Terhina di bumi sendiri
Beberapa hari lepas, negara dikejutkan dengan berita sedih sepasang suami isteri yang ditahan di Sweden kerana merotan anak mereka di tangan dengan tujuan untuk mendidik mereka tentang solat.
Hingga saat ini, pasangan ini telah ditahan hampir sebulan dan lebih menyedihkan, anak-anak mereka telah ditempatkan bersama dengan keluarga bukan Islam. Katanya, undang – undang penderaan fizikal kanak-kanak yang amat ketat di Sweden telah menyebabkan tragedi ini berlaku.
Setiap Muslim yang membaca berita ini pasti akan terluka, kerana merotan anak-anak untuk mendidik tentang solat adalah sebahagian sunnah baginda dalam tarbiah anak-anak.
Mungkin inilah hakikat praktikal disebalik peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sweden walaupun terkenal sebagai sebuah negara yang baik serba serbi, dari segi hak asasi, ‘good governance’, kebersihan, harga barang yang murah dan sebagainya tapi bila berlaku kes-kes begini, tetap kita merasakan tinggal di Malaysia yang mungkin tidak sehebat Sweden dari segi material adalah jauh lebih baik.
Sedih memang sedih, tapi bila melihat apa yang berlaku kebelakangan ini di negara kita, peribahasa tersebut mungkin tidak lagi relevan. Kisah guru muallaf SJKC yang dipaksa untuk menanggalkan tudung jika ingin terus mengajar adalah amat menyedihkan dan membimbangkan.
Apatah lagi jika diingat beberapa ketika dulu, seorang Muslimah yang mencari kerja di KLCC menceritakan pengalamannya yang menyedihkan, tidak diterima bekerja hanya kerana bertudung!
Beberapa ketika dahulu, ketika saya sedang menyelia praktikum di beberapa firma audit, ada pelajar saya yang menyatakan bahawa ketuanya marah jika dia meninggalkan meja untuk mendirikan solat.
Saya percaya, banyak lagi diskriminasi dan penghinaan yang berlaku terhadap umat Islam di tanahair kita sendiri, tapi mungkin tidak di ‘viral’ kan kerana tidak mendapat perhatian media atau tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Umat Islam di Malaysia perlu lebih sensitif terhadap isu-isu begini walaupun kecil. Sikap terlalu berlembut dan apologetik akhirnya akan memakan jati diri dan menyebabkan kita bakal terhina di tanahair kita sendiri.
Hari ini tidak dibenarkan bertudung, esok lusa tidak mustahil laungan azan pula akan dipertikaikan, agama lain pula akan meminta hak sama rata, dan tidak mustahil kita akan mencontohi Singapura yang tidak membenarkan pemakaian tudung di sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan.
Hisham Sharif
Aktivis ISMA
Assalamualaikum
Saya saudara Islam dari negera jiran anda ingin menyampaikan rasa bangga dan penghormatan ke atas anda semua.
Malaysialah satu2nya negara di dunia yg berani pertahankan kebenaran demi agama.
Saya sangat setuju kalimah Allah hanya boleh dipakai oleh org Islam. Malang ini tidak seperti yg lazimnya berlaku di negara2 lain. Allah itu Ahad, jadi tidak boleh dipakai oleh kaum yg percayakan trinity. Kalau nak bahaskan penggunakannya dlm al-Kitab, sesungguhnya al-Kitab itu merujuk pada kitab2 Allah yg dahulunya sebelum al-Quran dan bukan ‘al-Kitab’ sekarang dimana intinya sudah diubah2.
Teruskankah perjuangan ini sehingga mencapai kejayaan sehingga menjadi contoh tauladan bagi negara2 lain dan usah pedulikan tomahan2 mereka termasuk negara2 Islam sekalipun.
Alhamdulilah kita masih ada harapan, masih ada penyelamat kerana masih ada Malaysia.
Hanya sebagai ilham dari saya.. bagusnya kalau diadakan dialog bersama wakil2 Islam seluruh dunia tentang hal ini semoga bermanfaat.
Sekian wassalaam.