Pendapat

COMANGO berselindung di sebalik slogan kebebasan

comango

1. Premis kefahaman yang pertama

Sebelum pergi lebih jauh dalam memahami ancaman COMANGO: hak asasi acuan Barat adalah batil; hakikat hak asasi Barat itu sendiri sebenarnya berlawanan dengan Islam yang merupakan cara hidup yang menyeluruh. Atas premis ini, kita tidak seharusnya menerima bulat-bulat undang-undang hak asasi sedunia yang sedang dimainkan oleh COMANGO di persidangan UNHRC UPR.

2. Layakkah COMANGO dibela disebabkan mereka memperjuangkan beberapa perkara yang baik?

Ada yang melihat kebaikan dalam laporan dan desakan COMANGO kepada kerajaan. Ada satu contoh yang diberi, merujuk kepada hak binatang dalam Perenggan 7.2.1 dan 7.2.2,

“Research has shown that there is a connection between violence against animal and violence against humans: pet abuse is 1 of 4 predictors of domestic violence; 65% of persons arrested for animal crimes have been arrested for battery against another person; and of 36 convicted multiple murderes, 46% admitted torturing animals as adolescents.

Promoting and protecting animal rights is important in itself, but may also have an impact on Malaysia’s efforts to reduce violent crimes.”

Perlukah COMANGO pergi ke peringkat antarabangsa untuk menegakkan hak binatang? Janganlah kita mudah dikelabui oleh beberapa saduran yang memberi imej baik kepada permainan sebenar COMANGO.

3. Apakah sebenarnya permainan COMANGO?

Saya petik beberapa perenggan dari laporan COMANGO. Sila rujuk laporan COMANGO di UPR;

3.3 There is also no mention of SOGI rights or the rights of indigenous peoples.

– Dalam konteks apakah hak SOGI ini dibentangkan di UN? Adakah hak sekelompok LGBT untuk makan dengan aman di restoran? Kita kena melihat dari konteks yang lebih luas.

– Rujukan COMANGO dalam perkara ini ialah The SOGI Rights Report. Laporan itu jelas sekali datang dari tindakan pengharaman Seksualiti Merdeka oleh kerajaan. Secara tersirat, COMANGO memperjuangkan hak LGBT. Siapa kata COMANGO tidak mahu LGBT berleluasa?

 4.3 Malaysia’s implementation of the CEDAW Committee’s recommendations is poor especially when they touch on matters which intersect with religion and culture, e.g., the requirement of the wali’s (guardian) consent for the prospective bride even though she is an adult.

Mempersoalkan rukun nikah umat Islam; ini bukan menentang syariat Islam? (Rukun nikah ketiga: wali.)

4.7 Fully comply with the recommendations made by the CEDAW and CRC Committees.

– Siapa dia CEDAW? Ia merujuk kepada Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women. Antara kebatilan mereka ialah:

a) menentang fatwa kebangsaan 1982 berkenaan pertukaran jantina,
b) menentang fatwa kebangsaan 2008 berkenaan hukum pengkid,
c) menentang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkenaan hubungan sejenis,
d) mempersoalkan pengharaman Lembaga Penapisan Filem 2010 terhadap watak-watak filem yang memaparkan karakter LGBT
e) menentang pengharaman Seksualiti Merdeka
f) memperjuangkan Prinsip Yogyakarta.
g) berjuang agar kerajaan mengiktiraf golongan transgender
h) berjuang agar LGBTIQ diiktiraf.

COMANGO mahu kerajaan Malaysia memenuhi semua cadangan CEDAW. Adakah ini selari dengan syariat Islam?

6.1.1 Malaysia refuses to recognise SOGI rights as human rights. Lesbians, bisexuals, gays, transgendered, inter-sexed and queer persons (LBGTIQ) are vilified, face violence and are subjected to constant harassment by state and non-state actors alike.

– Cukup satu contoh yang diberikan oleh COMANGO; kes serbuan sebuah pusat kesihatan dan kecergasan di Pulau Tikus, Georgetown, Pulau Pinang yang sebenarnya merupakan sarang maksiat yang menawarkan khidmat seks kepada golongan gay. Budaya songsang inikah yang hendak dipertahankan? Ya, kaunseling perlu diberikan, mereka perlu dibawa kembali kepada fitrah yang sebenar, tetapi pada masa yang sama, undang-undang juga mesti dikuatkuasakan untuk mencegah budaya jijik ini dari menular. Masalah ini tidak akan selesai dengan melayan kehendak mereka.

9.2.2 The Penal Code contains several gender discriminatory provisions, including: Section 498 that makes it a crime to entice away a wife for sexual intercourse; and Section 375A does not make marital rape a crime.

– Seksyen 498. Undang-undang kata, sesiapa yang memikat isteri orang untuk tujuan seks, adalah merupakan kesalahan jenayah. COMANGO, melalui CEDAW membantah undang-undang sebegini. Kenapa? Kerana COMANGO memperjuangkan hak kebebasan wanita untuk berfoya-foya dengan lelaki lain. Jelas sekali, ini bertentangan dengan akidah umat Islam.

 10.1.3 5,100 Malay-language Bibles were defaced by the Government.

– Ini merujuk kepada kes penahanan Bible Melayu di Port Klang dan Kuching pada 2011. Buat kesekian kalinya, hal ini sepatutnya sudah jelas, siapa yang bersalah. Sekiranya tiada provokasi awal dari pihak gereja untuk berkeras menggunakan kalimah Allah dalam Bible, tidak akan ada isu. Sejak 1986, kerajaan dan badan Islam yang berkaitan telah cuba utk bertoleransi dengan memberi peringatan demi peringatan kepada pihak gereja untuk menghormati perlembagaan dan sensitiviti agama di Malaysia. Hanya pada Januari 2014, JAIS ambil tindakan tegas dengan merampas. Selepas 29 tahun peringatan demi peringatan. Dalam sesi UPR 2013, COMANGO mengkhianati negara dengan membawa isu ini di peringkat antarabangsa. Mereka ini patut ditentang habis-habisan.

10.1.6 There is no freedom of religion for Muslims of other sects as only the Sunni sect is permitted. Other Muslim sects, e g , Shiite, are labelled as ‘deviant’ and actions may be taken against them.

– Secara spesifik, mereka memilih untuk memperjuangkan kebebasan beragama untuk golongan Syiah. Dan kita semua tahu, negara ini milik ahlus sunnah wal jamaah. COMANGO mahu umat Islam hidup kucar-kacir. Cukuplah senario politik dunia mengajar kita; Syria (bagaimana Bashar al-Asad menyembelih warganegara Sunni), Iraq (bagaimana liciknya penguasaan Syiah ke atas Iraq. Perdana Menteri Iraq kini ialah Nouri al-Maliki, seorang Syiah), Mesir (bagaimana ada kelompok syiah mengambil peluang dalam revolusi menjatuhkan Presiden Mesir, Mohamed Mursi), etc. 

10.1.11 A Hindu husband converted to Islam and converted their 3 infant children to Islam without his wife’s knowledge or consent. The religious authorities insist that the father had the right to convert the children unilaterally to Islam.

– COMANGO merujuk kepada kes M Indira Gandhi yang telah mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah mereka (bekas suaminya, juga bekas Hindu), Muhammad Ridzuan Abdullah. Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh telah membatalkan pengislaman anak-anak mereka kepada Islam. COMANGO sebenarnya memperjuangkan hak untuk murtad. CEDAW dirujuk dalam membuat penghakiman.

– Bukankah ini jelas menunjukkan COMANGO berniat melawan syariat Islam

Saya rasa cukup sekadar ini; sekadar beberapa petikan perenggan dari laporan COMANGO untuk kita sama-sama renungi.

Cubalah kita cari sebanyak mana sekalipun kebaikan yang ada di dalam tuntutan COMANGO, ia tetap tidak mengubah hakikat agenda tersirat mereka yang hendak meruntuhkan Islam di bumi Malaysia. Kita boleh bertoleransi dalam banyak perkara, tetapi selagi mana ada kudrat, kita tidak boleh langsung bertoleransi dalam perkara berkaitan akidah.

Mari hayati kembali kesungguhan Rasulullah SAW mempertahankan risalah akidah ini apabila baginda diajak untuk berunding, baginda melafazkan satu kalimah agung,

“Wallahi, Demi Allah. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku menghentikan dakwah ini, niscaya aku tidak akan menghentikan dakwah ini hingga Allah memenangkannya atau aku binasa.

Sehingga kita menang, atau kita binasa.

Allahua’lam. Semoga dapat pencerahan dari penulisan ini.

Sila sertai petisyen Sejuta Ummah Tolak COMANGO sebagai tanda solidariti kita dalam mempertahankan akidah umat dan generasi yang akan datang; http://goo.gl/QEOiEf

Mohammad Afiq Shazwan
Aktivis ISMA Sarawak

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Tahniah atas pencerahan saudara. saya lewat utk t/tangan menyokong petisyen menentang comango yang jahanam itu tapi saya tetap sokong perjuangan ISMA demi masadepan agama, bangsa negara dan anak cucu kita.Mudahan Islam makin berkembang di bumi kita Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker