awam yang kebetulan berada di kawasan sekitar memuji kelainan yang kami bawa.

Bacaan Al-Quran kami juga bagaikan pelembut hati bagi jiwa-jiwa yang sedang ‘kacau’. Di satu kawasan pencalonan, kami seperti kuasa ketiga yang mendamaikan dua pihak yang saling membuat provokasi, tidak sangka alunan ayat-ayat suci Al-Quran berjaya membuatkan mereka tersentak dan terdiam.

Tetapi tidak kurang juga, ada yang cuba-cuba membuat provokasi terhadap kami, tapi ustaz-ustaz kami pesan “sambutlah dengan takbir”. Itulah ustaz-ustaz kami yang sentiasa ‘cool’ dalam menghadapi pelbagai ragam manusia.

Lain pula ceritanya, apabila selesai sahaja proses penamaan calon, kami menadah tangan berdoa lama kepada Allah. Doa kami juga turut sama-sama diaminkan oleh orang sekeliling. Ada yang rasa pelik, tiba-tiba kami membaca doa di tengah orang ramai. Kami turut mengangkat kening, tanda kepelikan juga, adakah amalan ritual yang ringkas sebegini tidak diamalkan oleh parti politik lain. Kami hanya tersenyum.

Kaum hawa pula, tidak gentar untuk sama-sama turun ke medan jihad ini. Kaum hawa kami sangat bersemangat, semangatnya bukan pada jerit pekik tapi pada tapi pada adab dan akhlak yang ditunjukkan. Semangat kami pada lidah dan hati yang sentiasa basah untuk berzikir.

Cerita di atas hanyalah cebisan dari cerita kami yang masih ‘baru’ dalam situasi sebegitu. Bukan hendak menunjuk tapi kami hendak tunjuk, inilah cara politik kami. Politik kami bukan politik kotor, politik kami bukan politik tarik-menarik, politik kami bukan politik caci-mencaci, Tetapi, politik kami politik yang bersih. Apa yang pasti, apa yang kami inginkan adalah  mengembalikan politik Islam yang telah dirobek dan dicarik oleh pihak-pihak tertentu. Moga-moga ini adalah petanda awal kemenangan buat kami!

INI JANJI KAMI!!!

Surah At-Taubah dan Al-Anfal menjadi bacaan seorang muslimah. Surah At-Taubah adalah surah yang menerangkan perihal ketegasan umat Islam kepada orang kafir yang memerangi Islam. Manakala Surah Al-Anfal, merupakan surah yang memberi kekuatan kepada kita untuk turun ke medan peperangan PRU bagi mengembalikan maruah Islam yang semakin dirobek dan tercalar.Islam bukanlah mengharapkan pemuda yang hanya hebat lantang berbicara, terpekik terlolong, tetapi pemuda yang tahu  sumber kekuatan di medan ini adalah Al-Quran.


quran1Bertadarus dan tazkirah dalam kelompok kecil.

quran2Tidak perlu nak ‘provok-provok’, kami cool je.

quran3Dr Aznan (Ahli Syura ISMA), ustaz kami yang sentiasa tenang.

quran4Menghabiskan bacaan surah Yasin.

quran5Pemuda harapan agama!

Ditulis oleh:
Nursabihah Mohtar
Wartawan ISMA Shah Alam

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

13 komen

    1. Sedikit perkongsian smsa hari penamaan calon yg lps

      "Ustaz tengok apabila kita membaca mathurat, melaungkan takbir mereka mula senyap dan terpegun termasuklah polis polis perempuan dn lelaki yg berada di hadapan kita.

      Sehingga berita yg ustaz dapat melalui cerita mereka yg menonton, mereka mengatakan mereka lalu di kawasan BN, PR mereka tak rasa apa-apa tapi apabila melalui kawasan kita mereka raga gerun, cerin bulu roma."

      -YDP ISMA Perlis, Ustaz Yahaya-

      Allah..

  1. Subhanallah…semoga kejayaan di pihak ISMA dan menjadi contoh pada penyokong parti-parti yang bertanding…*actions speak louder than words.

  2. Memang la, kalau IKRAM masuk politik pun, mereka akan buat mcm tu jugak…ISMA is sidekick IKRAM.

    1. Kena sidekick adalah….

      Ada satu kaedah fiqh, di mana orang yg tak pernah buat dan lihat orang lain buat, tak boleh nak claim kata depa boleh buat yg sama atau sebenarnya lebih baik drp pihak yg pertama, sehinggalah betul2 sendiri buat. So buat dulu, baru kita story.

      Lagi pun ahli2 IKRAM kan ada je masuk bertanding guna PKR, so tunjuk la gambar kalau ada.

      Lagi sekali, ISMA dan IKRAM ____TIDAK SAMA_____ (wp dua2 mula dgn huruf 'I').
      ISMA adalah ISMA, IKRAM adalah IKRAM. Period.

  3. Amalan yang sangat baik tetapi adakan antum semua tidak merasai antum membelakangi pendapat dan suara majoriti umat Islam yang inginkan perubahan ke arah kebaikan dan berada di atas satu saff iaitu Pakatan Rakyat?

    1. InsyaAllah, Fauzi.. jgn risau, kami tidak akan sekali2 akan jadi penghalang kpd sebarang perubahan kebaikan sekiranya diberi kepercayaan.. itu janji kami.. InsyaAllah..

  4. Sedarlah umat Islam tentang tipu daya Barat yang telah berjaya menyogok dunia Islam dengan demokrasi yang pada hakikatnya adalah suatu sistem yang batil di mana haram bagi umat Islam untuk mengambilnya, menerapkannya dan menyebarluaskannya. Perkara yang hak dan yang batil tidak boleh bercampur sama sekali. Islam tidak boleh disamakan dengan demokrasi. Islam tidak memerlukan demokrasi untuk ditegakkan. Islam adalah suatu mabda yang sempurna dan berdiri dengan sendirinya kerana Islam itu datangnya daripada Allah SWT. Tetapi hakikatnya, umat Islam pada hari ini tidak lagi menyedari perkara ini. Mereka masih beranggapan bahawa demokrasi itu boleh dan dibenarkan dalam Islam yang mana ia akhirnya membuatkan umat Islam terperangkap dengan racun berbisa yang disogokkan oleh Barat itu. Yang menentukan boleh atau tidaknya sesuatu perkara adalah suara majoriti dan inilah prinsip yang paling suci dalam sistem kufur demokrasi. Ini adalah sesuatu yang sungguh bertentangan dengan Islam. Dalam Islam, kayu ukur kebenaran itu diukur dan ditentukan oleh hukum syarak semata-mata. “Sudah sampai masanya umat Islam meninggalkan dan membuang demokrasi” “Apakah hukum jahiliyyah yang kamu cari?”. Demokrasi adalah sistem yang membenarkan mereka (ahli parlimen yang terpilih) yang berada di tempat legislatif untuk merampas hak Allah SWT sebagi musyari’ (pembuat hukum). Demokrasi yang diterima oleh kebanyakan negara di dunia ini pada hakikatnya telah membawa musibah yang berpanjangan yang tidak ada kesudahannya. Mengapa masih diletakkan kepercayaan dan harapan kepada demokrasi? Apa yang pastinya, pihak mana pun yang memenangi kerusi dalam PRU-13 tidak akan meletakkan Islam di tempat yang selayaknya. Islam akan terus menjadi bahan yang ditawar menawar oleh pihak yang bertarung dalam pilihan raya umum kali ini, sedangkan Islam itu adalah penawar yang hakiki bagi umat manusia. Islam akan tegak dengan khilafah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker