Pendapat

Proton – Pengeluar kereta atau punching bag?

najib rasmi perdana baru
Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa noktah berikut:-

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi  jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda,  mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama 4 minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak $600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?” 

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden PEMBINA

Norzafry merupakan seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat minyak dan gas di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bagi tahun 2011/2012.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

25 komen

  1. Saya pengguna kereta Proton Persona yang dibeli pada tahun 2008. Alhamdulillah kereta ini tidak pernah memberikan masalah2 yang besar. Maalahan semua tingkap otomatiknya juga berfungi dengan baik sehingga ke hari ini. Saya sangat berpuas hati dengan prestasi kereta ini. Saya rasa Proton sedang melakukan yang terbaik dan akan terus mencuba untuk memberikan alternatif bagi menyaingi terutamanya kereta-kereta buatan luar negara.

  2. Kata – kata yang diambil daripada menteri Malaysia …. kalau tak suka tak payah beli. Mudahnya kata – kata yang diungkapkan. Bagi pendapat saya, rata – rata pendapat rakyat Malaysia yang mengkritik proton adalah disebabkan sejarah pengeluaran proton yang lalu. Disamping itu harga yang ditetapkan tidak setimpal dengan kualiti kereta tersebut. Sebelum ini proton telah mengeluarkan model kereta yang sama dengan pengeluar – pengeluar model kereta yang lain. Hanya logo dan adakalanya logo serta enjin sahaja yang bertukar. Itu pun Enjin cap ayam…

    Rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang mahal untuk memiliki kereta jenama proton yang tidak setimpal dengan kualiti. Berbanding di negara – negara pengeluar kereta tempatan, rakyat mereka boleh menikmati harga kereta yang jauh lebih murah dan berkualiti. Tidak seperti proton yang mengaut keuntungan semata – mata. Bukan tidak bersikap patriotik tetapi untuk apa membayar pada barangan yang tidak berkualiti. Rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang semata – mata ingin membeli kereta proton dan proton tersenyum puas menikmati kesenangan daripada hasil keringat rakyat Malaysia yang bekerja menanggung hutang membeli kereta yang tidak berkualiti.

    Memang bagus proton sudah mengeluarkan rekabentuk kereta keluaran sendiri tanpa meniru daripada mana- mana pengeluar kereta yang lain tetapi masih tidak mendapat sambutan seperti suprima ini kerana seperti faktor yang telah disebutkan tadi. Selain itu proton juga tidak membuat kajian terhadap pengguna kelas pertengahan dan bawahan tentang ciri – ciri yang sesuai dan mengikut kehendak pengguna kelas tersebut. Kereta biar jimat minyak, sporty dan selesa semasa memandu. Tidak kisah kereta jenis kompak ataupun sedan yang penting harga setimpal dengan kualiti. Jangan nak sibuk keluarkan model kereta untuk orang yang kaya – raya sahaja dan akhirnya orang yang kaya – raya di Malaysia ni pun tidak menggunakan kereta jenama Proton. Pikir- pikirkan lah …..

  3. elok tutup jelah proton..
    kami tak “patriotik” sgt pun nak kereta malaysia..
    biar kereta diimport..
    so dengan tiada proton,maka kami akan rasa kereta import yg lebih murah..
    So tutup jelah proton

  4. rakyat xsuke proton masih di tahap yng sama la boleh dikatakan .. walaupon da guna handling lotus.. dan satu lagi kualiti kereta proton..benda pertama yng wajib rosak..’power window’ walaupon kereta masih baru..

  5. Jeper..kritik bkn sbb punching bag..masalah kualiti..dan masalah material..cuba cari sebab mengapa engineer2 proton berhijrah.

    Anyway nice article.

  6. Bertenang saudara, kritikan yang sebegini sememangnya berlaku dimana2. manusia sememannya menginginkan kualiti yg terbaik untuk barang yg dibelinya. Jadi jika harga sesuatu produk yg tinggi walaupun bukan diimport sememangnya expectation orang ramai letakkan adalah sangat tinggi.

    Jika diikutkan pengalaman kereta proton yg pernah saya naiki, majoriti mngalami masalh power window. Justeru, selagi proton tak menaikkan kembali imej mereka yg dah tercalar saya belum sanggup menghabiskan sebahagian besar harta saya untuk membeli satu produk yang mendatangkan keraguan.

  7. for me it wasnt even the adopted design thats suppose to be an issue. it is and always be about the price tag they put for the cars which is absurd with the quality outcome. author, people dont really car much for the design IF even tho it was stolen from other models, the real meaning of proton to let themselves be as a punching bag is because of the tag price of their cars. be realistic sikit author please.

  8. Persona br keluar tp bila drive rs dh mcm kete yg dh dipakai.nasib baik jz bli untuk disewakn.tk berbaloi bli untuk guna sndiri.kejap je dh rosak sana sini.tp harga mahal tk sama ngan kualiti.klo dh cap ayam tu, hrga pn biarla stended cap ayam.cuba jd mcm jepun, kete untuk local market lebih kualiti dr kete diorg eksport.mcm tu br kt boleh support kete nasional.klo proton wat cmtu, rsnye tk laku dh kete impot.

  9. SUPRIMA S pun tiru MITSUBISHI MIVEC.. Tgok kat sini kereta proton saga, wira, inspira sama mcm mitsubishi :
    MITSUBISHI LANCER

    Yang rakyat tak puas hati sbb harga kereta mahal. Saya lepak dgn student arab kata harga bmw, merce kat luar negara lebih murah berbanding kereta dijual kat malaysia.

    Da la kereta ada yg rosak. fan bising. yg lucky je dpt kereta elok. wallahu a’lam

  10. i am a proton user…proud to use proton since majority of the engineers are muslims…not much companies hired muslim engineers other than proton

  11. harga kereta malaysia mahal. (malaysia antara negara yang menawarkan harga kereta tertinggi dunia kot), cuba bayangkan dekat US harga Audi R8 pun starting baru 371184.45. kalau harga dekat malaysia 1.2Juta kot. cukai kerajaan sampai 3 kali ganda harga. melampau giler. macam proton pun harga tak lah jauh mana dengan harga kereta import, tapi, kualiti, jauh beza kot. so, tak hairan lah kat luar teksi pun orang pakai mercedes.

  12. design cantik tak kesah la dekat sama atau sama pun. tapi kualiti tu penting kot. kalau kualiti hampeh, hampeh la kereta nya, janji harga padan dengan kualiti, ok je. macam camry pun lebih kurang lexus jer. tak de pulak orang comment. malaysian nih kecoh la. janji tak kena saman kena meniru macam apple dengan samsung sudah. komen kecoh2 macam kau ade jer accord 10-20 bijik tak pun macam korang yang design kete tuh kan.

  13. Biar kita cakap tentang fakta…bukan auta@emosi semata2..
    1- power window—> proton telah mengumumkan jaminan 10 tahun untuk kereta yang mengalami masalah ini dan mengikut data yang diperoleh selepas GEN2 kereta proton yang mengalami masalah ini di bawah 10%.

    2- kualiti—>sudahkah mereka2 yang memberi komen2 negatif ini mencuba proton bermula preve’?kemudian bandingkan dgn model2 kereta yg lain cth. vios,city,almera,Attrage (sekadar menyebut beberapa nma)..bg yg prnah mencuba pasti tidak memberi komen2 yg berat sebelah.

    3- brapa byk kereta proton dijalan msia dibanding dgn jenama2 lain?sudah tentu jauh lbh byk tetapi brapa byk proton yg kita lihat tersadai ditepi jalan dibanding dgn jenama lain..sy kira kita blh menilai perkara ini dgn fikiran yg terbuka..

    4- dlm tempoh beberapa tahun kebelakangan ini brapa kali kita melihat jenama2 lain yg terkemuka memanggil semula kereta keluaran mereka krn mslh teknikal?jgn nafikan fakta dan perkara ini blh dicari dlm internet..

    5- kesimpulan,slagi ianya bnda yg bergerak,ia tak blh lari dr mslh..biarlah kita berckp di atas fakta..bkn [email protected]

  14. Saya nak quote balik kata2 dlm komen di atas. Proton mahal dan tak setimpal dengan harganya. Bukan sebab Proton itu kereta Nasional. Bukti paling jelas cuba bandingkan harga kereta Proton di Malaysia dengan buatan Germany di negara mereka sendiri. Kualiti over price. Sangat jelas.

    Pokok permasalahan, bagi saya antaranya adalah kerana supply chain itu sendiri, yang kurang kompetitif dan efektif.

    Jangan dijadikan alasan kerana industri automotif kita masih muda. Sampai bila2 kita mundur. Ada saja industri di dunia ni yang telah buktikan umur bukan pengukur kejayaan.

    Sekali lagi, bukan sebab anti kereta nasional, tapi disebabkan kurang kecekapan industri penghasilan nasional itu yang bagi saya ada yang kurang gemar dengan Proton. Saya dan mungkin yang lain2 di luar sana amat berharap kualiti kereta nasional nasional sama par atau lebih baik daripada jenama luar negara yang tersohor. Moga Proton dapat menjadi lebih progresif.

  15. Pada saya, kita kena lihat dari segi harga jualan sesebuah kereta. Kalau negara kita ada Proton tapi kerana kita mahu melindunginya dari persaingan secara langsung daripada pengeluar kereta luar seperti dari Jepun atau US, kita mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat Malaysia, ini bagi saya sungguh tidak adil. Bila ditanya kepada kerajaan, kenapa harga Proton di Malaysia lagi mahal dari yang dijual di Australia, alasan yang diberi kerana struktur percukaian sesebuah negara berbeza. Kenapa rakyat Malaysia harus membeli Proton dengan harga yang lebih mahal dari negara luar sedangkan kereta tersebut dibuat di Malaysia? Tidak logik untuk mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyat Malaysia semata-mata untuk melindungi kepentingan Proton. Jika selepas 20 tahun Proton masih tidak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri dan masih memerlukan perlindungan kerajaan, tidak perlulah rakyat Malaysia yang menanggung bebannya. Jika ditanya kepada saya apa harus kita buat kepada Proton, pada pendapat saya kita perlu melihat bagaimana prestasi Perodua ketika ini, walaupun berada di bawah pengurusan Daihatsu/UMW, Perodua masih dianggap kereta nasional nombor 2 negara. Adakah dengan pengambilalihan Perodua oleh syarikat asing, identitinya berubah? Bagi saya tidak, kerana kita masih melihatnya sebagai kereta Malaysia. Walaupun berlaku rebadging model Daihatsu untuk kereta Perodua, jika ianya memberi kualiti kepada pengguna, why not? Jika Proton tidak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri, masih memerlukan perlindungan kerajaan dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat Malaysia dan berdegil tidak mahu menerima pengurusan pengeluar kereta yang berdaya maju seperti GM, Volkswagen, dll, saya rasa Proton patut sahaja ditutup dari terus membebankan rakyat Malaysia dengan struktur cukai yang tinggi.

  16. My opinion.
    tak kisah pon kalau proton nak kuar kete 100% same dgn kereta import lain (tp jgn lah outdated)
    tapi kalau nak buat macam tu, harge kene lah same macam harge kereta2 tersebut di negara derang, mahal ckit boleh terima lagi. Harga yang dibayar biarlah berbaloi dengan kualiti kereta yang dibeli.

  17. Try wat proton harga jauh lebih murah dari kereta import.kompem laku.proton wat macam2 kereta tp diorg xpernah wat sesuatu untuk mengubah persepsi masyrakat mengatakan power window problem sejak beberapa tahun dahulu.

  18. kereta import cuma lebih baik dlm kepala otak org berlagak shj..saya ada sebuah toyota wish utk kegunaan sendiri dan proton exora yg terlebih dahulu dibeli utk kegunaan isteri….yg menariknya antara dua buah kereta ini,saya paling suka memandu exora….exora memberikan pemanduan yang lebih hebat berbanding toyota wish…cuma wish memberikan sedikit gaya…..

  19. byk sgt alasan yg diberi…dah bg peluang nk dekat 30 tahun dah ni…sebab proton ada lg la nih rakyat xmampu nk pakai kereta dgn harga yg sepatutnye…kerajaan bg alasan nk protect proton konon…tp padahal tgh tersengih sbb makan duit cukai kereta import…proton xlaku pon ape diorng kesah..untung besar kat cukai kereta lain..alasan konon kalo proton tutup rakyat ilang kerja…siam tu relek jek…dah jd auto hub kat asia tenggara lg…byk jek kilang bukak kat sana…

  20. kata org tua2…jgn sebab marahkan nyamuk,kelambu dibakar…bukan macam tu cara nak selesaikan masalah…klu macam tu..sama la kita dgn pemimpin yang ada sekarang..harga ayam naik..jgn makan ayam..harga tol naik..ikut jalan takde tol…kita duk cakap org mcm ni kurang berfikir dan guna akal..tp mcamana kita pulak?

    pinjam kata2 nabil..lu pikir laa sendiri….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker