Pendapat

Agama dan negara tidak terpisah

AgamaNegaraTidakTerpisah

Membaca tulisan-tulisan Dr. Farouk Musa di laman web Islamic Renaissance Front, membuat saya cukup terkilan. Secara zahir, sesetengah orang akan nampak ideanya cukup menarik dan adil (agama dan negara dipisahkan, tetapi masyarakat boleh dan bebas mengamalkan pegangan agama masing-masing di dalam negara), namun hakikatnya, pemikiran ini jauh lari dari kefahaman Islam yang syumul.

Seolah beliau tidak nampak keindahan kesyumulan Islam yang mencakupi seluruh bidang kehidupan termasuk politik dan negara. Seolah dianggap agama Islam itu seperti agama yang lain. Tidak patut dicampur dalam urusan negara. Seperti mana yang berlaku sebelum zaman renaissance. Pihak gereja di Eropah sangat kejam. Menyeksa rakyatnya sendiri yang tidak sehaluan dengannya.

Adakah pernah kita saksikan dalam sejarah,  pemerintahan Islam sangat kejam, sektarian, zalim sedemikian rupa? Sehingga patut menerima nasib yang sama, dipisahkan dari politik dan negara?

Seorang tokoh peguam muslim pernah berkata pada saya : “Baik buang saja perkataan ‘Islamic’ dari IRF tu. Geram mungkin.

+  +  +  +

Pemikiran liberal dan sekular (keduanya saling berkait rapat. Kalau diizinkan, saya akan tulis tentang falsafah liberal dalam artikel lain) sebenarnya bukan berbahaya pada orang biasa sahaja, bahkan memberi ancaman kepada golongan agama juga. Lihatlah bagaimana Syeikh Ali Abdur Razzaq dengan bukunya “Al-Islam wa Usulul Hukum” yang diterbitkan sekitar tahun 1925, tidak lama selepas jatuhnya Kerajaan Islam Turkey Uthmaniyyah. Isinya membawa idea pemisahaan agama Islam dari urusan negara.

Lantas ramai ulama’ bangkit menentangnya. Antaranya Al-‘Allamah Al-Mujahid Muhammad Al-Khudhor Hussien, Syeikh Muhammad Tahir Ibn ‘Asyur, Syeikh Dr. Emarah, Himpulan Ulama-Ulama Azhar, dan akhirnya status beliau sebagai Ulama’ Azhar dilucutkan.

Imam Ibnu Qayyim juga pernah mengadu akan kejumudan Fuqaha’ pada zamannya (Kurun ke-8 Hijrah) yang mendesak pemerintah supaya perbaharui Undang-undang negara dengan memisahkan Syara’ darinya.

+  +  +  +

Hujah utama dan terkuat untuk menentang pemikiran sebegini adalah dari nas-nas syara’ itu sendiri (di samping banyak lagi lain seperti hujah sejarah, tabiat Islam dan lain-lain). Mengikut disiplin ilmu Usul Fiqh, hujah akal walaupun tampak hebat dan adil (kononnya), serta merta ditolak bila mana bertentangan dengan hujah syara’.

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa’ ayat 58 dan 59:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Kita dapat lihat tulisan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya yang masyhur “As-Siyasah As-Syar’iyyah fi Islah Ar-Raa’iy wa Ar-Ra’iyah”, semuanya berdasarkan kedua ayat ini.

Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya “Min fiqh Ad-Dawlah fil Islam” menyatakan bahawa ayat yang pertama di atas, perintah ditujukan kepada pemerintah supaya mereka amanah dan berhukum dengan adil.
Manakala ayat kedua, perintah ditujukan kepada rakyat mukminin supaya taat kepada ketua/pemerintah dengan syarat pemerintah tersebut merupakan dari kalangan mereka (mukmin) selepas diperintahkan supaya mereka taat kepada Allah dan Rasul (Al-Quran dan Sunnah).

Ini menunjukkan memang muslimin perlukan negara Islam yang mentadbir dan ditaati. Jika tidak, apa faedahnya Allah perintahkan sedimikian?

Rasulullah saw pula bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berbai’ah (kepada pemerintah islam), maka matinya Ia dalam jahiliyyah” (Hadith Sahih Muslim, daripada ibn Umar dalam kitab Al-Imarah).

Berkaitan hadith ini, Al-Qardhawi menjelaskan bahawa hukum berbai’ah kepada pemimpin yang tidak beriltizam dengan Islam adalah haram. Maka kita sentiasa dalam keadaan berdosa melainkan setelah berbai’ah kepada pemimpin yang benar-benar beriltizam dengan islam, berhukum dengan Al-Quran dan Sunnah.

Dapat kita fahami, perkara ini tidak dapat dilaksanakan melainkan setelah wujudnya pemerintahan dan negara Islam yang hakiki.

Dan dalam keadaan tiada pemerintahan dan negara Islam yang hakiki seperki sekarang, kita hanya bisa terselamat dari dosa ini dengan dua perkara :

  1. Mengingkarinya, paling kurang dengan hati.
  2. Usaha yang gigih untuk meneruskan kehidupan islami yang benar, berobjektifkan pemerintahan dan negara Islam.

Wajiblah usaha ini dilaksanakan secara berkumpulan (Amal Jama’ie) kerana kerja bersendirian tidak akan pergi jauh. Perjalanan kita masih jauh, ingin mencapai objektif yang besar dan agung, iaitu Pemerintahan dan Negara Islam yang hakiki !

*Rujukan :

  • Haqiqah Al-Libraliyyah wa Mauqif Al-Islam Minha – Syeikh Dr. Abdur Rahim As-Salmy
  • Min fiqh Ad-Dawlah fil Islam – Syeikh Prof. Dr. Yusul Al-Qardhawi.
  • Radd Ulama’ Al-Azhar ‘ala Kitab Al-Islam wa Usul al-Hukmi – Taqdim oleh Prof. Dr. As-Sayyid Taqiuddin As-Sayyid.

Oleh: Ustaz Ahmad Khairudin
Pelajar Fakulti Syariah Universiti Yarmuk, Jordan
Ahli ISMA Jordan
http://ibnukhairuddin.wordpress.com/2013/08/23/agama-negara-tidak-terpisah/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

3 komen

  1. Ana pernah bertanya ttg pandangan dr farouk musa ttg ide negara sekular kpd teman2 yg menyokong gagasan ide beliau. Salah satu hujahnya, ada beberapa ulama termasuk dr yusof qardhawi dikatakan menyarankan ide negara sekular. Ada sesiapa yg boleh berkongsi ilmu ttg ni?

  2. Boleh mohon pihak IRF kemukakan bukti dimana Yusuf Qardhawi pernah berkata demikian. Beban pembuktian adalah di atas mereka yang membuat dakwaan.

    Dewasa ini ramai orang yang menyandarkan nama2 ulama besar dalam fakta batil mereka.

  3. Rafidah Hanim simplenya mcm ni..lepas kewafatan rasulullah saw…sahabat 2 mebentuk 1 majlis syura utk memilih /mengundi pengganti nabi saw sbg khalifah daulah islamiyah…so dalam islam ada politik..paling senang puan tnya cik google ttng sejarah sekularisme..peace no war. semoga Allah mmberi hidayahnya kpd puan ,saya dah seluruh umat islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker