Pendapat

Kanak-kanak lelaki 6 tahun dituduh merogol sepupunya berumur 5 tahun


Untitled

Terkedu dan terkejut apabila membaca berita tersebut. Walaupun berada dalam bidang O&G dan sering juga berjumpa dengan kes kes perlakuan seks pada kanak-kanak perempuan tetapi hampirkesemua kes prepetrator atau pemangsa adalah lelaki dewasa. Inilah pertama kali mengetahui bahawa prepetrator adalah kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun.

Saya merasa simpati dengan kanak-kanak lelaki tersebut kerana saya yakin apa yang dilakukannya adalah di luar pengetahuannya. Pada usia 6 tahun seorang kanak-kanak lelaki belum melalui proses puberti dan belum mengalami kematangan reproduksi.

Saya yakin apa yang dilakukannya adalah imitasi/meniru dari apa yang dilihatnya sepertimana seorang kanak-kanak bermain permainan doktor pesakit, permainan masak masak atau polis dan penjenayah.

Saya terpanggil untuk memberi komen tentang isu ini kerana menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan anak anak dididik untuk mengetahui yang benar dan yang salah. Menjadi tanggungjawab kita dan masyarakat untuk memerhatikan apa yang mereka lihat, dengar dan lakukan. Dalam dunia cyber di mana semuanya berada di hujung jari ibubapa perlu lebih peka terhadap apajua yang dilakukan oleh anak- anak.

Saya merasakan apa yang digariskan oleh Islam seperti mendidik anak untuk mengetuk sebelum memasuki bilik ibubapa pada waktu waktu seperti awal pagi, tengahari dan tengahmalam adalah sebenarnya adab untuk mencegah melihat sesuatu yang tidak sepatutnya bagi anak-anak.

Kanak-kanak pada hari ini melihat dan mendengar lebih dari kematangan mereka dan dikhuatiri pengetahuan tanpa kematangan emosi, ruhi dan fizikal ini akan mendatangkan mudarat.

Pautan yang dirujuk: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2533671/Six-year-old-boy-accused-raping-cousin-aged-five-mummy-daddy-game.html

Dr. Murizah Mohd Zain

Pengerusi Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik) Cawangan Alor Setar, 

*Dr. Murizah Mohd Zain merupakan Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker