Pendapat

Harga minyak naik: Selesaikan tanpa dipolitikkan

ron95
Saya melihat status dan perbincangan di facebook, Whatsapp dan sebagainya berkenaan isu minyak, saya mendapati mereka yang terkesan dengan kenaikan harga minyak terbahagi kepada 2 golongan:

Pertama, golongan sederhana dan miskin (tanpa mempunyai perniagaan sendiri dan lain-lain). Mereka merasai tekanan yang tinggi kerana kenaikan harga minyak bukan hanya melibatkan kenderaan (walaupun ada yang tidak menggunakan kenderaan yang memerlukan petrol atau diesel pun) namun boleh dikatakan melibatkan serta mempengaruhi keseluruhan kos kehidupan daripada bahan mentah kepada barangan siap.

Kedua, golongan berpendapatan tinggi dan mewah (tambahan yang memiliki perniagaan sendiri). Golongan ini kurang merasai tekanan dan kesan kerana masih mempunyai jumlah wang yang cukup serta lebih untuk dibelanjakan apatah lagi bagi peniaga kebiasaannya pasti akan mengambil kesempatan ini untuk dinaikkan harga barangan dan jualan atas pendapat atau ‘alasan’, harga minyak naik.

Justeru, saya sebagai rakyat Malaysia memohon serta menuntut pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkelayakan untuk mengeluarkan suatu pelan kewangan rakyat yang rasional serta efektif terutamanya bagi golongan susah dan bukan hanya sekadar insentif seperti BRIM RM 1200 atau RM 500 yang diberi pada satu jangka masa tertentu (i.e setahun sekali). Sebagai contoh memperketatkan akta harga siling bagi barang kawalan secara menyeluruh serta tiada toleransi dan memberi hukuman yang cukup efektif supaya tidak ada pihak peniaga baik yang pro Kerajaan atau Pembangkang tidak mengambil kesempatan atas isu minyak ini.

Skim bantuan atau pelan ekonomi yang dibentangkan juga diharapkan adalah benar-benar ikhlas tanpa ada prejudis mahupun modus operandi untuk mendapatkan sokongan politik baik kepada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Sudah semestinya niat dan usaha yang ikhlas ini akan mendapat sokongan sesiapa sekalipun tanpa perlu dinyatakan atau membandingkan kebaikan atau keburukan mana-mana pihak sekalipun. InsyaAllah sokongan yang mendapat keredhaan dan keberkatan Allah itu lebih penting dan utama disamping rakyat yang diciptaNya.

Saya berharap isu yang melibatkan kos kehidupan rakyat seperti ini harus diselesaikan sebaiknya tanpa dipolitikkan mana-mana pihak yang mana akhirnya rakyat menjadi mangsa. Dengan kenaikan kos hidup boleh menjadikan kadar pengangguran serta jenayah meningkat lalu secara tidak langsung keharmonian, kestabilan serta keselamatan sosial dalaman negara juga akan terjejas dengan lebih teruk.

Di samping itu juga, saya berharap gaya hidup rakyat Malaysia juga perlulah berubah kepada yang lebih baik serta kurangkanlah gaya hidup yang membazir, mementingkan diri dan lain2 yang kurang mesra kemasyarakatan.

Akhir sekali, semoga suara rakyat marhaen seperti saya ini diambil perhatian serius oleh pihak berwajib yang menjalankan tanggungjawab.

Muhammad Zulfikar Azlan Bin Mohd Shariff
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Politik USM
Ahli ISMA dan PEMBINA Melaka

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

6 komen

  1. NADA SAMA DGN PEMIMPIN UMNO YANG TAK DIBERI JAWATAN N KALAH PRU-13…PEGI LA SUARAKAN PADA PM…BARU SMART JGN DOK BISING MCM PEMBANGKANG JER..NANTI ORG KATA TAK BERSYUKUR N BUKAN "ASWJ"…

  2. insya'allah allah selamatkan pas krn dlm pas ada 3 org ulamak muktabar ; tuan guru haji hadi, tuan guru dato' haron din dan tuan guru nik aziz nik mat….hanya org sangka baik kepadanya akan merasai keikhlasan perjuangannya.

  3. BN dah habiskan duit untuk PRU, now nak cover deficit yang banyak. Apa isu politiknya? Ini salah KERAJAAN. Bukan kita yang membelanjakan duit rakyat! Kerajaan BN yang belanja segala duit dan hasil negara.

  4. saya rasa ISMA cuba bersangka baik…insyaAllah mungkin terdetik hati puak atasan ini untuk berubah …saya setuju dengan keikhlasan yang diutarakan … kadang-kadang yang nak dibuat oleh parti politik mentadbir Negara tu ada yang kelihatan diluarnya baik, tapi tanpa keikhlasan… hasilnya tak seperti yang rakyat harapkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker