KolumnisMohd Firdaus bin Salleh Hudin

Di manakah kedudukan non muslim dalam dakwah ISMA?

alifahting2

ISMA adalah sebuah gerakan Islam yang berdaftar sebagai NGO. Ia memfokuskan pembinaan jati diri, keluarga dan masyarakat bagi memenuhi aspirasi perjuangan Islam. Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, ISMA telah melaksanakan pelbagai aktiviti melibatkan ahli dan masyarakat.

ISMA semakin dikenali oleh rakyat Malaysia dalam 2, 3 tahun kebelakangan ini, terutamanya selepas terlibat dalam PRU13. Semua pendirian ISMA diteliti sehinggakan pelbagai respon positif dan negatif diterima oleh ahli-ahli ISMA yang bergerak di seluruh negara.

Antara perkara yang dipersoalkan ialah pendekatan dakwah ISMA yang terlalu mesra Melayu. Boleh dikatakan ISMA memang pro Melayu, bahkan ada yang menuduh ISMA sebaris dengan PERKASA yang fanatik dalam memperjuangkan hak bangsa Melayu.

Bacalah semua kenyataan pendirian pimpinan ISMA di ismaweb.net, tontonlah tvisma.net maka anda akan dapati ISMA memang gerakan yang memperjuangkan bangsa Melayu. Slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ sentiasa keluar daripada mulut pimpinan ISMA.

Tidak cukup dengan itu, ada pihak menuduh ISMA anti non muslim. Selain hujah di atas, mereka mendakwa slogan ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ membuktikan dakwaan tersebut. Mengapakah setelah sekian lama Malaysia mempunyai pemimpin bukan Islam, baru sekarang ISMA melaungkan slogan undilah calon muslim dan tolak calon non muslim?

Wah, hebat sungguh hujah yang diberikan. Akan tetapi, di manakah kedudukan non muslim dalam dakwah ISMA?

1. Slogan ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ merupakan satu praktik kepada firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat ke-28. Allah melarang orang beriman melantik orang bukan Islam sebagai ketua. Larangan ini jelas dalam ayat lain seperti dalam Surah Ali Imran, ayat ke-118. Hujah terkuat penolakan tersebut ialah kafirnya mereka kepada Allah. Bagaimanakah orang yang kafir akan menguruskan urusan kehidupan dunia dan akhirat umat Islam? 7 calon ISMA hanya bertanding di kawasan yang selama ini ditandingi oleh calon bukan Islam. ISMA memberikan pilihan kepada pengundi muslim untuk mempraktikkan arahan Allah dalam ayat tersebut.

2. ISMA berpegang dengan firman Allah dalam Surah Al-Mumtahanah, ayat ke-8. Sesungguhnya Allah tidak melarang umat Islam untuk bergaul dengan non muslim seperti dalam ayat tersebut. Sebab penurunan ayat tersebut (kisah Asma’ binti Abu Bakar) juga menjelaskan perkara ini.

3. ISMA meletakkan fokusnya dalam perjuangan Islam di Malaysia dengan membangunkan semula orang Melayu. Ini tidak menjadikan ISMA anti non muslim. Dalam mukadimah buku Al-Muntalak Syeikh Muhammad Ahmad Rasyid berkata, “Bukan menjadi penyelesaian bagi dunia Islam hari ini dengan memasukkan mereka yang jauh dengan Islam ke dalam agama Islam, akan tetapi penyelesaiannya adalah dengan memberi peringatan bagi mereka yang telah sedia Islam. Mereka ini perlu diberikan kefahaman Islam sebenar.”

Kata-kata pemikir Islam di zaman kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, Syakib Arsalan juga menjadi panduan. Katanya, “Adakah kita mahu mengumpul angka-angka kosong untuk membina semula khalifah? Sesungguhnya khilafah tidak akan terbina di atas angka-angka kosong ini.” Angka kosong ini merujuk kepada umat Islam yang ramai tetapi tidak berkualiti. Jelaslah, penyelesaian umat Islam hari ini bukan untuk meramaikan penganutnya, tetapi membina semula kekuatan umat Islam atas dasar keimanan dan perpaduan. Kefahaman ini langsung tidak menjadi ISMA anti non muslim. Akan tetapi tidak dinafikan kepentingan usaha untuk mengajak orang bukan Islam menganut Islam seperti yang dijalankan oleh pihak-pihak lain seperti PERKIM.

4. Slogan MSIB menyeru bangsa Melayu untuk bersatu membina kekuatan. Dengan kekuatan inilah, Islam akan didaulatkan. Tiada pernah berlaku dalam sejarah apabila Islam memerintah, orang bukan Islam akan dipinggirkan dan dinafikan hak.

5. Di samping memberikan keutamaan kepada bangsa Melayu, perasaan ‘common sense’ untuk berdakwah kepada non muslim tetap ada. Sepanjang pergaulan ahli ISMA bersama masyarakat, sudah ada usaha mengislamkan orang bukan Islam. Buktinya, Saudari Alifah Ting Abdullah memeluk Islam atas usaha komuniti ISMA di sekelilingnya.

Kesimpulannya kedudukan non muslim dalam dakwah ISMA tidak dipinggirkan secara total. Mereka tetap menjadi sasaran dakwah tetapi secara tidak langsung melalui penonjolan akhlak yang baik dan hubungan harian ahli-ahli ISMA. Adapun berdakwah secara serius mengajak mereka memeluk Islam, itu masih belum dilaksanakan dengan serius.

Tindakan sesetengah pihak yang menuduh ISMA seolah-olah anti non muslim adalah tidak benar. Mungkin mereka mahu melihat ISMA menjadi gerakan yang betul-betul menyeluruh sehingga mempunyai satu jawatankuasa khas untuk berdakwah kepada non muslim yang benar-benar aktif.

Atau mungkin juga mereka tidak mahu ISMA terlalu keras dalam pendirian dan kenyataan akhbar berhubung perjuangan Melayu bagi mengelakkan orang bukan Islam rasa takut dan benci ISMA dan Islam secara tak langsung.

Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengurus TV ISMA

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

12 komen

  1. Salam macam ni lah,

    Mari kita daulatkan Islam dahulu dan barulah muafakat masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    Dekatkan kita dengan hati rakyat.

    Mari disetiap kawasan Parlimen dan DUN yang ditandingi, kita tubuh BIRO Berjasa pada Rakyat. Tempatnya kalau boleh senang dikunjungi rakyat macam rumah kedai.

    Kita boleh beri khidmat masaalah tanah orang kampong,

    anak yang perlu bantuan pengajian rendah, menengah , kolej dan universiti.

    kesihatan,

    khidmat guaman, cukai, akaun.

    Kita boleh bantu salorkan masaalah rakyat pada pihak berwajib.

    Bagilah gaji tetap pada sukarelawan ini.

    Bila dah besar nanti, kita buat pula fraternity peguam, akauntan, engineer dan lain2 untuk bantu rakyat dengan mengenakan kos minima.

    Lepas tu boleh kembangkan ke lain2 DUN.

    Kita kena Berjasa kepada Rakyat dibidang kita mahir. Rasanya tak gunalah kita cakap pasal jemaah kau, jemaah aku, dia tak betul dan sebagainya.

    Yang penting kita kerja dan berkhidmat untuk rakyat dan bawa syaksiah Islam dan berhadapan dengan masyarakat dan semoga usaha kita dapat redha Allah sebab nak jawab di hari kemudian apa kita buat untuk Islam.

    1. ” Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (TQS.Fushishilat : 33).

      “Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” [At-Taubah:24]

      Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. [QS:3:64]

    1. Duktur Adri ; Nanti kau bali Mesia Janagn kerja bawah Kementerian Kesihatan kerana dari dulu menterinya Kafir

    2. susah la nk terangkan dekat orang yg susah nk percaya alquran ni. org ckp kita xleh undi org kafir..ni ckp xleh keje sebab menteri kesihatan cina..adohai

    3. oo macam tu…Beribu-ribu ulamak kat Malysia dan berjuta orang Islam kat Malaysia yang tak sependapat dengan awak ni semua tak percaya AlQuranlah ye?…Berjuta Orang-orang Islam kat UK, Peranchis, German tu semua sesat tak caya Quran juga gamaknya semasa pilihanraya di negara mereka.

  2. Assalamualaikum, Islam adalah ugama yang shumul, Agama yang ada rukun nya.Yang mana telah berlaku di zaman Rasullullah s.a.w. ketika Malaikat Jibrail datang mengadap Rasullah s.a.w. dihadapan para2 sahabat r.a. Jibrail menanyakan tentang apa itu IMAN, ISLAM DAN EHSAN. KE TIGA2 perkara ini sekarang telah dipisahkan olih sebahagian umat melayu hari ini.Sedangkan Iman itu membicarakan ilmu tauhid (Usulluddin).yang mana dikatakan tauhid Rububiah dan Tauhid Uluhiyah.Islam pula membicarakan tentang ilmu Feqah, tentang Ibadah, muamalah, munakahah dan jenayah.(hubongan dengan Allah dan Hubongan dengan Manisia).sedangkan Ehsan menbicarakan tentang ilmu Tasuf.(ilmu Qalbi)cara2 untok membersihkan Qalbu darppada sifat2yang tercela olih syarak,(sifat2 mazmumah dan memakai sifat2 mahmudah(Sifat2 yang terpuji oilh syarak) Setakat ini belum ada badan NGO atau pertubohan Yang memperjuangkan ketiga tiga ilmu ini untok di ajarkan, disampaikan kapada umat melayu.

    Kebanyakan hanya belajar ilmu Feqah, soal pahala dan dosa sahaja.Ada yang belajar ilmu Usulluddin tetapi tidak memahami ilmu Feqah. Ada yang nbelajar ilmu Tasauf melalui Jamaah Thariqat tetapi tidak memahami ilmu Usulluddin dan ilmu Feqah.Sahingga berbagai bagai Fahaman dalam beragama.Jika Umat Melayu benar2 memahami ketiga tiga ilmu ini.Telah lama Islam Tertegak di negara ini. Cuba saudara2 fikirkan. setiap tahun berapa ramai umat melayu menunaikan ibadah umrah dan ibadah haji.Berapa jumlah nya satelah 5 tahun. tetapi kenapa umat melayu masih tidak menyokong calun2 darip[ada parti Berjasa dan Parti yang ingin menegakkan undang2 Islam. Ini lah bukti umat melayu tidak peka dengan ajaran dan perentah Agama nya.

    Ana merayu pada semua umat melayu, jika benar2 kita ingin merasai kemanisan Iman.mari kita sama2 mencintai Allah dan Rasul, melebihi dari diri kita sendiri.mencintai sasaorang kerana Allah, tidak mahu berlaku kufur setelah beriman. jangan bersekongkol dengan parti yang tidak mahu menegakkan hukum Allah.jangan menyokong mereka kerana bayaran dunia yang sadikit.Ingat lah jika kita bershubahat dengan mereka, maka sia2lah amalan kita disisi Allah.Wahai orang2 yang sebenar benar beriman, hendaklah kamu berjuang dengan harta dan diri mu untok menegakan Agama Allah(agama Islam) pada diri mu, keluarga mu dan Negara mu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker