Pendapat

Menanam kebencian terhadap institusi agama

jabatan-kemajuan-Islam-Malaysia-New-Logo

1. Kebelakangan ini budaya mengherdik dan mempersenda institusi agama yang boleh membawa kepada hilangnya kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini seolah-olah sudah menjadi kebiasaan khususnya di dalam masyarakat Islam. Kefahaman ini wujud akibat usaha yang berterusan daripada musuh Islam dan mereka yang ber”agama” Islam liberal dalam menanam benih kebencian tersebut dalam jiwa masyarakat. Institusi agama digambarkan sebagai satu badan yang tidak ada integriti, mengikut telunjuk politik, tidak memahami hukum syarak itu sendiri bahkan sampai ke tahap ada yang mencadangkan supaya institusi agama ini dihapuskan.

2. Perlu kita faham, asas kewujudan sebuah institusi agama berasaskan kepada tanggungjawab sebuah pemerintah di dalam negara Islam. Allah SWT menyebut perkara tersebut dalam Surah Al-Hajj ayat 41:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Amar makruf nahi mungkar adalah antara tanggungjawab yang paling asas bagi sebuah negara Islam. Pemmpin negara bertanggungjawab untuk mengajak kepada makruf (kebaikan) atau perintah Allah SWT apabila melihat rakyat meninggalkannya dan menghalang serta mencegah kemungkaran atau larangan Allah SWT apabila melihat manusia melakukannya. Perkara inilah yang membezakan sebuah negara Islam dengan negara bukan Islam, juga sebuah negara  yang terbina atas syarak dengan negara yang terbina atas hawa nafsu.

3. Jadi apabila salah satu tanggungjawab pemimpin sebuah negara Islam adalah melakukan amar makruf nahi mungkar dalam keadaan banyak lagi tanggungjawab yang lain seperti berfikir membangunkan negara, mengurus tadbir negara maka disitulah wujudnya keperluan satu badan khusus yang melihat perjalanan amar makruf nahi mungkar secara mendalam. Inilah perkara yang difahami oleh Imam Al-Juwaini apabila menyebut:

Kemudian apabila kita berbicara soal perkara asas-asas dalam agama, ianya terbahagi pada dua iaitu (1)menjaga agama dengan seluas-luasnya keatas umat Islam dan menjaga umat Islam dari segala syubhat yang menyesatkan.(2) mengajak kelompok kafir dan kelompok penentang untuk mengikut kebenaran Islam.

Jadi bagi memastikan agama ini terus suci daripada golongan yang menyesatkan serta golongan bidah dan hawa nafsu, maka menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memantau perkara ini atau melantik orang disekelilingnya untuk memantau perkara ini dengan pemantauan yang ketat .

4. Hilangnya institusi agama akan membawa kepada terabainya tanggungjawab utama bagi sebuah negara Islam iaitu amar makruf nahi mungkar lalu akan mengundang azab Allah SWT seperti yang disebut dalam sebuah hadis:

Dari Huzaifah bin Yamani ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda: “Demi Yang jiwaku berada di tangan-Nya. Sungguh kalian harus menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran atau Allah akan mempercepat azab dari-Nya lalu kalian berdoa tetapi tidak akan dikabulkan.” (Riwayat Tarmizi)

Amar makruf nahi mungkar hendaklah kita lihat bukan sekadar dalam skop individu tetapi perlu dilihat dalam skop yang lebih luas sebagai sebuah Negara. Inilah tafsiran “tangan” yang dimaksudkan dalam hadis yang biasa kita dengar berkenaan apabila kita melihat sesuatu kemungkaran.

5. Kelompok Islam liberal melihat kewujudan institusi agama ini sebagai salah satu halangan terbesar kepada mereka dari terus menyebarkan fahaman Islam yang sesat. Atas dasar itulah, kita akan melihat golongan yang paling lantang memperlekeh dan mempersenda institusi agama adalah kelompok Islam liberal. Mereka akan gunakan apa sahaja cara dengan tujuan menanam benih kebencian dalam jiwa masyarakat terhadap institusi ini supaya dengan itu akan terhapusnya institusi agama dalam sebuah negara. Tujuan mereka bukan untuk memperbaiki tetapi untuk menghancurkan.

6. Kita perlu sedar dan faham permainan ini. Saya tidak menyeru supaya kita mentaqdiskan institusi agama dari sebarang kesalahan atau kekurangan yang berlaku, kekurangan dan kelemahan itu pasti ada kerana itu sifat lazim pada manusia.

Saya cuma menyeru untuk kita sentiasa sedar akan pentingnya wujud institusi agama dalam sebuah negara Islam. Saya cuma menyeru untuk kita berfikir sejenak sebelum kita mengkritik sebarang tindakan insitusi agama adakah kritikan kita ini bersifat membina atau kritikan kita ini akan membawa kepada hilangnya kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini.

Anggaplah institusi agama ini seperti bapa kita yang apabila kita melihat sebarang kekurangan dan keaiban yang ada padanya kita akan berfikir sehikmah mungkin cara untuk menegurnya, bukannya kita menjerit satu kampung apatah lagi kepada kampung-kampung sebelah sambil berkata: “Tengok ni betapa buruknya perangai ayahku!”

Link asal : http://muis.org.my/2014/06/menanam-kebencian-terhadap-institusi-agama/

Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Satu komen

  1. “Inilah perkara yang difahami oleh Imam Al-Juwaini apabila menyebut:

    Kemudian apabila kita berbicara soal perkara asas-asas dalam agama, ianya terbahagi pada dua iaitu (1)menjaga agama dengan seluas-luasnya keatas umat Islam dan menjaga umat Islam dari segala syubhat yang menyesatkan.(2) mengajak kelompok kafir dan kelompok penentang untuk mengikut kebenaran Islam”

    1. Kita perhatikan sekarang. Ada Umat Islam melaksanakan tanggung jawab tersebut di atas ?

    2. Parti politik paling merosakkan. Mereka yang berpolitik tidak memilih platfom kebenaran kerana sudah menyokong kemungkaran dan kekafiran.

    3. Ramai berkelulusan bidang lain, menulis pasal Islam yang fahaman mereka merujuk ulama pro barat. Tafsiran di olah sendiri. Bukan kah mereka ‘mengada-adakan’ yang tiada dalam Sunah Rasulullah ? Mereka tidak kenal pun Ulama-Ulama besar Islam berwarisan Rasul Allah SAW. Umpama nya yang pelik Dr.Asri yang sentiasa menyanggah tokoh-tokoh Islam yang di terima arus perdana atau di iktiraf. Imam Besar yang empat saling menghormati, Isi mengisi.

    4. Islam kita tidak di tonjolkan ke tahap yang sepatut nya. Jadi mana ada lagi Amal Makruf Nahi Munkar ? Bila ini kosong, maka kafir harbi pun bermaharajalela menghina Islam dan Umat nya. Sedih sekali…

    Gerakkan lah semua Ilmuan Islam. Berdakwah lah mengikut professionalisma masing-masing. Asingkan politik dari Agama Islam kerana Islam itu KEBENARAN ke akhir hayat dan akhirat. Politik itu sengsara manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker