Pendapat

Malaysia oh tanah airku – Abu Ameen

jalur-gemilang
“Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku

Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku.”

Masih terngiang lirik lagu ‘Pusaka’. Betapa indahnya hidup di Malaysia. Semua kaum saling menghormati. Hidup aman damai, tenteram dan harmoni.

Namun masa telah berlalu. Kini suasana semakin haru.
DAP pula semakin berani. Menuntut hak kebebasan sejati.

 Penghapusan hak bumiputera antara agenda. Para penyokong pun setuju bersama.
Alasannya ini hak kebebasan bersuara, walaupun bertentangan perlembagaan negara.

Tulisan Jawi di papan tanda, turut juga dijadikan mangsa.
Alasan diberi mudah sahaja, inikan sejarah untuk di Arkib Negara.

Khutbah Jumaat JAKIM pula dikecam ketika khatib memberi waspada. Kononnya ayat Al-Quran yang dihentam mengganggu keharmonian negara.Kalimah Allah tiba-tiba menjadi mangsa, walhal 50 tahun tidak pernah bersuara.
Ketika Brunei ingin memelihara, kita pula ingin sikap “terbuka” kerana ikut peredaran semasa.

Hebat Brunei bangga dengan slogan idealogi negara, MIB – Melayu Islam Beraja.
Di Malaysia MSIB (Melayu Sepakat, Islam Berdaulat) ISMA kemuka, ramai yang sinis ini perkauman dan rasis semata.

Apabila PAS mahu hudud di Kelantan, gegak gempita seluruh Pakatan.
Bukan Islam dan liberal membuat pakatan, sesama Islam pula sangsi niat permuafakatan.
MSIB ternyata ada kebenarannya, namun ramai yang masih belum percaya.

Marilah bersama kita renungkan, sejarah tanahair yang kita cintakan.
Tanah Melayu kaya dengan sejarah, undang-undang syariah tunggak pemerintah.
British penceroboh datang segalanya musnah. Mengapa kini setelah merdeka perlaksanaan syariah menjadi susah?

Namun apabila sejarah cuba disebut, ada pula yang marah kata ini menghasut. Hilang hujah kebebasan bersuara, sedangkan ia sejarah negara.

Ya kini aku sudah keliru. Benarkah Malaysia tanah pusakaku? Hanya Allah sahaja yang Maha Tahu, Malaysia oh tanah airku.

Abu Ameen
Aktivis ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

2 komen

  1. Benarlah dikatakan jika tidak mahu dan tidak bersetuju dengan ketetapan adab dan peraturan bernegara di sini maka carilah bumi atau negeri lain untuk dihuni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker