KolumnisMohd Firdaus bin Salleh Hudin

Media pro barat cuba melagakan ISMA dan Najib

Najib Tun Razak / UMNO 2005

Dalam tempoh seminggu dua ini, terdapat beberapa cubaan melagakan ISMA dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Ibarat ‘jauh api dari panggang’, isu yang dibincangkan tiada kaitan langsung dengan Datuk Seri Najib, namun ia menjadi strategi pihak tertentu untuk mencapai matlamat mereka terhadap ISMA.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pada 4 Jun menuduh ISMA sebagai ancaman terbesar kepada gagasan 1 Malaysia yang dipelopori oleh Datuk Seri Najib.

Pada 6 Jun pula, Kit Siang mempersoal adakah Putrajaya akan turut senyap sekiranya ahli ISMA yang bukan Melayu menuduh Najib sebagai anti Cina dan anti India. Beliau berkata demikian untuk mendesak kerajaan mengambil tindakan ke atas ISMA setelah Timbalan Presiden ISMA Tuan Haji Aminuddin Yahaya mengatakan Lim Kit Siang seorang yang anti Melayu sejak tahun 1960an.

Berdasarkan dua kenyataan Lim Kit Siang di atas yang disiarkan oleh media-media pro liberal, sebenarnya tiada sebab mengapa ia perlu dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Adakah Lim Kit Siang benar-benar mahu kerajaan mengambil tindakan ke atas ISMA atau sekadar mahu membina persepsi negatif terhadap ISMA melalui media tersebut?

Permainan yang sama digunakan oleh blogger Shahbudin Husin di dalam tulisannya yang mendesak Datuk Seri Najib menangkap segera pimpinan ISMA berikutan kenyataan-kenyataan panas yang dikeluarkan.

Portal pro pembangkang Malaysiakini juga menggunakan strategi sama apabila menyiarkan artikel komen pembaca dengan menggunakan perkataan PM pada tajuk artikel tersebut.

Mereka mahu lihat Najib membuat kenyataan sama ada bersetuju dengan ISMA atau tidak.

Jika Najib bersetuju dengan kenyataan ISMA,  UMNO akan dianggap melindungi ISMA yang mereka labelkan sebagai ekstrimis. Jika Najib mengecam ISMA, mereka berjaya memencilkan ISMA dan melanyak ISMA dengan sesuka hati. 

Inilah mainan jahat media pro barat yang mempromosikan liberal bagi mewakili suara yang menentang Islam dan bangsa Melayu. 

 

Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin

Pengarang ISMAweb

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. Ini lah perang saraf psikologi pengaruh yahudi! Yang benar dan berfakta itu akan di pusing 360° dan kemudian nya di bina persepsi yang perkara tetsebut boleh mengakibatkan huru hara dan perpecahan.

    Perlakuan individu-individu ini lah sebenar nya ‘ pembunuh segala yang baik ‘….

    Semoga ISMA lebih bijak berperanan. ISMA juga perlu membentuk petang saraf siber ! Prihati dan selangkah ke depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker