Pendapat

Kecelaruan ideologi liberal

luqman-11

Semalam berkesempatan ke kelas pencerahan berkenaan liberalisme, menarik kelas pencerahan yang memilih agenda liberalisme sebagai pemula sesi ceramah mereka.

Agenda liberal mengikut apa yang diterangkan mempunyai beberapa prinsip antaranya ialah kedaulatan undang-undang, kerajaan terbatas, kebebasan manusia, tantanan spontan dan lain-lain. Saya berasa janggal dengan corak pemikiran sebegini, selaku seorang muslim, saya menyakini tidak ada cara hidup yang lebih baik melainkan dengan agama Islam. Ideologi liberal adalah sesuatu yang asing dari agama Islam.

Islam menetapkan Islam itu adalah Islam manakala jahiliyah itu kekal jahiliyah, ia tidak bercampur antara ideologi yang lain mahupun ia berada di pertengahan antara ideologi. Tidak mungkin seorang muslim pada masa yang sama menganut fahaman liberalisme. Kerana konsep Islam amat bertentangan dengan liberalisme.

Kecelaruan ini jelas dapat dilihat menerusi konsep yang diutarakan liberalisme itu sendiri, misalnya di dalam hak kebebasan manusia, Islam menegaskan kepentingan ‘amar makruf nahi mungkar ‘, itu adalah tangungjawab seorang muslim. Kontradiknya, liberalisme ia tidak membenarkan kita untuk mencampuri hal-hal peribadi individu.

Seandainya seseorang itu melakukan maksiat, adakah kita hanya boleh melihat sahaja ataupun pihak berwajib tidak mempunyai kuasa untuk menangkap mereka (berdasarkan konsep kerajaan terhad dan hak asasi manusia). Contoh lain sepeti perilaku Alvin dan Vivian yang mencemar nama negara, adakah kerajaan Islam tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka? Adakah kita tidak boleh memaksa orang lain untuk hidup dengan nilai kita?

Teringat saya kisah Umar al-Khattab yang mengarahkan panglima-panglima yang dihantar berjihad ke negara-negara jiran agar mengajak semua penduduknya menganut (agama) Islam. Jika enggan, maka mereka dimestikan membayar Jizyah (tunduk kepada sistem Islam). Jika enggan, maka mereka diperangi. Jelas kisah Umar di atas menunjukkan agama atau aqidah Islam tidak boleh dipaksa, tetapi peraturan dan sistem Islam boleh dipaksa.

Lebih mencelarukan, saya melihat persaingan pasaran bebas yang menyebabkan agama lain berada ‘on par‘ dengan Islam bukanlah satu perkara yang bijak. Mengapa pula kita mahu memberikan keluasan seluasnya kepada agama lain untuk berada di padang yang sama dengan Islam? Kita memang yakin dengan agama Islam tetapi bukan bermakna kita boleh memberi ruang kepada agama lain untuk menganggu atau mengggugat keimanan kita walau sekelumit pun.

Ambil iktibar terhadap apa yang terjadi di Indonesia, apabila dibiarkan agama lain ‘on par’ dengan Islam, Islam menjadi lemah dan tidak terbela, berjuta-juta orang menganut agama Syiah, tidak kurang juga yang memeningkan lagi kepala ialah Jaringan Islam Liberal.

Sesunguhnya, kebenaran itu mesti ada kekuatan yang menjaganya, kita tidak boleh lari dari konsep ini. Manakala konsep kerajaan bagi islam adalah Hifz Ad-Deen wa Nasyr Ad-Dakwah (menjaga Agama dan menyebarkan Dakwah). Entah mengapa saya semakin risau dengan gerakan sebegini. Matlamat untuk memberi pencerahan tidak sampai, sebaliknya saya yakin semakin kabur pandangan mereka.

Saya amat berharap agar kata-kata yang mengatakan kewujudan Allah sebagai teori dapat ditarik balik. Besar impak terhadap kita jika kita memilih untuk mengatakan sedemikian rupa.

Wallahualam.

Luqman Abd. Hamid
Ahli ISMA DHL
Timb. YDP, MPP UPM
Aktivis PEMBINA UPM

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Assalamualaikum. wondeful words, Masha’Allah. really fits in my shoes because It’s my daily struggles! It’s undeniable that we have been infected with such disease because we have been given with so many choices in our own country. I believe that Faith (Aqidah) shapes us by mean of force as how the previous sahabahs and caliphs succeed in molding religion as the way of life because they were diligent and dedicated to make it happen! ( hope no one’s going to misread my opinion of ‘by mean of force’)

    Thank you and keep posting Lillahita’ala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker