Kepelbagaian dalam mendidik anak-anak
Terdapat 3 jenis kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Cara ini juga diaplikasikan dalam kepimpinan rumahtangga termasuklah cara pendidikan terhadap anak-anak.
Kepimpinan atau cara didikan autokratik berfokus kepada ibu bapa yang sangat tegas dan boleh dikatakan ibu bapa yang garang. Ciri kepimpinan autokratik termasuklah ibu bapa menggunakan kuasa untuk menentukan segala aspek dalam hidup anak-anak. Ibu bapa begini akan membuat penyelesaian, keputusan, kedudukan dalam semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak mestilah menjadi pak turut segala apa perancangan ibu bapanya terhadap mereka. Peranan ibu bapa dalam konteks ini lebih kepada perancang dan penentu semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak hanya menurut sepenuhnya tanpa ada bangkangan.
Kepimpinan atau cara pendidikan demokratik pula akan lebih menumpukan kepada lebih banyak perkongsian menang-menang antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa akan lebih banyak memberikan dorongan, sokongan serta galakan untuk anak-anak melakukan perkara-perkara yang telah disepakati bersama. Peranan ibu bapa lebih kepada memberikan sokongan, mampu berbincang secara adil serta galakan untuk anak-anaknya. Sokongan dan dorongan sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengembangkan potensi anak-anak ke arah membina jati diri yang mantap. Kata-kata perangsang ibu bapa adalah azimat untuk anak-anak meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan dan berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup mereka.
Kepimpinan atau cara didikan yang ketiga iaitu laissez-faire pula ialah kaedah kepimpinan tanpa ada sebarang kawalan terhadap anak-anak. Mereka bebas melaksanakan apa jua perancangan dan keinginan mereka dalam hidup dengan sepenuh kebebasan. Ibu bapa tidak ambil tahu dan memberikan sepenuh kebebasan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa yang melaksanakan cara ini sebenarnya tidak berperanan dalam membantu anak-anak. Anak-anak dibiarkan terumbang-ambing dalam meneruskan kehidupan tanpa sebarang bimbingan dan panduan daripada ibu bapa.
Kesan buruk jika terlalu garang
Ibu bapa yang garang banyak menggunakan kaedah pendidikan yang pertama iaitu autokratik di mana anak-anak tidak diberi pilihan untuk melakukan apa yang mereka sukai. Ibu bapa ini terlalu tegas dalam menentukan halatuju anak-anak serta semua aspek kehidupan. Kesan kepada anak-anak ialah anak-anak hidup dalam tekanan perasaan yang amat kuat malah ada yang menghadapi tekanan mental disebabkan terpaksa mengikut apa juga arahan ibu bapa walaupun hati tidak suka. Tekanan emosi kadang kala menjadikan anak-anak terlalu sgresif dengan orang lain malah ada juga yang menghadapi kemurungan, iaitu suka duduk sendirian, lebih banyak menghabiskan masa dengan bersendirian bermonolog dan mampu menyebabkan kerisauan pada diri mereka.
Tekanan mental juga berlaku dan menjadikan anak-anak tidak mampu fokus di dalam kelas dan belajar dengan tenang. Apa yang ada dalam minda mereka ialah rasa keterpaksaan dalam melakukan semua tugas hidup dan akhirnya anak-anak akan menjadi jemu dengan hidup. Malah ada juga anak-anak yang memberontak contoh bergaduh dengan kawan-kawan di sekolah, menjadi vandalisme dengan melepaskan tekanan dengan merosakkan alatan-alatan di sekolah serta menconteng tandas dan pelbagai premis lain untuk melepaskan tekanan perasaan.
Ada juga anak-anak yang dididik dengan autokratik akan melepaskan perasaan kepada adik-adiknya seperti suka memukul, membuli dan mencederakan mereka kerana ingin membalas dendam terhadap apa yang ibu bapa lakukan terhadap mereka.
Ibu bapa yang autokratik mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memukul anak-anak mereka sekiranya anak-anak tidak mahu mengikut apa jua arahan mereka.
Antara kesan yang lain ialah anak-anak akan mencari sumber sokongan daripada orang lain seperti kawan baik, juga kawan yang lain jenis untuk berkongsi masalah dan perasaan mereka. Dan mereka lebih mempercayai kawan baik itu dari ibu bapa mereka sendiri. Apa yang ditakuti ialah bilamana mereka mendapat kawan-kaan yang tidak baik dan terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, rempit, melepak dan kes2 jenayah juvana. Anak-anak juga akan mudah meletakkan kepercayaan, sokongan kepada selain ibu bapanya dan sampai satu tahap anak-anak sanggup keluar dan lari dari rumah bila terlalu tertekan dengan sikap ibu bapa terutamanya anak-anak remaja.
Anak-anak yang tertekan berkecenderungan untuk mendapat penyakit kemurungan atau “depression”, kebimbangan melampau atau “anxiety disorder” serta berkemungkinan mendapat skizofrenia sekiranya tidak dirawat dengan baik, selain menjadi vandalisme dan terlibat dengan jenayah delinkuen juvenil.
Oleh:
Puan Siti Aishah bt Hamid
Ketua Biro Keluarga & Masyarakat
ISMA Cawangan Alor Setar
Nota: Puan Siti Aishah merupakan pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Institut Perguruan Kampus Darulaman, Jitra.
Bagaimana mnanggani masalah ank2 yg tergolong dlm outokratik utk knk2 itu mnjalani hidup normal spt knk2 yg lain… & cara2 utk memulihknnya?
Salam …ank sy perempuan umur 2 thn 8bln…bl anak sy degil,sy akan marah tanpa memukulnya…bl die melawan @ tidak mengendahkan larangan sy,sy akn diam dan buat x tahu…Dr cara sy tu die fhm yg sy marah dan die akn menangis smbil dtg dekat dgn sy dan minta susu(susu bdn)…semasa menyusu sy akn usap kepala die dan bertanya knp die buat mcm tu n nasihat kan die jgn buat ibu marah n bg tau die yg sy syg kn die…sy tnye sm ade die syg sy @ tak dan die akan jwb die syg…btl ke cara sy tu?
salam.saya adalah seorang ayah yg mendidik anak dengan cara autokratik.saya garang dan anak2 akan dipukul sekiranya mereka buat perangai,bergaduh sesama mereka dll.dlm masa yang sama saya amat menyayangi mereka cuma saya jarang berkomunikasi secara mesra dalam jangka masa yang lama.mungkin saya telah terdidik dari cara orang tua saya yang amat tegas dan garang dan sekarang anak2 menerima layanan yang sama dari saya.masalahnya sekarang,saya telah cuba membaiki kesilapan saya dan kembali bermesra dengan anak2.tapi saya tak pasti samaada anak2 mendendami saya secara diam…
Dendam tu pasti ada bang…sbb islam tekankan kekerasan tu cara terakhir… tp kalo anak2 kuat pegangan agama..insya allah dy akn memaafkan..
sy ada ank 3thn…klu kt xtgas nnt ank kt xnk dgr ckap kt..mcmn ye..
Terima kasih atas respon dari tuan puan ibu bapa yang prihatin dengan proses perkembangan anak-anak. Saya akan menjawab persoalan dan pertanyaan tuan puan dalam artikel seterusnya. In shaa Allah.
Salam..sy nk tnyer ustazah adakah care didikn sy ini 100% salah..sy cube ajar ank yg pertama berkongsi brg, syg dan melindungi adik die..tp sebaliknyer yg jd…sy cube bersabar bl die mmbentak tp sy sll hilg sabar dan sy akan cubit @ pukul die terutama bl die pukul adik die…mslhnyer adiknyer lnsung xde buat slh ape2…kdg sy menangis dpn die..sy xtau dgn cr ape lg nk ajr die tp bl sy nangis die fhm dan die akan trus diam… ape yg perlu sy buat..sy takut kalau sy slh didik…
Artikel kedua boleh dibaca di link ini…
http://ikeluarga.net/2014/05/kesilapan-dalam-mendidik-boleh-membunuh-jatidiri-anak-anak/
Pada pendapat sy ketiga2 kaedah tu kt boleh apply ikut keadaan dan situasi.. Ada masa kt perlu jadi autokratik trutama dlm soal pendidikan agama dlm mmbentuk akhlak anak2.. Ada masa perlu demokraktik n laissez-faire dlm soal anak2 utk memilih minat, cita2 dan hala tuju dlm hidup mereka namun masih perlu nasihat dan panduan dr ibubapa.. Kebanyakan manusia belajar melalui pengalaman dan kesilapan lepas sebab itu la ibu bapa kadang kala sgt tegas dlm soal membesarkan anak2 kerana sgt risau jika anak2 memilih hala tuju yg salah dlm hidup mereka..
Saya bersetuju
Saya setuju..kena tegas dlm bab agama insyaAllah….moga kita sebagai ibu bapa dipermudahkan urusan dalam mendidik anak-anak pada zaman yang penuh cabaran ni..Aamiin..
Assalm….saya anak ye…bkn ibu. saya nak tanya….kalu ibu kita angin tanpa sebab ape cara untuk meredekannya?….
Contoh:
Saya dan ayah saya salah pergi kedai…..balik je ibu terus marah dan kata”Umi suruh pergi Hero bkn Speedmart!!”….macam mana nk pujuk ibu balik??….
Nak tip cara atasi anak yg tiada jati diri low confiden level gara2 saya terlalu garang
Assalamualaikum…Pn..
Minta maaf saya tanya adakah dgn didikan senduri Pn Aisyah kepada kekuarga.dpt menghasilkan anak2 yg cemerlang.selalunya ibu bapa bekerja yg menjafi garang betul ke
saya mengaku saya garang (tidak memukul) pada masa belajar, solat dan kebersihan…..yang lain saya sangat demokratik…. Pada saya keseimbangan amat penting dalam mendidik anak-anak….Cara didikan ibu bapa saya menjadi pedoman…Yang elok menjadi panduan, yang kurang ditambah baikkan
assalamualaikum puan,sy ingin meminta pendapat puan mngenai masalah sy.ni…sy berumur 23 tahun,sy dan ibu sy slalu tidak sefahaman…boleh dikatakn dlm golongn autokratik…apabila sy mngeluarkn sbarang pndpat,dia mngatakn sy melawan ckap dia…padahal sy cuba brkngsi msalah bersama…smpaikn.sy hari2 menangis dan tidak tahu berkngsi msalah dg.sesiapa…dia juga slalu ckap dia ibu n sy ank jd jgn mlawan…apakah.sbgai.seorg ank tidak layak untuk mbri pndapat ke puan…kadang2 sy ska berckap sorang2,adakah itu perkra normal puan…setakat ini.shaja pertnyaan sy..sekian trima kasih
AsSalamualaikum, saya tak pernah jumpa Rasulullah SAW terangkan terdapat 3 jenis kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Terima kasih.
http://www.ismaweb.net/2014/07/didiklah-anak-dengan-tegas-tapi-berkasih-sayang-pn-aishah/
Teruskan membaca artikel seterusnya untuk tips mendidik anak2 dengan kasih sayang tetapi tegas.
Atau boleh hubungi saya melalui fb
https://www.facebook.com/ummu.nubala
Salam Pn Siti Aishah..alhamdulillah kita bertemu kembali..kita pernah bersahabat ketika di KK9 UPM 1988 dulu..saya rakan sebilik Zuraini. Tahniah atas kejayaan ustazah Aishah sekarang & saya suka mengikuti penulisan Ustazah dlm kaedah mendidik anak2..alhamdulillah & hrp Ustazah Aishah terus kan usaha2 murni ini.
Assalamualaikum Puan… saya seorg ayah yg mempunyai 3 org anak lelaki. Anak2 sy berusia 8, 7 & 5 tahun… anak2 sy ni mmg degil, terutama yg sulung. Dia mmg tak dengar kata…sampai sy hilang sabar…pukul tu mmg sy pukul tapi takde ler teruk sampai patah tulang…adakah perbuatan sy ini akan memberi kesan yg mendalam pd anak bila dia meningkat dewasa?.. adakah cara sy mendidik dan mengajar ni salah…
Assalam..sy nk tanya puan..kalau ikutkan km mengamalkan cara didik anak secara demokratik..tp bgmanapun sy tertanya2 knapa anak sy kekadang tu susah nk dengar ckp..kecuali kalau pd sesuatu masa sy akan meminggikan suara menunjukkan sy sudah hilang sabar dan seakan marah .barulah ada nampak respond dr mrk..mohon pencerahan dr puan..tq
Kombinasi skill keibu bapaan dalam memilih pendekatan yg sesuai samaada secara kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire adalah perlu. Ketiga tiga pendekatan ini ada kebaikannya, kuncinya memilih pendekatan yg sesuai mengikut character ibubapa sendiri dan character anak pada keadaan yg sesuai.
assalamualaikum ustazah…
soalan sy boleh kah kite perbaiki semula
sekiranya sy sudah terlawa garang dg and saya?
sblum perceraian trjadi perceraian sy adlah IBU yg sabar Dan mmpu jge ank2
tp selepas bercerai sy JD cpt emosi stress puncanya sy menjage 3 org ank Dan saya jgalh yg mencari nafkah untuk ank2.. sy lh IBU sy lh ayah..
sekarang sy sedar selpas pembelajaran ank sy merosot.. sy ingin rapat dg ank sy semule… tp tak mudah untuk pulih serti sediakala… yg sy two bile die gagal sy patut marah … tolong sy ustazah ape ptut sy buat
Saya ada Ank 3org.yg sulung lelaki berumur 10thn…die mmg sllu mngusik@menyakat adik2nye..mmg niatnye nk bermain ngan adik2,,tpi cara die xbetul.bila bermain terlalu kasar..hggakn bila sya tegur d katakn sya ni mnjakn adik2 yg lain.lgi 1 bila sya suruh buat something mesti die mmberontak macam xpuas hati…macamne ye sya nk didik ank2 yg tngah nk mmbesar pada zaman skunk ni
Ramai ibu bapa tidak mengenali karakter anak mereka yg sebenarnya… menyebabkan mereka bertindak melulu menghukum anak tersebut.
Fahami karakter dan corak komunikasi anak agar kita mudah kita mendidik dan membimbing mereka…
Free consultation untuk mengenali karakter dan komunikasi anda dengan anak whatsapp 0192401169 (free utk seorang anak shj.)
Assalam puan…sy ada 2 org ank…seorang 2 thn dan seorang 8 bulan…masalah sy ialah anak sy yg 2 thn ini jenis yang hyperaktif…tak boleh duduk diam…ada saja yg nak dibuatnya…dia suka ikut pe yg sy buat n kdg2 tu merimaskan jugak…sebab dia x tahu buat hal sendiri…mcm tgk tv cerita kartun ke…main mainan lego contohnya…apabila sy marah jgn ikut…dia tetap berdegil…dan ini memaksa sy memukulnya…satu lg jika sy bgtau dia jgn buat mcm tu lg…dia tetap nak buat jgk…betul ke cara sy ni puan…kdg2 tu sy kesian jgk asyik kena pukul je ank ni…sy pon x tau nak didik dia mcm mane lg…dan jika sy marah sgt sy pukul dia n lps tu sy peluk dia blk…hrp puan dpt beri tips bagaimana cara menyelesaikannya…maafkan abi anak ku…???
Saya sering dipukul oleh ibubapa saya jika saya membuat kesalahan. Apabila saya sering dipukul saya akan rasa marah dan dendam terhadap mereka yang tidak adil dalam mendidik anak kerana apabila saya saya bertengkar dengan adik walaupun masalah kecik ibabapa saya datang dengan marah lalu memukul saya tanpa mendengar alasan saya terlebih dahulu.
Saya sering dipukul oleh ayah dan di marahi oleh ibu saya jika saya membuat kesalahan. Apabila saya sering dipukul dan dimarah saya akan rasa marah dan dendam terhadap mereka yang tidak adil dalam mendidik anak kerana apabila saya saya bertengkar dengan adik walaupun masalah kecik ibabapa saya datang dengan marah lalu memukul saya tanpa mendengar alasan saya terlebih dahulu.
Assalamualaikum ..bgus puan aisyah utk perkongsian ini ..kerana pd zaman ini ,zaman yg terlalu mencabar di mana ank2 semakin besar cabaran utk mereka dan ibu bapa pula perlu fhm keadaan pd zaman ini…
Saya alami didikan garang dari ayah saya waktu saya kecil, sikap panas baran melampau, yang saya perhatikan sebahagian besar ibubapa terlalu memberi layanan buruk kepada anak anak sendiri tapi layanan terbaik kepada anak anak orang lain, saya pernah dihempas ke lantai waktu berusia sembilan tahu, sekarang usia saya 22 tahun tapi saya tak pernah lupa apa dia buat pada saya, terus terang saya katakan saya selalu berdendam dengan dia, dalam hidup saya adalah lebih baik saya mati dulu atau dia yang mati dulu, sebab seboleh bolehnya saya taknak berkasar tangan dengan dia, saya kuat untuk hidup sebab emak, kalaulah emak pergi dulu saya berazam akan membawa diri, saya taknak ambil tahu tentang ayah, dia suka cakap besar suka mereka reka cerita berkaitan saya,
Assalammualaikum sya ni seorang anak apabila sya selalu lihat telefon mesti ayah sya marah kalau sya tak keluar rumah buat apa2 mesti marah kalau satu hari mesti marah nak tertekan dah ni ayah sya orang susah jadi dia suruh sya kerja yang berat2 macm sya ni hamba je..
Saya juga seorang anak, berusia 21 tahun.. mak saya sgt garang.. rotan berbirat2 tu dah biasa bg sy.. mgkin itu juga kslhn sy.. tapi skrg sy dah tamat bljr di ipts.. mak sy masih lg mengatur hidup sy, mak sy tak penah nak ambil tahu keinginan sy.. smpai sy nak kahwin pun, mak sy menghalang sy.. kerana calon sy tak berkerja tetap.. hanya mbuat bisnes.. sy bingung, sy buntu.. tlg lah sy.. sy cmburu tgk mak org lain pada usia anak sudah dewasa.. dia seolah2 Sperti seorang kawan.. bercerita tntg keinginan dan menyokongnya.. Urmmm