Kepedulian Kita
Oleh Mariah Mohtar
30 Jun yang lalu genap setahun pemerintahan Dr. Morsi sebagai Presiden Mesir dan sepatutnya 1 julai merupakan tarikh untuk Dr. Morsi memulakan penggal kedua pemerintahannya. Malangnya, ada usaha dari puak saki baki Hosni Mubarak yang dilihat cuba menimbulkan kekacauan dengan melakukan demonstrasi besar-besaran di beberapa buah bandar menunjukkan tanda protes mereka terhadap pimpinan Dr. Morsi. Lebih dasyat lagi mereka melakukan kacau bilau sehingga merosakkan pejabat Ikwanul Muslimin dan mengakibat kecelakaan kepada penyokong Dr. Morsi yang turut berkumpul di medan Rabiatul Adawiyah di Bandar Madinah Nasr untuk menyatakan sokongan kepada pemerintahan Dr. Morsi.
Rentetan daripada kekacauan tersebut pihak tentera dilihat cuba menyelesaikan ketegangan tersebut, tetapi ternyata pihak tentera pimpinan Janeral Abdul Fatah al-Sisi berpaling tadah dengan tunduk pada musuh Morsi yang mahukan Morsi tersungkur. Rampasan kuasa yang kejam menyebabkan, pihak tentera dengan serta-merta menutup nadi komunikasi pro Morsi, seperti Mirs25, saluran An-Nas dan Ar Rahmah. Tindakan pengecut ini jelas menunjukkan mereka takut berita kerakusan dan kekejaman mereka tersebar meluas. Sudah pasti juga, Amerika syarikat dan sekutunya seakan tersenyum dengan keadaan ini dan mula mengatur strategi menghantar ‘misi’ keamanan di bawah payung kemanusian ke negara Mesir.
Lain pula perihal negara saudara seislam yang dilihat kurang bersimpati terhadap penggulingan Dr. Morsi. Pada mulanya kita mengharapkan ada ucapan simpati serta pernyataan sokongan terhadap Dr. morsi dan rakan-rakan, tetapi sebaliknya yang berlaku. Menurut laporan dari media antarabangsa Al-Jazeera, respon dari beberapa buah negara boleh dilihat, antaranya dari Kesatuan Eropah, syaitan dunia Amerika Syarikat dan tidak kurang juga respon dari negara-negara Islam seperti Syria, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. Kita mungkin boleh menutup mata dengan respon berat sebelah dari negara-negara kafir memandangkan mereka tidak ‘sefikrah’ dengan kita. Tetapi walangnya hati ini apabila negara islam ‘itu’ seakan tidak merasakan kesakitan dan keperitan yang dirasai oleh saudara mereka. Bahkan ada yang mengucapkan tahniah atas perlantikan sementara Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour sebagai ketua negara Mesir. Tidak kurang juga UAE turut menyatakan tentera pimpinan Abdul Fatah al-Sisi sebagai benteng untuk rakyat Mesir. Sikap pro Amerika ini amatlah dikesali dan sangat mengecewakan.
Apa pula sepatutnya reaksi Malaysia sebagai negara yang majoritinya penduduk islam?. Seharusnya kita mengutuk sehabisnya tindakan yang dilakukan oleh negara-negara Islam yang nampak kurang simpatinya terhadap Morsi. Saya yakin umat Islam di sini sebulat suara bersimpati dengan nasib yang menimpa Morsi dan umat Islam di sana. Oleh itu, ayuh..saudara dan saudari teruskan usaha menyatakan sokongan terhadap Morsi dan pimpinannya!