Pendapat

Bersepakat itu bergabung ke?

gabung
Apabila ada seruan supaya PAS mengkaji semula Tahaluf Siasi nya dalam PR dan mungkin disyorkan agar keluar daripada PR dan berdiri atas kekuatan sendiri (yang sebenarnya memang kuat), ada seorang sahabat bertanya, “Jadi nak suruh PAS keluar dan join UMNO ke? atau join ISMA ke atau bagaimana…?”

Pandangan saya:

Tak semestinya  bergabung dan meleburkan identiti diri. Pada permulaan ni, paling-paling kurang bersepakat dan satukan kata-kata dalam isu kepentingan umatIislam bersama, contohnya dalam isu nama suci Allah, isu keislaman anak muallaf,  isu murtad, isu pengukuhan ekonomi Melayu Islam, isu menguatkan jati diri Melayu Islam, isu sosial orang Islam, isu bahasa, isu hiburan, isu anak muda Islam, isu pergolakan suami isteri, isu tak menunaikan solat, isu tidak solat jemaah di masjid, isu tak puasa, isu pendidikan anak-anak, isu kekeluargaan, isu zakat, isu kewangan Islam dan riba, isu penegasan Islam sebagai identiti dan agama negara, isu tidak pandai membaca Al-Quran, isu sikitnya membaca Al-Quran, isu itu isu ini dan sebenarnya banyak lagi isu yang boleh diusahakan bersama.

Cumanya, mungkin sesetengah isu ni tidak mendapat political mileage secara langsung dan mengambil masa yang tidak pendek, khusunya bagi parti-parti yang terlibat dalam pilihan raya menjadikan usaha ini tidak begitu menggiurkan kerana bagi parti-parti, undi adalah ‘wang’ dan survival. Oleh itu, semua orang kena berjiwa besar dan sanggup terlepas sekejap peluang-peluang short term untuk meraih undi mudah demi kemajuan dan perkembangan umat Islam.

Hakikat yang sebenarnya, tanpa terlibat dalam politik pun isu itu boleh diperjuangkan. Buktinya, kami sendiri di ISMA sedang usahakan beberapa isu dalam pelbagai bentuk – pendidikan, menjadi pressure group, berusaha meningkatkan kesedaran melalui kempen-kempen, pembentukan usrah dan halaqah (ia termasuk pendidikan juga tetapi lebih menjurus dan lebih kuat penekanannya), roadshow kesedaran, kempen rumah ke rumah, kempen di tempat awam (pasaraya, stesen lrt dan komuter) dan sebenarnya banyak lagi usaha lain yang boleh dibuat secara berkumpulan (sebaiknya begitulah berdasarkan sunnah nabi utk berjamaah/berkumpulan) atau secara individu. Baru-baru ini semasa persidangan #NamaSuciAllah di Mahkamah Putrajaya, ada seorang lelaki bernama Zaidel, dengan penuh kesedaran, datang secara individu untuk memberikan sokongan, bahkan berani tampil ke hadapan berpidato tentang #NamaSuciAllah.

Mungkin ada yang tertanya, ISMA claim buat macam-macam, tapi macam tak nampak pun hasilnya? Saya bersetuju kita mendambakan efek dan kesan yg lebih besar. Tapi usaha kami masih terhad dengan had-had sunnah Allah. Aktivis-aktivis ISMA yang aktif hanyalah ribuan dan menghadapi kekangan kewangan dan infrastruktur, tak cukup untuk membuat pelbagai usaha untuk memberi kesan kepada seluruh Malaysia.

Oleh itu, kami sentiasa mengharapkan sahabat-sahabat lain dapat bersama kami walaupun tak bergabung dengan kami untuk sama-sama menyokong usaha-usaha ini demi kebaikan umat Islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia. Mana tahu atas hasil usaha kita ini, Malaysia menjadi antara ‘hub Islam dunia’ dan menjadi pusat kepada negara-negara Islam lain sepertimana pernah berlaku di zaman Kerajaan Melayu Islam Melaka dahulu.

La hawla wa la quwwata illa billah.

Wallahu’alam.

Muadz M Zain
Aktivis ISMA
http://jabalnurr.wordpress.com/2013/09/19/bersepakat-itu-bergabung-ke/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

15 komen

  1. senang jer, cuba UMNO laksanakan ISlam megikut syariat, InsyaAllah PAS akan sokong. Muslim dalam PKR pun akan sokong… tapi, UMNO nak ke? sebab tu kalau budak2 cakap pasal politik, elok belajar dulu

  2. Jangan sombong sangat Syihabuddin, apa yang disarankan oleh penulis itu dituju kepada orang berjiwa besar dalam PAS dan sudah tentu tidak termasuk saudara Syihabuddin. Lagi pun PAS dah cuba macam-macam kaedah dan dah korbankan banyak prinsip tetapi tak nampak juga hasilnya. Dulu pun ramai pihak perlekehkan PAS sebab banyak kalah wang pertaruhan dan ceramah pun kerusi lebih ramai dari pendengar. Hari ini mungkin PAS boleh berbangga dengan angka yang besar, itupun penyokong ni boleh swing bila-bila masa sahaja kalau tak dapat ganjaran masing-masing. Cuba faham apa yang penulis tegaskan, bersepakat bukan bergabung! Bersepakat tak payah nak tunggu UMNO laksanakan syariat Islam sebab itu alasan namanya. DAP pun terang-terang menentang syariat, sifat musyrikin berbaik hanya bila perlukan kelebihan orang muslim sahaja.

  3. DAP terang-terang menentang syariat? Bercakap ikut sedap mulut memang seronok. Nampak macam kita gagah, tetibe sifat dakwah Rasulullah s.a.w. tu dah campak ntah ke mana. Sekarang ni nak laksanakan Islam, kalau UMNO sendiri tidak bersedia untuk laksanakan ISlam, apa guna PAS bekerjasama? UMNO sendiri dilanda krisis, kenapa tetiba PAS perlu bergabung? UMNO tidak menentang syariatkah? Atau itu pun anda akan anggap alasan semata-mata. Kenapa tak bergabung dengan IKRAM semula? Sila jangan bagi alasan. Pergi gabung dengan IKRAM dan jangan bagi alasan. Boleh?

    Muslim hanya berbaik bila perlukan kelebihan muslim sahaja? Yang Rasulullah tanda tangan perjanjian dengan kafir Quraisy tu apa? Kelebihan banyak pada kaum Quraisy dan sedikit sahaja menguntungkan Islam. Adakah itu salah?

    Sedap mulut berbicara

  4. kalu DAP sndri pon xnk lksnakan syariat islam,knp msih brgabung dgn DAP..??
    kami xminta spaya pas brgbung dgn umno,ckplah skdar SEPAKAT dlm isu2 aqidah dan sbgainya..

  5. Salam.ampa ni gado2.. toksah la gado2.. tgk dp , masing2. Tgn4..alhamdulillah masing2 mahukan Islam itu di atas.. semua peranan msyrkt yg sedar n sygkn islam amat pnting. Semua org main peranan. Kesatuan akidah pun memadai.. bersatu buat dp rabaah pn kesatuaan.kesatuaan akidah.. perbanyakkn amal.. syaitan yg hasut untk bergado.. dialah yg menang..teruskan berdoa untuk kesatuan umat.. luaskan minda.bersihkan hati.. wallahu a'lam

  6. Salam.ampa ni gado2.. toksah la gado2.. tgk dp , masing2. Tgn4..alhamdulillah masing2 mahukan Islam itu di atas.. semua peranan msyrkt yg sedar n sygkn islam amat pnting. Semua org main peranan. Kesatuan akidah pun memadai.. bersatu buat dp rabaah pn kesatuaan.kesatuaan akidah.. perbanyakkn amal.. syaitan yg hasut untk bergado.. dialah yg menang..teruskan berdoa untuk kesatuan umat.. luaskan minda.bersihkan hati.. wallahu a'lam

  7. Ahmad Syihabuddin bercakap tentang sifat dakwah Rasulullah? 🙂 inilah akibat tinggalkan tarbiyyah dan hanya berteori di alam maya. kalau xtahu apa2, jangan cakap apa2. 🙂 buat apa nak bergabung dengan IKRAM? IKRAM, ABIM & PAS juga entiti yang berbeza2..xgabung pun? 🙂 kang keluar pula soalan, dah ada PAS kenapa ada IKRAm, ada ABIM, ada HALUAN? jom ikut usrah balik. perbetulkan cara fikir 🙂

  8. Allah swt memerintahkan BERSATU HANYA PD AKIDAH DAN SYARAT; apakah mungkin bersatau kalu ASABIAH dengan ISLAM; pemikiran YAHUDI dengan ISLAM; atau
    mungkinkah bersatu AIR dengan MINYAK?

    003:103 Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker