Pandangan politik Islam terhadap perkembangan semasa dunia Islam
Kesatuan Ulama Ahli Sunnah telah mengadakan Muktamar Ulama Ummah yang bertempat di Istanbul, Turki pada hari Sabtu bertarikh 1 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 1 Febuari 2014.
Muktamar tersebut bertajuk “Pandangan Siyasah Syariah (Politik Islam) terhadap perkembangan semasa”. Ianya meliputi 4 tajuk perbincangan iaitu:
1. Hak rakyat dalam melantik pemimpin dan memecatnya.
2. Protes secara aman, serta hukumnya di sisi syarak.
3. Hukum menggulingkan pemerintah dan pengamalan semasa.
4. Pendirian Ulama terhadap “Rabi’ Arabi” (Arab Spring).
Selepas berlaku perbincangan antara ahli Muktamar, berikut adalah seruan Kesatuan Ulama Ahli Sunnah:
1. Adalah menjadi hak kepada rakyat secara syarak, bahkan ianya diwajibkan kepada rakyat untuk memilih pemerintah yang boleh menguruskan urusan dunia mereka dengan agama, memerintah secara adil, mempromosi ke arah keamanan dan menghalang segala usaha untuk menggugatnya.
Maka adalah haram dari segi syarak untuk keluar daripada ketaatan tersebut.
2. Adalah menjadi hak kepada rakyat bahkan diwajibkan ke atas mereka untuk memantau dan memastikan pemerintah sentiasa berjalan di atas maqasid syarak serta memelihara maslahat umum. Pemantauan itu berjalan dengan cara memberi nasihat, menegur, menyokong jika melakukan kebenaran dan memperbetulkan apabila melakukan kesalahan.
3. Sesiapa yang tidak mentati pemerintah yang dipilih secara sah maka dia telah melakukan satu fitnah dan kesalahan di sisi Syarak, serta telah menjadi penentang terhadap hak ummah. Maka menjadi satu kewajipan bagi pemerintah untuk melakukan apa sahaja cara yang sah di sisi Syarak dengan tujuan mengembalikan mereka kepada ketaatan.
4. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada Ulama untuk menerangkan kebenaran kepada umat kemudian menegakkan kebenaran tersebut. Ulama juga perlu menentang kebatilan dan golongan yang memikulnya, serta golongan yang mempersendakan agama atau yang berkata sesuatu tentang syarak sedangkan dia tidak ada ilmu tentangnya.
5. Adalah menjadi satu kewajipan pada rakyat untuk bertahan dalam menghadapi golongan zalim yang cuba menggugat keamanan dan kesejahteraan. Rakyat juga perlu menyokong usaha ke arah kebebasan dan kemuliaan selagi mana perkara tersebut berlandaskan pada syarak.
6. Kesatuan sekali lagi menyatakan pendirian bahawa peristiwa yang sedang berlaku di Mesir adalah satu penggulingan tentera ke atas pemerintah yang dilantik secara sah, maka menjadi satu kewajipan untuk mempertahankan pemerintah tersebut dan menghalang segala usaha ke arah penggulingan.
7. Pihak yang mendakwa penggulingan tersebut sebagai sah atas dasar kehendak majoriti adalah satu pandangan yang batil secara syarak dan perundangan. Cara tersebut tidak ada kedudukan di dalam Syarak dan tidak menghormati hak rakyat dan juga mafhum kebebasan.
8. Ulama juga mengambil cakna tentang apa yang sedang berlaku di Turki, Ulama menghargai segala usaha yang dilakukan oleh rakyat Turki bagi memastikan Turki terus memelihara prestasi kemajuan mereka yang sedang dikecapi kebelakangan ini, serta peranan pemerintah dalam memandu rakyat Turki untuk terus cakna terhadap peristiwa yang sedang berlaku di dunia Islam.
9. Jadi Ulama menyeru kepada semua rakyat dan pemerintah Turki untuk memelihara negara mereka dan juga maslahat rakyat mereka dariada campur tangan samada pihak luar yang dengki melihat perkembangan Turki atau pihak dari dalam yang menjadi musuh tersembunyi.
10. Kesatuan Ulama menyeru pemerintah di Syria bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala jenayah yang telah dilakukan di negara tersebut dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, seruan ini juga pada golongan yang bersama pemerintah tersebut atau golongan yang senyap tidak berbuat apa-apa melihatkan apa yang berlaku di sana.
11. Kepada saudara-saudara kita yang berada di Iraq, kami menyeru untuk terus bertahan menentang kezaliman dan juga penindasan yang sedang berlaku. Kami juga menuntut pada mereka untuk terus sabar, tsabat dan terus melakukan jihad sehinggalah datangnya petunjuk Allah dan ingatlah kemenangan itu tersangatlah hampir. Ingatlah! Sesungguhnya mujahid yang benar tidak akan mengkafirkan orang muslim yang lain dan tidak akan melakukan pembunuhan sesama muslim.
12. Kesatuan Ulama berasa dukacita dan sedih teramat sangat terhadap cubaan yang berterusan projek bangsa Yahudi untuk menawan masjid Al-Aqsa, dan juga pengepungan yang berterusan oleh Zionis laknatullah, begitu juga kepungan mereka terhadap rakyat Gaza secara khusus dan penduduk Palestin secara keseluruhan.
Kami menyeru pada rakyat Palestin untuk terus dan tingkatkan kesabaran, dan terus berpegang kepada satu-satunya solusi kepada kemelut ini iaitulah jihad fisabilillah.
Kami juga menyeru pada umat keseluruhannya untuk terus membantu Palestin dalam memelihara Masjid Al-Aqsa serta kewajipan terhadap umat untuk melakukan pengorbanan yang berterusan untuk menyedarkan umat yang lain serta menegakkan kebenaran.
13. Sesungguhnya pembunuhan umat Islam yang sedang berlaku di Burma adalah satu penghapusan etnik dan pembunuhan besar-besaran terhadap manusia, maka perlu kepada umat Islam keseluruhannya untuk membantu saudara kita di Burma dan melakukan apa sahaja cara untuk memelihara mereka serta menentang kezaliman yang sedang berlaku.
14. Seruan Kesatuan Ulama kepada rakyat Libya untuk menyedari bahawa memelihara kedaulatan negara mereka adalah maqasid yang paling utama setelah berlakunya kebangkitan rakyat dan hancurnya golongan taghut, seruan itu juga meliputi supaya semua pihak memastikan keamanan di sana serta mengutamakan maslahat bersama berbanding kepentingan peribadi.
15. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di Tunisia dan Yaman iaitu berhentinya pertumpahan darah serta fokus ke arah menyempurnakan hak rakyat atas dasar kemaslahatan mereka adalah satu perkembangan yang positif. Jadi kami menyeru pada semua pihak di sana untuk terus bersatu dan menjauhi perpecahan dan menumpukan ke arah menyempurnakan maqasid syarak di masa hadapan.
Sebagai penutup, kami menyeru seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada untuk menjadikan Islam itu sebagai satu sistem hidup dalam seluruh aspek kehidupan, serta mengambil cakna terhadap isu ummah supaya satu hari nanti keagungan dan kemulian umat Islam akan kembali.
والله غالب على أمره ولكن أكثر الناس لا يعلمون
Kesatuan Ulama ahli Sunnah
Turki-Istanbul
1 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 2 Febuari 2014
Ini merupakan terjemahan kepada artikel asal dari laman : http://www.ikhwanonline.com/Article.aspx?ArtID=176238&SecID=110
Penterjemah:
Ustaz Mohd Firdaus Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)