Saya Cina dan saya ahli ISMA – Alifah Ting Abdullah
Khususnya buat Presiden ISMA, umumnya buat kaum Cina.
Saya adalah anak kepada bangsa pendatang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu sebelum merdeka. Saya juga adalah anak kepada serpihan kaum Cina yang memilih bernaung di Tanah Melayu suatu ketika dahulu di bawah pimpinan orang Melayu beragama Islam. Saya juga anak cucu kepada penandatangan kontrak sosial di antara UMNO, MCA & MIC.
Saya juga serpihan kaum Cina yang mempunyai kad kewarganegaraan Malaysia (Tanah Melayu) yang sah bukan warganegara China. Dan sebagaimana datuk nenek saya iaitu kaum Cina dulu datang ke Tanah Melayu untuk bernaung di Tanah Melayu, berada di bawah kepimpinan kaum Melayu (Islam), begitulah saya sekarang dan selamanya akan terus bernaung di bawah kepimpinan kaum Melayu (Islam).
Untuk kaum Cina, “di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung”. Jika rasa tidak mampu untuk bertolak ansur dan punya rasa hormat seperti mana datuk nenek moyang kita dahulu yang dengan rela hati menandatangi kontrak sosial dan berada di bawah pimpiman tuan punya tanah sekarang (Malaysia) iaitu kaum Melayu (Islam), rasanya elok juga untuk memohon kewarganegaraan China iaitu bukan warganegara Malaysia. Sebabnya dari dulu, kini dan selamanya Malaysia akan menjadi hak milik orang Melayu (Islam). Jadi corak kepimpinan mesti mengikut orang Melayu (Islam).
Jangan lupa kaum saya iaitu kaum Cina, jangan pernah lupa dengan namanya “K.O.N.T.R.A.K S.OS.I.A.L”.
Ingat sampai mati, hayati apa itu kontrak sosial. Selama saya mengenali Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ISMA adalah jemaah yang lantang mengeluarkan pendapat berdasarkan fakta dan bukti yang nyata dengan mengambil kira Al-Quran sebagai sumber rujukan. ISMA sangat konsisten dalam mentarbiyah ahlinya iaitu termasuk saya (Alifah TING binti abdullah)
Bukan lepas baling batu sorok tangan, no.. that is not ISMA! Saya Cina dan yang paling saya bangga adalah saya mula mengenali Islam dan terbuka hati untuk menjadi muslim setelah mengenali pejuang-pejuang ISMA dan melalui tarbiyyah mereka, Melayu Sepakat Islam Berdaulat & Membangun Umat Beragenda dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) – Meneraju Arus Mahasiswa.
Kontrak sosial kita pertahankan, ISLAM kita tegakkan. Kami (kaum Cina yang tahu asal usul kami dan bagaimana kami boleh berada di Malaysia-kontrak sosial) menyokong ISMA dengan sebulat suara dan tekad. Saya bangga dengan tarbiyyah ISMA dan insyaallah selamanya akan bersama dengan perjuangan mereka.
# Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
# Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB)
# Membangun Umat Beragenda
# Saya Cina Dan Saya Sokong ISMA
# Isma Bukan Ngo Rasis
# Saya Cina Dan Saya ISMA.
Yang benar,
Darah Cina yang sedar asal usul,
Alifah Ting Abdullah
Aktivis ISMA dan PEMBINA
Ya Allah engkaulah yang Maha Agung. Engkaulah yang memberi hidayah kepada Alifah yang berasal dari keturunan orang kafir untuk memeluk ISLAM iaitu satu2 nya agama yang Kau rezai akhir zaman ini.
Sepatutnya kaum cina yang masih kafir itu membuat kajian kenapakah orang melayu beragama islam? Dan mengapa mereka sanggup mati mempertahankan ugama islam itu? Lebih2 lagi bertanya kepada orang2 keturunan cina yang telah bertukar agama kepada agama islam.
Alhaamdulillah….moga Alifah Ting Abdullah sentiasa dirahmati Allah, x pernah lupa asal usul, x pernah lupa siapa diri di sisi Pencipta….kagum dgn Alifah…wahai cina2 yg lain, x kira apa ugama anutan anda…sentiasa sedar siapa anda n jgn melampau-lampau…..
Setuju dgn Alifah. sebenarnya kaum cina dan kaum india pada ketika dahulu memahami bahawa mereka telah mendapat banyak manfaat daripada negara melayu ini dgn orang melayu islam menghormati mereka tanpa disisihkan malah mereka kaya raya tanpa diganggu gugat hak-hak mereka. Jika mereka tidak ada niat mengkhianati org melayu islam, mereka tidak akan menyentuh soal dasar negara khususnya yang melibatkan orang2 melayu Islam sebagaimana org2 melayu islam tidak mempersoalkan budaya mereka. Jika penentangan ini berlaku, adalah amat jelas dan bersuluh yang mereka mempunyai niat yg tidak baik terhadap negara dan kuasa orang melayu islam ditanah air ini.
Hanya org Islam sebenar, tak kira apa bangsa atau warna kulitnya, akan tahu bagaimana hati budi org Melayu yg sebenarnya. Malah mereka tak perlu masuk ISLAM pun. Sebagai tetanggapun mereka kalau dah rspat dgn mereka akan kenal hatibudi org Islam. Mereka tak tau berdendam, khususnya dgn org bukan Melayu. Kecuali kalau mereka terus didesak n terdesak/tersepit. Itu adalah nature atau sifat org Melayu yg diwarisi dari budaya agamanya. Lihat apa yg berllaku di Palestin misalnya. Org Islam sifat semulajadinya akan berbaik2 dgn semuua manusia, kecuali keadaan memaksa. Tapi seperti yg dimaklum siapakah yg menceroboh kehidupan n negara mereka n memaksa mereka menukar agama mereka seperti yg berlaku di Filipina n di dunia ISLAM lainnya? Kajilah keganasan dunia- di US, Australia, New Zealand dll.