Cuti Jumaat: Lebih baik Marina diam

Saya berpendapat bahawa Marina lebih kelihatan bijak jika mendiamkan diri. Semakin banyak beliau bercakap, semakin banyak pula menampakkan kedangkalan ilmunya berkaitan Islam.
Marina menyanggah pandangan para ulama muktabar di negara kita yang mengatakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat memberikan banyak kelebihan kepada umat Islam. Malah Marina dalam kenyataannya di laman Twitter mengatakan bahawa cuti pada hari Jumaat adalah karut!
Kenyataan beliau membuatkan saya tertanya-tanya. Adakah bagi beliau “Good Sunday” lebih layak dijadikan hari cuti yang pada hari tersebut masyarakat Kristian berlumba-lumba ke gereja, sedangkan hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari bagi umat Islam harus dibataskan dengan kesibukan bekerja dan melupakan kafiat-kafiat yang dijanjikan oleh Allah berkaitan amalan pada hari Jumaat ini?
Marina tidak perlu berlagak menjadi ‘heroin’ dengan mempertikaikan pula tentang status cuti pada hari Jumaat. Kalau seandainya benarlah beliau membawa suara masyarakat…suara siapa? Seharusnya beliau lebih faham bahawa hari yang dikatakan penghulu segala hari dan umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah pada hari ini dengan ibadah yang lebih baik pada hari-hari yang lain.
Hal ini disebutkan dalam hadis yang berikut: “Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling baik adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga terjadi hari kiamat. Oleh kerana itu perbanyaklah selawat di hari Jumaat, kerana selawat akan disampaikan kepadaku.” (HR. Abu Dawud, Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus)
Maka satu tindakan yang amat terpuji bagi seorang pemimpin Muslim yang memberi ruang kepada rakyatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memberi cuti umum pada hari Jumaat untuk menghormati hari yang mulia ini.
Selain itu, Marina sendiri mungkin terlupa bahawa umat Islam berpegang kepada Al-Quran dan hadis. Seandainya Jumaat itu tidak istimewa, masakan Allah mencipta satu surah yang dinamakan ‘Jum’ah”?
Namun saya kagumi usaha Marina untuk menjadi heroin tentang isu ini dengan mempertikaikan sesuatu yang kononnya tiada di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, saya lebih suka menasihatkan beliau untuk lebih memberi penekanan kepada hal-hal yang jelas yang terkandung dalam Al-Quran.
Sebagai contoh, hukum menutup aurat. Hukumnya wajib dan tertulis dengan jelas di dalam Al-Quran. Maka apakah pula hujah Marina untuk menolak dan tidak mentaati hukum yang telah dinaqalkan dengan jelas ini pula?
Firman Allah: “Katakanlah kepada wanita yang beriman:”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (Surah An-Nuur ayat 31)
Mohon penjelasan. Walau bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada negeri-negeri yang berkenaan (yang bercuti pada Hari Jumaat) kerana memberi ruang kepada Muslimin untuk beribadah terutamanya solat Jumaat dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”. (Surah Al-Jumu’ah, ayat 9)
Dalilah Husna
Aktivis ISMA
tetapi ada juga ayat dalam surah al-jumua’ah yang maksudnya sekiranya ditafsirkan mengehendaki umat muslim untuk tidak berehat sebaliknya menyuruh kita mencari rezeki untuk mempertingkatkan diri.
mungkin ayat ini yang dimaksudkan marina mahathir bahawa hari jumaat bukanlah hari untuk umat islam berehat dan bercuti.
.فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (10)
Maksudnya : “Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.” (Surah Al-Jumu’ah (62) ayat 10)
Tafsirannya :
Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa setelah selesai melakukan solat Jumaat boleh bertebaran di muka bumi melaksanakan urusan duniawi, berusaha mencari rezeki yang halal, sesudah menunaikan yang bermanfaat untuk akhirat. Hendaklah mengingat Allah SWT sebanyak-banyaknya di dalam mengerjakan usahanya dengan menghindarkan diri dari kecurangan, penyelewengan dan lain-lainnya, kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, yang tersembunyi apalagi yang nampak nyata
esjay: Sy rase konteks ayat tu bukanlah sebab utk weekend hari Jumaat. Cuma logically, sy lihat probability umat islam lelaki d Malaysia utk hadir solat Jumaat lg mudah apabila weekend hari Jumaat. x perlu tergesa-gesa nk lunch, solat & nk siapkan kerja sebelum bercuti weekend… My 2 cents
Sekiranya difikir secara logik. Kualiti kerja lebih meningkat kerana Jumaat yang lebih pendek waktunya sekiranya berkerja. Saya hairan apabila melihat orangmenyalahkn sesuatu tanpa melihat sebabnya. Sememangnya memberikan kebaikan pada semua institusi. Untuk apa dibangkitkan. Amat menyedihkan.
Tahniah kepada negeri2 yg ambil Jumaat sebagai cuti. Semoga kerajaan dapaf diselaraskan cuti Jumaat untuk seluruh negara.
Assalam Esjay
Setuju
Kalau jumaat nk kerja gak, ahad keja jugak lah, make 7 days a week
The whole idea is instead of rest day on sunday change to friday which is benefict a lot to a muslim
And if in normal friday, u wont get the same productivity as mon to thursday, 2 hours break , ie 20% loss of manhour
5 cents tq
Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(Surah Al-Jumu’ah (62) ayat 9)
Tafsirannya :
Pada ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa apabila muazin mengumandangkan azan pada hari Jumaat, maka hendaklah kita meninggalkan perniagaan dan segala usaha dunia serta bersegera ke mesjid untuk mendengarkan khutbah dan melaksanakan solat Jumaat, dengan cara yang wajar, tidak berlari-lari, tetapi berjalan dengan tenang sampai ke masjid, sebagaimana sabda Nabi SAW.
إذا أقيمت الصلاة فلا تأتوها وأنتم تسعون وأتوها وأنتم تمشون وعليكم السكينة والوقار فما أدركتم فصلوا وما فاتكم فأتموا
Maksudnya : “Apabila solat telah diiqamatkan janganlah kamu mendatanginya dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi datangilah dalam keadaan berjalan biasa penuh ketenangan dan rasa mengagungkan(Nya). Apa yang engkau capai (dalam solat jemaah) kerjakanlah dan apa yang luput dari kamu sempurnakanlah sendiri. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Tidaklah sah transaksi jual beli yang dilakukan oleh orang yang berkewajiban untuk melaksanakan ibadah Jumat setelah azan berkumandang.
Mazhab Maliki dan Hambali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar. Ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat al-Quran, semasa hayat baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (Rujuk Al-Iqna’, Al-Khatib, 1/151: Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/39).
SAYA SETUJU CUTI HARI JUMAAT MEMANDANGKAN RAMAI ORANG LELAKI ISLAM YANG TERGESA-GESA KE MASJID PADA HARI JUMAAT. TIADA JUGA ALASAN UNTUK MEREKA YANG LAIN MELENGAH-LENGAHKAN PERJALANAN MEREKA KE MASJID.
Situasi di Malaysia amat menyedihkan di mana ada segelintir majikan tidak membenarkan pekerja muslim rehat untuk menunaikan solat. Maka, cuti adalah option terbaik..
Maksud mempermudahkan umat Islam adalah untuk menunaikan Ibadat.
Bertebaran selepas solat boleh juga bermaksud menyampaikan dakwah.
Ana sokong…Allahuakbar. ..! Fahami erti jihad sebenar….mulai dari diri, ikuti tuntutan agama; jangan khianati saudara seagama, perjuangkan yang dituntut mengikut jakan Allah SWT. ..Allahuakbar. .!!!!
Nice esjay, tapi tafsiran tu… mencari kurnia Allah kan.
Ye betul, salah satu cara mencari kurnia Allah adalah dengan mencari rezeki. Tapi macam2 cara nak cari kurnia Allah kan.
Maybe dengan cuti pada hari Jumaat kita buleh cari kurnia Allah dengan cara yang lain? Cth: menyayangi anak2, isteri/suami, menziarahi ibubapa, iktikaf di masjid, membaca Al-Quran dan lain2.
Just my 20 cents.
cuti pada hari jumaat memberi lebih peluang untuk menghidupkan amalan2 sunnah pada hari jumaat. hari jumaat penuh barakah. seronoknya dapat makan bersama keluarga sebelum ke solat jumaat,kan?
mereka yg tidak pernah bercuti pd hari jumaat mungkin x dapat merasai keseronokan barakah hari jumaat…
bila bkerja di KL, hari jumaat saya berbeza.. pagi2 kelam kabut nak ke kerja,sedar-sedar bila pulang ke rumah, 1 hari jumaat telah berlalu..alahai banyaknya amalan sunnah tak sempat buat..
cuti hari jumaat,sinonim dengan beribadah
berbanding cuti hari ahad, sinonim dengan hari aktiviti maksiat..
saya yakin, cuti hari jumaat membantu melahirkan umat islam yang lebih baik
Setuju dengan pendapat-pendapat di atas. Anak-anak juga lebih dekat dengan masjid jika bercuti hari Jumaat. Sebaliknya, jika cuti hari Ahad, banyak masa dihabiskan di depan TV, menonton siaran kartun.
Minta pula bukti dari dia mengenai ayat al-Quran yang menyarankan cuti pada hari Ahad,,,kalau tak berjaya buktikannya dari al-Quran,,,,minta dia buktikan dari bible … kalau dia berjaya buktikan dari bible … ini membuktikan dia pembaca setia bible.
minta kerajaan tukar cuti mingguan dari sabtu ahad ke khamis jumaat lak…Allahhu akbar…tadbir