PendapatUtama

Di manakah ‘support system’ keluarga besar adik Firdaus?

OKU Nilai
Seorang remaja OKU berusia 15 tahun yang dijumpai dalam keadaan yang amat daif, ditinggalkan bersendirian bersama sampah sarap dan najis yang bertaburan di dalam sebuah bilik rumah flat di Nilai, kelmarin.

Apabila berlaku perkara yang tidak diingini yang melibatkan anak-anak, selalunya masyarakat akan terus menuding jari kepada ibunya. Jarang sekali diletakkan punca masalah kepada yang lain selain ibu kandung anak tersebut.

Pada pendapat saya, ia tidak sepatutnya begitu. Perlu juga ditanya, di mana ayahnya? Kenapa ibu tersebut yang perlu memgambil tanggungjawab 100% untuk menjaga dan menyara kehidupan anak itu? Kalau pun dah bercerai, bukankah tanggungan nafkah anak itu masih terletak ke atas bahu ayah kandungnya sehingga anak itu boleh berdikari menanggung diri sendiri?

Pihak seterusnya yang berwajib juga adalah wali kepada wanita tersebut. Di mana keluarga besarnya yang seharusnya menjadi ‘support system’ kepada mereka sekeluarga? Di mana datuk-datuk dan nenek-nenek serta pakcik makcik adik Firdaus ini? Sudah tidak ada langsungkah keluarga adik Firdaus ini selain daripada ibu dan adik kandungnya yang baru berusia 7 tahun?

Selain itu, harus ditanya juga di mana pula jiran-jiran keluarga ini? Memang tidak ada langsung yang tinggal berdekatan dengan keluarga ini atau masyarakat kita pada hari ini sudah ketandusan nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat? Adakah masing-masing cuma buat hal sendiri dan tak ambil peduli perihal orang lain di sekeliling?

Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk menuding jari kepada orang lain mahupun mempertahankan kesalahan ibu kepada adik Firdaus ini. Tujuan saya menulis ini hanyalah untuk mengingatkan bahawa setiap orang ada sumbangan dan peranannya dalam membentuk kesejahteraan sesebuah institusi keluarga yang akhirnya membentuk keseluruhan masyarakat. Sebagaimana peringatan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.:

“Kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu kelak akan ditanya tentang kepimpinan, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin dan penjaga rumahtangga suami dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya.”

Dan firman Allah s.w.t.:

“…dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (An-nisaa’: 36)

Nurul Akmar Ramli
Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM)

ISMA Pusat

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

6 komen

  1. saya setuju..saya juga memiliki anak OKU, autisme dan 2 anak saudara jg autisme..saya bersyukor kerana mempunyai ‘support system’ di Fakeh yg diperkenalkan oleh kakak saya..saya dan ibu bapa anak2 OKU sering berkongsi pendapat dlm sesi sharing..dalam sesi ini kedengaran ibu bapa yg berkongsi pengalaman KELUARGA SENDIRI juga sukar utk menerima anak2 OKU kerana merasakan kehadiran mereka ini menyusahkan..jadi tak perlu lah kita memaki hamun ibu tersebut atau JKM, kerajaan dan sebagainya..tanya diri sendiri..APA SUMBANGAN KITA PADA MASYARAKAT OKU SETAKAT INI..? Semua yg terjadi pasti ada hikmah yg besar..SEMOGA MASYARAKAT KITA LEBIH PERIHATIN DAN KESEDARAN TERHADAP GOLONGAN OKU JUGA MENINGKAT DI MALAYSIA..

  2. Dan satu lagi persoalan, adakah ibu pernah meminta pertolongan untuk menjaga anak itu kepada keluarga besar, jiran malah pengasuhnya? Si ibu tidak pula berkata dia pernah meninta tolong keluarga besar, jiran untuk menjaga malah boleh kata lagi , dia tidak tahu cara utuk meminta bantuan JKM. Tidak tahu cara, kenapa tak tanya JKM sendiri? Ada FB, mesti ada internet,JKM ada lmn web sendiri, kenapa tak ambil no telefon, tanya bagaimana? JKM walaupun bz, mereka tetap ada masa menjawab persoalan klien. Dari sudut tu, saya fikir si ibu perlu berusaha keras walau apa carapun untuk pastikan si anak hidup dengan baik, bukan tinggalkan dia tanpa pantauan.
    Hanya sekadar pendapat.

  3. Akhir zaman..inilah hasilnya negara islam yang majoritinya islam..tapi taknak menjalankan hukum al-Quran….bukan setakat adik firdaus yang menjadi mangsa…tapi dah terlalu banyak perkara2 buruk yang berlaku…banyak sangat… dan kita semua wajib sedar..inilah balasan atau hukuman dari Allah..bukan untuk seorang dua..tapi untuk SEMUA ORANG ISLAM…tidak kira yang suka islam atau yang tidak suka islam….renung2kanlah….

  4. Pekara ini tidak sepatutnya berlaku,keatas Adik Firdaus,kalau ibu nya perihatin dan ada sifat keibuan..mengikut maklumat sah,majikan ibu berkata.gaji ibu nya rm.2,300 lebih Gaji bersih Rm.1,500.00 lebih….Dan satu yang saya ingin kepastian.Benarkah Ibu nya tinggal serumah dgn Adik Firdaus?atau tinggal berasingan cuma sekali sekala hantar makana…mungkin sekali sehari…saya minta maaf..ini cuma ingin tahu…

  5. Yang terbaik biar siasatan dilakukan dahulu oleh pihak berwajib.Jangan kita menuding jari kepada sesiapa pun kerana cerita sebenar masih samar-samar. Takut kenyataan kita itu nanti menjadi fitnah ataupun memburukkan lagi keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker