Mohd Firdaus bin Salleh Hudin

ISMA bawa mesej perpaduan

Saya teringat satu isi utama dalam pengisian tarbawi yang disampaikan oleh seorang murabbi kira-kira lima tahun dahulu berkenaan peranan pemuda dalam membawa risalah Islam, iaitu peranan membangkitkan persoalan.

Ustaz itu mendatang satu kisah yang tercoret dalam Surah Al-Anbiya’, kisah mengenai Nabi Ibrahim di saat baginda bertanya kepada ayah dan kaumnya, “Mengapakah kamu sekalian menyembah patung-patung ini?”

Jawab mereka, “sesungguhnya kami mendapati nenek moyang kami menyembah patung ini, lalu kami pun menyembahnya.”

Bermula dengan persoalan tersebut, jiwa pemuda yang beriman, bersih dan suci ini akhirnya melakukan satu perubahan. Habis semua patung berhala dihancurkan melainkan satu patung yang besar untuk dijadikan modal berhujah dengan mereka. Sehinggalah Nabi Ibrahim ditangkap lalu dihukum dengan dicampak ke dalam api namun Allah menyelamatkannya dengan menjadikan api itu sejuk dan mententeramkan Nabi Ibrahim.

Inilah peranan pemuda, melontarkan persoalan dan melengkapkannya dengan tindakan. Semua dilakukan atas dasar iman.

Melihat realiti perpecahan umat Islam hari ini, persoalan demi persoalan timbul. Mengapakah kita tidak boleh bersatu? Mengapakah mesti ada permusuhan dalam politik? Mengapakah perlu ada cacian, makian, pemulauan sesama umat Islam?

Orang lain pun berpolitik tetapi tidaklah sampai menggadaikan maruah sesama muslim. Tidaklah sampai merendahkan moral dan mentaliti umat yang bertamadun.

Cukuplah wahai umat Islam sekalian. Cukuplah kita berpolitik cara lama. Tidak guna kita menuding jari menyalahkan sesiapa. Tinggalkan cara politik usang warisan orang lama yang bersifat fanatik dan membuta tuli.

Ayuh kita buka lembaran baru. Berpolitik gaya baru. Menjadikan kepentingan Islam di hadapan. Menjulang agenda perpaduan umat demi membina kekuatan.

Inilah seruan yang dibawa oleh ISMA. Jika sebelum ini mesej perpaduan kurang didengari kerana berdiri atas kapasiti NGO, namun kali ini dengan penglibatan dalam politik kita doakan agar mesej ini lebih kuat dilaungkan di peringkat parlimen atau DUN.

Persoalan yang dibangkitkan akan terus disambung dengan tindakan oleh para calon muslim berwibawa. Biar berbeza parti, namun agenda pembangunan Islam akan menyatukan hati-hati umat bertuah ini. Bersatu membina kekuatan.

Pepatah Melayu ada mengatakan, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Ditulis oleh:
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengurus TV ISMA

halaqah1Mahasiswa di Mesir mendengar pengisian rohani di program Perkhemahan Murabbi ISMA Mesir Februari lalu.

halaqah3Remaja perempuan dilatih di Jambori Remaja Muslim 4, peringkat negeri Johor Januari lalu.

halaqah4Pelajar Malaysia di program Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk (JUMS) anjuran ISMA Eropah, Januari lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

5 komen

  1. Alhamdulillah, sama sama kita baca warkah dari Sheikh Yusuf Al Qaradawi. Dan Sheikh Yusuf Al Qaradawi telah menunjukkan siapa calon berwibawa dalam warkah Sheikh. Harap boleh baca bersama.

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4105481095956

    Sebahagian dari pesanan Sheikh Yusuf Al Qaradawi kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

    "Berdasarkan atas perkara itu, aku menyampaikan kepada kamu semua satu seruan yang ikhlas, terpancar – demi Allah – daripada hati yang mencintai kamu semua, dengan sokongan-sokongan syarak dan akal; teruskan atas apa yang kamu telah lakukan, janganlah kesampingkannya. Bersatulah dan janganlah kamu berselisih, bergabunglah dan jangan kamu bercerai-berai, saling menguatkan dan jangan saling bertentangan. Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti bangunan, saling menguatkan sesama mereka.

    Aku menyeru kamu semua kerana Allah dan kepentingan Islam dan umat Islam, dan kepentingan Malaysia dengan setiap visinya; supaya kamu menjadi barisan yang satu, seperti bangunan yang saling memperkuat, selesaikan kemusykilan antara kamu, saling memahami antara kamu, kamu sedang mewakili masa depan Malaysia yang bersinar."

    Baca keseluruhan terjemahan warkah dari Sheikh Yusuf Al Qaradawi di sini:
    http://bit.ly/SuratQaradawiBM

    Surat asal (Arab):
    http://bit.ly/SuratQaradawiArab

    Email pengesahan ketulenan surat tersebut:
    http://bit.ly/PengesahanSurat

    Sekiranya anda ingin sahkan sendiri surat tersebut, dipersilakan.

    Surat ditulis menggunakan letterhead dan kertas dari IUMS (boleh tengok di bahagian bawah muka surat ke 2 surat tersebut). Boleh pergi ke website berikut untuk memastikan kesahihan dan hubungan antara Sheikh Yusuf Al Qaradawi dan IUMS.

    http://www.iumsonline.net/en/default.asp?MenuID=42

    http://en.wikipedia.org/wiki/International_Union_of_Muslim_Scholars

    http://www.qaradawi.net/component/content/article/6583.html

    dan boleh email sendiri [email protected] untuk pengesahan anda.

    Atau hubungi mereka melalui FB mereka https://www.facebook.com/iumsonline.

  2. ISMA berkelakuan macam budak serahun jagung nak campor orang tua-tua berbincang.Please fokus pada kerja NGO dari buamg masa berpolitik.Lebih baik bantu PAS, UMNO mahu pun PKR untuk memperkasakan ISLAM..

  3. Maaf. ISMA hanya mahukan perpaduan Melayu sahajakah untuk memartabatkan Islam? Bagaimana saudara yang etnik selain Melayu dan beragama Islam?
    Di sini saya lihat mesej perpaduan tidak dapat disampaikan selagi anda jumudkan Islam dengan Melayu sahaja selagi anda menggunakan tagline 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat'. Anda patut sokong saudara seagama yang berketurunan lain jugak, bukan Melayu sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker