Pengajaran daripada Sabah
Telah lahir ramai pemimpin-pemimpin dari Timur Malaysia dalam mencorakkan keadaan politik, agama, sosial dan ekonomi di kedua-dua negeri di Timur Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak. Namun, tidak ramai pemimpin-pemimpin ataupun nasionalis ini yang membawa agenda pembangunan islam di sana secara menyeluruh serta menjadikan islam sebagai landasan perjuangan.
Selepas kemasukan Sabah ke dalam Malaysia, pemimpin-pemimpin islam di sana sedar akan keadaan sosio-agama masyarakat di sana di mana kaum majoriti yang menjadi pembinaan negeri Sabah adalah kaum Kadazan Dusun yang majoritinya bukan beragama islam, iaitu pagan. Keadaan ini sebenarnya memberikan impak yang besar kepada masa depan bagi kedudukan politik umat islam di Sabah yang terdiri daripada kaum Melayu dan Bajau.
Pada tahun 1960, dua agama terbesar di negeri Sabah adalah agama Islam dan Kristian di mana umat islam berjumlah 37.9% serta Kristian berjumlah 16.6% dan selebihnya adalah pagan. Peratusan ini menunjukkan jumlah penganut islam bukanlah sebuah agama majoriti di bumi Sabah.
Jika berbicara mengenai sejarah kemerdekaan negeri Sabah, tiada seorang pun yang tidak mengenali Tun Datu Mustapha Datu Harun, iaitu pengasas parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu(USNO) . selepas Sabah mencapai kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, beliau seterusnya dilantik menjadi gabernor negeri Sabah yang pertama(Yang Dipertua Negeri) dan Tun Fuad Stephens( sebelum islam : Donald Stephens) menjadi ketua menteri pertama.
Kesedaran pemimpin islam di Sabah pada waktu tersebut supaya memiliki kuasa majoriti untuk memegang tampuk kuasa di Sabah seterusnya menjamin kedudukan islam di bumi Sabah direalisasikan dengan usaha Tun Datu Mustapha ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua menteri Sabah yang ketiga pada tahun 1967. pada waktu ini dikenali sebagai satu tempoh islamisasi secara besar-besaran oleh Tun Datu Mustapha ke atas penduduk pribumi Sabah.
Ketika Tun Datu Mustapha menjawat jawatan sebagai ketua menteri, pelbagai usaha dakwah islamiyyah digencarkan dengan menggalakkan kegiatan keagamaan kepada seluruh pendakwah dan pertubuhan dakwah di bumi Sabah. Pada 14 ogos 1969, satu kongres masyarakat islam telah diadakan di Kota Kinabalu. Satu resolusi telah dipersetujui iaitu penyatuan tiga buah pertubuhan dakwah islam yang telah wujud pada waktu tersebut iaitu, Persatuan islam Putatan, Persatuan Islam Tawau dan Persatuan Islam Sabah ke dalam satu entiti yang besar. hasilnya, pada 16 Ogos 1969, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah(USIA) telah ditubuhkan dan Tun Datu Mustapha sebagai Yang Dipertua USIA yang pertama.
Kerajaan Sabah di bawah pimpinan parti USNO pada waktu tersebut juga mendapat galakan daripada kerajaan pusat terhadap proses islamisasi masyarakat Pribumi Sabah. hasilnya, proses islamisasi penduduk Pribumi berkembang dengan pesat daripada tahun 1967 sehingga 1975, iaitu tempoh Tun Datu Mustapha memegang jawatan sebagai ketua menteri Sabah. Tun Datu Mustapha bersama beberapa pemimpin islam yang lain daripada parti USNO seperti Tun Sakaran Dandai berjaya mengislamkan 70,000 orang masyarakat Pribumi pada waktu tersebut melalui pertubuhan USIA.
Apa yang lebih menarik mengenai proses islamisasi di bumi Sabah ini ialah, apabila pemimpin-pemimpin serta pembesar-pembesar di Sabah memeluk islam seperti Tun Fuad Stephens, pengasas kepada parti UPKO dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia dan juga Datuk Ghani Gilong. Hal ini, sekaligus memberikan imej yang baik kepada agama islam di mata penduduk pribumi Sabah. Seterusnya, persidangan DUN pada 21 Julai 1971 juga telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS) yang menandakan satu era baru kepada syiar islam di bumi Sabah.
Satu kejayaan besar yang tidak akan dilupakan oleh umat islam di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya apabila persepakatan seluruh ahli politik islam pada 23 September 1973 telah berjaya meluluskan peruntukan baru di dalam undang-undang negeri Sabah meletakkan islam sebagai agama rasmi Sabah di mana sebelumnya negeri Sabah tidak mempunyai agama rasmi seperti yang terkandung di dalam 20 Perjanjian persetujuan kemasukan Sabah ke dalam Malaysia.
Kini, umat islam menjadi majoriti di negeri Sabah iaitu sebanyak 65.4% dan bilangan umat islam di Sabah adalah lebih ramai berbanding beberapa negeri di semenanjung Malaysia seperti Negeri Sembilan,Selangor,Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur.
Selepas tahun 1975 menyaksikan satu krisis dalam kepimpinan umat islam di Sabah. pada waktu tersebut berlaku perselisihan dan perpecahan diantara pemimpin tertinggi parti USNO yang merupakan parti terbesar yang memegang kerajaan pada waktu tersebut. akibat daripada krisis tersebut, beberapa orang pemimpin tertinggi parti telah keluar dan menubuhkan parti baru antaranya Datuk Harris Salleh yang menubuhkan parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah(BERJAYA) bersama Tun Fuad Stephen.
Pada tahun 1985, kerajaan yang diketuai umat islam mulai bertukar tangan akibat kelemahan kepimpinan parti BERJAYA. akhirnya, jawatan ketua menteri dipegang oleh Joseph Pairin Kitingan, yang merupakan seorang Kristian melalui penubuhan satu parti baru yang mendapat sokongan rakyat negeri Sabah pada waktu tersebut iaitu Parti Bersatu Sabah(PBS).
Joseph Pairin Kitingan menjawat jawatan ketua menteri daripada tahun 1985 sehingga tahun 1994. pada tempoh jawatan ketua menteri disandang olehnya, usaha kristianisasi terhadap masyarakat Sabah menjadi lebih agresif daripada sebelumnya. Jutaan ringgit dana disalurkan kepada mubaligh kristian untuk menyebarkan ajaran kristian dan umat islam yang sudah memeluk islam digalakkan untuk kembali kepada agama asal serta mereka diberikan insentif yang lumayan. Sebanyak hampir 2000 gereja dibina.
Ancaman ini telah menyedarkan pemimpin islam di Sabah mengenai pentingnya kesepakatan antara mereka. Pada tahun 1990, parti USNO dan parti BERJAYA telah bergabung untuk menubuhkan UMNO Sabah. hasilnya, jawatan ketua menteri Sabah berjaya dikembalikan kepada orang islam melalui Tun Sakaran Dandai.
situasi di Sabah sepanjang 50 tahun selepas kemerdekaan selayaknya mengajar umat Melayu islam di Malaysia erti kesepakatan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan umat islam di Malaysia. Kesepakatan antara umat islam menjamin kepada kedaulatan islam telah terbukti di bumi Sabah contohnya melalui keputusan DUN pada 23 September 1973 yang meletakkan peruntukan baru islam sebagai agama rasmi di Sabah.Selain itu, secara hakikatnya pertembungan politik di bumi Sabah bukanlah satu pertembungan antara ideologi parti antara parti, tetapi ianya adalah pertembungan antara agama islam dan agama kristian.
Azry Hafify Mustapa
Ketua Unit Kajian Kristianisasi ISMA Jordan
Kajian Isu Sabah & Sarawak ISMA Jordan
dalam masyarakat yg mengamalkan fahaman ANAMISMA & DINAMISMA, maka retorika dan berhujah dengan akidah agak sedikit susah, apatah lagi dalam massyarakat yg buta huruf.
antara lain yg muda ialah dengan pendekatan PERKAHWINAN. apabila cara ini dilaksanakan maka satu keluarga akan masuk Islam atau Kerestien. INILAH CARA YG SANGAT BERKESAN DIBUAT OLEH kristian DI semenanjung.
Sabah adalah satu contoh terbaik bila mana umat Islam khususnya umat melayu daripada pemimpinnya sehingga rakyat biasa berpecah dan meninggalkan usaha pembangunan Islam ke atas rakyatnya menyebabkan ancaman Kristianisasi yang dulunya dipandang isu kecil telah mengambil peluang untuk menjalankan usaha mereka secara agresif dan terancang. Kini jumlah Kristian meningkat di Sabah.
Korea 40 tahun dulu hanya kurang 10 peratus penganut Kristian kini 40% rakyatnya Kristian. Tanahair kita Malaysia adalah dalam perancangan Kristian Avengelis untuk dijadikan senarai negara Kristian. Kerja mereka akan lebih mudah apabila pemimpin melayu berpecah dan berebut mahukan kuasa sedangkan masa depan umat Islam tanpa agenda membangunkan mereka. Ajakan bersepakat dipandang remeh sebaliknya isu isu merenggangkan lagi umat islam menjadi kegemaran.
KALAU NAK BERSATU:
pastikan kembali kepada al Sunnah; jangan tutup mata dan tegurlah pemimpin yang:
1. boros;
2. raswah;
3.slah guna kuasa; dan
4. pujuklah mereka rajin2 kemasjed…
Kajian yang di buat oleh ISMA terlalu umum Zaman pemerintah PBS juga banyak orang memeluk Agama Islam. Saya tidak nafikan kebanyakan pemimpin samada orang islam dan bukan islam hanya mementing keberuntungan sendiri, masa berkempen pilihanraya boleh dikatakan tiap-tiap hari batang hidung boleh nampak masuk kampung dan keluar kampung. Pembangunan insani pada peringkat zone sangat kurang, aktiviti membangunkan masyarakat sikit sangat……Satu yang paling ketara ialah semasa kemasukan UMNO ke Sabah…ini bukti pemimpin di Sabah banyak mengejar pangkat,kedudukan dan duit….
Benar. Kenyataan & kajian yang dibuat secara generalisasi. Penulis gagal mengambilkira kebanjiran pendatang Sulu Filipina yang secara langsung mengubah demografi populasi Sabah secara mendadak. Yang lebih mengecewakan, penulis GAGAL menilai bhw tiada istilah etnik Melayu di Sabah, melainkan Melayu Brunei sahaja.
semua yg anda sebut itu perkara yg ke-10, yg utama dan yg pertama Allah larang ialah JANGAN BERPECAH-BELAH. YG DITULIS DI DALAM ARTIKEL ITUPUN KRN PARTI MELAYU ISLAM BERPECAH SBB ITU KRISTIAN NAIK DI SABAH.