Pendapat

Jangan khianati amanah rakyat!

YDP ISMA DHL, Saudara Mohd Noor Azib Asmangi
Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat (ISMA DHL) merasa kesal terhadap perletakan jawatan Lee Chin Cheh, bekas wakil rakyat PKR hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan media massa. Bekas wakil rakyat PKR ini telah memenangi kerusi N25, Dun Kajang pada PRU 13 lepas dengan mengalahkan pencabar terdekat dari BERJASA dan Barisan Nasional.

ISMA DHL menyifatkan perletakan jawatan ini sebagai permainan politik dalaman Parti Keadilan Rakyat yang sangat merugikan rakyat. Umum sedia maklum bahawa setiap pilihanraya kecil akan menelan belanja jutaan ringgit. Ini merupakan sesuatu pembaziran yang sangat merugikan wang rakyat di kala rakyat sedang bergelut kos hidup yang semakin meningkat. Pengunduran ini juga telah mengkhianati kepercayaan rakyat, pembaziran harta awam, membuang masa dan sangat tidak wajar.

ISMA DHL menyeru masyarakat Kajang supaya menolak sebarang permainan politik tidak sihat seperti ini dan sebaliknya bersedia membuat arus baru dalam politik dengan memilih CALON MUSLIM BERWIBAWA bagi mewakili suara rakyat di Kajang.

ISMA DHL juga menyeru agar masyarakat khususnya penduduk Kajang menerima Islam sebagai teras keadilan sejagat bagi semua kaum dan fahaman agama.

Mohd Noor Azib Asmangi
Yang Di-Pertua ISMA DHL

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker