Pendapat

Bangkitnya seruan jaguh Melayu – Nafidz Razak

logo isma
Assalamualaikum w.b.t

Tatkala rakyat negara disogokkan mindanya bahawa ISMA adalah golongan ekstremis, dengan momokan ISMA rasis, pelbagai usaha yang giat sedang dilemparkan kepada ISMA dengan ekoran kenyataan terbaru “bangsa Cina yang datang ke Tanah Malayu adalah penceroboh”, saya melihat akhirnya, lahirlah seorang JAGUH yang berani untuk membangkitkan kaum ini.

Jika kita berada di tempat penduduk Malaya terdahulu, barangkali persepsi yang kita akan rasakan berbeza. Bayangkan pada masa itu, orang-orang Melayu yang menginap di tanah ini, dimasuki, dijajah oleh British dan kerana mereka menguasai tanah ini, mereka telah suka hati ‘mencorobohi’ batas dan undang-undang tanah Melayu pada ketika itu yang membawa pelbagai perkara masuk ke tanah ini dan membawa pelbagai khazanah keluar dari tanah ini. Juga tidak dinafikan akan semua orang melayu yang di’segmentasi’kan ke ceruk-ceruk kampung, hanya dibenar bergiat di dalam bidang tertentu.

Negara yang dijajah pada ketika itu, bukan sahaja menjajah tanah, ia menjajah pemikiran, menjajah peribadi, menjajah ekonomi menjadikan orang Melayu LUPA akan kehebatan mereka. Melayu yang memakmurkan tanah ini dahulu, yang meneroka teknologi, yang menjadi kuasa besar, akhirnya semua lupa akan identiti sebenar orang Melayu, penduduk sebenar tanah ini yang hebat dan berjaya.

Bila ISMA bangkit untuk MENYEDARKAN kepada rakyat bahawa, Ya anda sebenarnya hebat, kita hebat! Orang Islam hebat! Orang Melayu yang menguasai tanah ini dahulu hebat!

Dan ISMA mengingatkan akan hakikat penduduk tanah ini dahulu namanya orang Melayu dari Tanah Malaya. Hidupnya makmur dan sejahtera sehingga kejatuhannya ia dijajah. Pada masa dijajah dahulu, orang Cina yang dibawa masuk dari tanah besar ke negara ini oleh British secara suka hati memberi peluang-peluang pekerjaan kepada mereka, ‘posisikan’ sebagai tauke-tauke, diletak di bandar-bandar menjadi orang kaya-kaya sehingga hari ini mereka melopor majoriti ekonomi di tanah ini, memegang banyak hak tanah di negara ini, juga menjadi pemimpin kepada rakyat di negara ini. Mereka kini sudah berjaya, ya siapa boleh nafikan CINA di Malaysia sudah berjaya?

Namun siapa yang ada untuk membela, membangun semula izzah dan menaikkan kembali orang Melayu? Orang Islam di negara ni? Siapa? Eloklah ISMA memperjuangkan isu ini.

Jika DAP memperjuang dan menuntut demi kepentingan masyarakat Cina semakin mendapat tempat, tapi peliklah jika ISMA yang memperjuang dan membela masyarakat melayu dianggap rasis dan eksterimis? Bila mereka menuntut hak mereka pada kesamarataan dan mengatakan mereka adalah minoriti, tanya semula, siapa minoriti sebenar dalam ekonomi? Siapa minoriti sebenar dalam hartanah dan siapa minoriti sebenar dalam kejayaan?

Mahukah CINA bantu MELAYU untuk berkongsi penguasaan ekonomi yang sama mereka ada? Menghapuskan perbezaan jurang ekonomi Cina dan Melayu? Jika kesamarataan yang mereka minta pada apa yang mereka tidak ada tetapi tidak mahu berkongsi pada apa yang mereka berjaya, apakah bentuk konsep keadilan yang mereka perjuangkan?

Dan lagi sedih bila Cina perjuang misi mereka, ada orang Melayu menyokong. Namun bila orang Melayu kita bangkit untuk mempertahankan, bukan menuntut pun kepentingan baru untuk mereka, orang Melayu tidak membantu bangsa sendiri malah membiarkan diri di’ceroboh’ oleh bangsa Cina.

Seruan ini bukanlah bertujuan membakar api perkauman, tetapi menyedarkan orang Melayu yang terlalu bertoleransi walaupun haknya telah dirampas. Bangkit dan sedarlah bahawa kita adalah umat ISLAM yang hebat!

Mari kita mulakan dengan ambil peduli.

Nafidz Razak
Penyokong ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

5 komen

  1. Dalam lipatan sejarah ada tertulis bahawa Orang2 Melayu sebelum dijajah adalah pedagang2 yang menguasai pelabuhan Melaka . Memiliki kota2 untuk berkubu dari serangan musuh. Selepas robohnya kota Melaka ketamadunan Melayu telah dengan kejamnya dimusnahkan olih penjajah dan buku2 karangan orang Melayu telah dirampas dan tengelam bersama kapal pengangkutkedasar lautan sebelum sempat dibawa penjajah kenegeri asal mereka. Penjajah juga telah membawa masuk orang2 Cina dan orang India kenegara ini untuk menjadi kuli mereka. Apakah ini semua masih belum cukup untuk membuktikan bahawa negara ini adalah hak penduduk Melayu itu sendiri. Menafikan sejarah bermaksud menolak kenyataan yang sudah jelas didepan mata.

  2. Memang la sekarang orang Cina dan India dah jadi sebahagian rakyat Malaysia dan memang la tak ada sesiapa pun yang suka sejarah silam yang tidak membanggakan diungkit-ungkit kembali tapi orang Melayu takkan buat macam tu (ungkit kembali sejarah) kalau orang Cina dan India tak cari pasal dulu!

    Mengutuk dan merendah-rendahkan pencapaian orang Melayu sesuka hati, merendah-rendahkan martabat bendera dan bahasa kebangsaan negara Malaysia, memang nak cari pasal la dengan orang Malaysia sejati (tak kisah daripada etnik mana).

  3. Melayu mudah lupa. Janganlah kerana bencikan parti Melayu yg satu tu sampai tergadai habis hak sendiri.

    Mereka perjuangkan hak mereka, kenapa pula ada yang benci apabila hak kita ada yang pertahankan?

    Janganlah kerana terlalu bertoleransi sehingga mereka boleh keluarkan sebarang kenyataan tanpa memikirkan langsung perasaan orang Melayu dan Muslim.

  4. Melayu memg hebat…tp melayu kini makin layu krn xtau asal usul..sy sokong isma tuk sedarkn umat melayu di tanah melayu ni tanah jawi yg terakhir ini

  5. semenanjung ini semenanjung tanah melayu.

    tidak timbul istilah malaya, malaysia dsbnya.

    itu kena faham molek dulu.

    cina, india, bangsa apa yang lain yang ada di bumi tanah melayu ini kalau ugama dia Islam, kedudukannya lain. kalau ugama dia tidak Islam, dia tetap pendatang, pelawat dsbnya, yakni berstatus penduduk sementara sahaja.

    sebabnya, semenanjung tanah melayu wilayah ugama Islam.

    takbir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker