Pendapat

PEMBINA UIAM: Kassim Ahmad satu contoh kebebasan bersuara yang terlampau

muslim azar
PEMBINA UIAM melihat penganjuran Seminar Pemikiran Kassim Ahmad baru-baru ini sebagai rentetan peristiwa yang lahir disebabkan kebebasan bersuara yang melampau tanpa melihat kepada kepentingan dan maslahah umat Islam. Hal ini termasuklah keberanian pihak liberal dan golongan non-Muslim mengambil kesempatan dan memburukkan institusi-institusi agama Islam, contohnya dalam isu khutbah JAKIM. 
 
PEMBINA UIAM juga ingin menyatakan kekesalan atas penganjuran seminar tersebut yang mengangkat pemikiran anti-hadith Kassim Ahmad yang sememangnya difatwakan sesat oleh beberapa buah majlis agama Islam negeri. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab mengambil kira kepentingan umum lebih-lebih lagi apabila berkaitan aqidah.
 
Rentetan peristiwa yang menggugat aqidah dan mencabar kedudukan Islam di Malaysia tidak boleh dilihat sebagai peristiwa yang terasing dan tidak berkait. Sesungguhnya peristiwa sebegini semakin subur disebabkan oleh pengamalan kebebasan bersuara dan berfikir secara melampau, sehingga pihak yang telah lama difatwakan sesat pun mengambil kesempatan atas kelonggaran ini.
 
PEMBINA UIAM menyeru kepada badan-badan berwajib, khususnya pihak kerajaan untuk melihat perkara ini dengan lebih serius dan dapat mengambil tindakan yang lebih tegas supaya perkara ini tidak berulang demi menjaga keharmonian negara.
 
Muslim Bin Abdullah Zaik
Presiden PEMBINA UIAM

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker