Pendapat

Pertembungan ISMA dan evangelista – Helen Ang

logo isma
… ibarat buku bertemu ruas

Bangsa Melayu lawan Bangsa Malaysia

  • Isma mengiktiraf Tanah Melayu sebagai wilayah kedaulatan bangsa Melayu.
  • Evangelista menolak bahawa negara ini adalah tanah ‘Melayu’ tetapi sebaliknya menganggap Melayu juga kaum pendatang. Evangelista mempercayai semua warga adalah sama rata dan bersaudara (“brothers and sisters”).

Identiti Islam lawan identiti Kristian

  • Bagi Isma, Melayu dan Islam adalah identiti nasional kepada Malaysia.
  • Bagi evangelista, Melayu adalah identiti “rasis” dan Islam adalah identiti “pelampau agama” (religious bigotry).

Perpaduan Melayu-Islam lawan perpaduan Cina-Kristian

  • Isma berpendirian bahawa penglibatan orang kafir dalam politik hanyalah di dalam hal melaksanakan hak yang bersesuaian dengan syariat Islam dan perlembagaan negara.
  • Evangelista berpendirian bahawa penglibatan NGO Islam dalam politik adalah melambangkan haluan kanan beserta NGO Islam yang mahu mengehadkan penggunaan ‘Allah’ (khusus bagi umat Islam sahaja) adalah setaraf Taliban dan Perkasa.

Aspek ruhi lawan aspek duniawi

  • Isma mengkehendaki pembangunan nasional berteraskan pandangan yang menyeluruh terhadap fungsi manusia yang berpaksikan aspek ruhi.
  • Evangelista mengkehendaki pembangunan nasional berteraskan fungsi manusia yang berpaksikan aspek produktiviti, daya saing dan senantiasa maju.

Negara Islam lawan negara Malaysian First

  • Isma meletakkan syariat Islam sebagai rujukan dalam pembuatan dasar dan perundangan.
  • Evangelista meletakkan syariat UBAH (prinsip boleh disesuaikan dengan musim dan keadaan) sebagai rujukan dalam pembuatan dasar dan perundangan.

Isma masuk gelanggang kerana PAS sanggup menggadai prinsip Islamnya serta sedia bersekongkol dengan evangelista DAP manakala Pemuda Umno lembik dan Umno hilang arah dan perjuangan.

Manakala Isma telah membidas ‘Kenyataan Pakiam biadap dan menghina Najib‘, Umno pula membiar sahaja kepala presidennya dipijak Uskup Agung tanpa pembelaan.

Nama dan profil Isma semakin terserlah kerana orang Melayu cukup muak dengan PAS dan Umno. Kedua-dua parti Islam/Melayu tersebut sudah tidak bermaya serta tampak tidak terdaya untuk mengekang asakan demi asakan oleh evangelista. Ekoran itu laluan terbuka bagi Isma untuk menjadi kuasa ketiga dalam dunia politik Melayu.

Helen Ang
http://helenang.wordpress.com

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker