Pendapat

Kalimah Allah dipertahankan atau dikorbankan?

azlan ap
Pada 14 Oktober 2013, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh yang merupakan hakim di Mahkamah Rayuan telah sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Katolik,The Herald versi bahasa Melayu.

Namun setelah keputusan tersebut diputuskan, terdapat pertikaian hangat di kalangan pihak gereja dan ironinya terdapat segelintir pihak daripada kalangan umat Islam yang turut seolah-olah bernada sama dengan pihak gereja.

Sememangnya perkataan Allah itu telah lama digunakan oleh bukan Islam sejak sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w namun yang menjadi pertikaian kepada pihak Katolik tersebut adalah isu menterjemahkan perkataan God kepada Allah ke dalam bible bahasa Melayu.

Mengapa pula baru kini mereka beriya-iya benar ingin menggunakan perkataan Allah?

Malang sekali apabila ada daripada kalangan umat Islam yang semakin menggalakkan pencemaran kalimah suci ini di kalangan mereka.

Benar kita perlu berdakwah dan menyebar luaskan lagi fahaman Islam namun dalam masa yang sama tak semestinya kita perlu membuka pintu masalah dengan membiar sewenang-wenangnya mereka mempergunakan kalimah Allah.

Adakah dengan memberikan ruang menggunakan kalimah Allah di kalangan mereka maka ianya mendekatkan mereka kepada Islam serta mereka mengtauhidkan Allah?

Mengapa pula kalimah Allah yang nak digunakan dalam Bible terjemahan Bahasa Melayu? Adakah mereka membaca dan merujuk Bible Bahasa Melayu? Atau merujuk kepada Bahasa Inggeris seperti sedia maklum?

Bible yang ada sedia kala itu masih asli atau telah diseleweng lalu ingin diselewengkan lagi untuk menyesatkan bukan hanya di kalangan mereka yang telah sesat namun turut ingin melibatkan di kalangan kita?

Saya menasihatkan kepada diri sendiri serta semua umat Islam, kembalilah memahami serta mengamalkan Islam secara menyeluruh seperti qudwah yang dibawa oleh Rasulullah agar kita kembali dihormati, disegani dan digeruni oleh mereka dengan keteguhan pegangan prinsip kita.

Jadilah kita sebahagian daripada yang memuliakan dan mempertahankan Islam.

Janganlah pula kita menjadi sebahagian daripada golongan yang MELACURKAN AGAMA serta DAYUS atas nama agama terhadap mereka!

Muhammad Zulfikar Azlan Bin Mohd Shariff
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Politik USM,
Ahli Biro Dakwah ISMA Melaka

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. ulamak yang bertaqwa tidak akan buat perkara yg sia2 atau tanpa hujjah….mereka sangat ikhlas dlm perjuangan, jika ijtihad mereka salah ,mereka dpt 1 pahala dan jika benar mereka dpt 2 pahala….nak tegur biar kena salurannya, jgn kita tegur ulamak seperti menegur org jahil krn AKAN MENUNJUKKAN KITA SEBENARNYA TAK HORMATI ULAMAK DAN SETERUSNYA MENGUNTUNGKAN MUSUH ISLAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker