ISMA pejuang Melayu atau pejuang Islam?
Berikut merupakan coretan ringkas bagi menjawab kekeliruan pemikiran Ahli Parlimen PAS Dr Mujahid Yusuf berkenaan agenda ISMA yang diterbitkan oleh sebuah media minggu lalu.
Soalan: Benarkah ISMA dakwa Islam di Malaysia hanya untuk orang Melayu?
Jawapan: Tidak benar, tidak pernah ada dalam mana-mana kenyataan rasmi ISMA yang mendakwa Islam hanya untuk orang Melayu. Sebaliknya ISMA juga berpendirian seperti orang Islam lain yang memahami bahawa Islam terbuka dan tidak eksklusif untuk orang Melayu sahaja.
Soalan: Jika demikian, apakah istimewanya bangsa Melayu sehingga menjadi slogan utama dalam seruan-seruan ISMA? ISMA ini pejuang Islam atau pejuang bangsa?
Jawapan: ISMA menyeru kepada perpaduan Melayu demi kedaulatan Islam di Malaysia. Hal ini kerana orang Melayu di Malaysia adalah orang Islam dan majoriti umat Islam di Malaysia adalah orang Melayu. Jika orang Melayu berpecah belah, bermakna orang Islam di Malaysia tidak bersatu padu. Begitu juga sebaliknya, jika orang Melayu semuanya bersatu padu, Islam juga yang akan untung kerana mempunyai kekuatan perpaduan.
Istimewanya Melayu dalam perjuangan ISMA ialah kerana bangsa Melayu merupakan tuan tanah ini. Berdasarkan sejarah, orang Melayu telah menduduki tanah ini sejak sekian lama. Oleh itu, selaku tuan tanah, orang Melayu berhak menentukan masa depan mereka tanpa diganggu oleh orang lain. Oleh kerana orang Melayu itu beragama Islam dan perlembagaan juga menyebut tentang kedudukan Islam yang lebih tinggi mengatasi yang lain, maka sewajarnya orang Melayu meletakkan Islam sebagai panduan dan rujukan dalam mencapai matlamat sesebuah negara Islam.
ISMA memperakui hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan salah satu timbal balik ke atas pengiktirafan kewarganegaraan yang diberikan secara percuma kepada orang bukan Melayu menjelang kemerdekaan.
Soalan: Adakah ISMA ini pejuang Melayu atau pejuang Islam?
Jawapan: ISMA adalah pejuang Melayu dan juga pejuang Islam. Tidak ada pertembungan antara keduanya. ISMA memperjuangkan hak-hak Melayu selaku bangsa tuan tanah. Orang Melayu berhak memimpin negara. Orang Melayu wajib menguasai politik dan ekonomi negara. Seruan-seruan ini bukan slogan perkauman. ISMA tidak pernah menyentuh hak bangsa lain. ISMA hanya mempertahankan hak Melayu sedia ada yang kini semakin dipertikai malah diganggu-gugat dan mahu dihapuskan. Di dalam Islam, seruan kepada kaum sendiri tidak tercela selagi tidak menindas kaum dan bangsa lain. Di manakah salahnya ISMA menyeru kepada perpaduan orang Melayu demi kedaulatan Islam seperti dalam slogannya yang dilancarkan pada tahun 2010 iaitu ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’?
ISMA juga pejuang Islam. Cita-cita Islam merupakan cita-cita ISMA. Rujukan utama di dalam Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah menjadi rujukan utama ISMA. ISMA mahu Malaysia menjadi negara Islam yang melaksanakan hukum-hakam Islam, membawa risalah Islam ke seluruh alam.
Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang ISMAweb
saya memberi sokongan 200% utk isma, teruskan usaha murni kalian, pas mungkin rasa tergugat dengan kehadiran isma ,tapi tak mengapa kita uruskan baik- baik,kerana mereka juga orang melayu beragama islam,,perjuangkan kepentingan orang melayu dan islam,ini tanah kita yg harus di jaga untuk keturunan kita,perdulikan apa orang kata biarpun terancam.orang islam dan melayu sepatutnya bersatu dibawah satu panji,kerana kita adalah bersaudara ,kerana kepentingan politik kita berpecah,apabila berpecah,adakah kita dapat menbina satu negara islam yg kuat?.sya harap semua melayu dan islam dari semua parti akan bersatu ,berjuang bersama ,pertahankan negara melayu islam ini dari kaum lain yang semakin kurang ajar.bersatu dalam membina ekonomi orang islam,pendidikan,.kita ambil contoh zaman rasullullah ,orang islam berjaya dalam semua bidang,kenapa kita tidak boleh ?, apa lebihnya kaum lain daripada kita,kita kena bersatu dan tolong menolong antara satu dengan yang lain, bukanya bercakaran ,menjatuhkan sesama sendiri,. harap orang islam dan melayu berfikir.
Perkara senang pun pemimpin pas x boleh faham. islam adalah agama dan melayu adalah bangsa. Melayu adalah bangsa yg mendokong islam di msia ini spt rumah yg didokong oleh tiang. runtuh tiang rebanlah umah. buka minda hayati sejarah umat islam di andalusia. islam pd masa tu didokong oleh bangsa arab dan mereka berkuasa hampir 750 thn. tapi bila bangsa arab berpecah dan mereka tewas disapu bersih oleh tentera king ferdinand akhirnya apa jadi pd agama islam ??? jawapanya tewasnya bangsa arab lenyaplah islam di sepanyol.
jadi menjaga bangsa yg mendokokng islam samalah spt memperjuangkan islam itu sendiri. jika melayu tewas hilang kuasa politik disebabkan oleh beberapa pemimpin melayu-islam yang dungu agak-agak apa akan jadi kpd islam ??? ada otak renung-renungkanlah. kita kena menilai sesuatu secara rasional ertinya berdasarkan fakta dan analisa yg betul dan bukanya ikut emosi semata2 nak cari pengaruh dan undi bukan melayu. Rasulullah sendiri bangga jadi bangsa quraish dan bersabda kepimpinan adalah hak bagsa quraish. jadi apa salahnya bila bercakap pasal melayu ???
Setuju! Tidak ada yang bacul menjaga kepentingan bangsa. Sama seperti seorang ibu lebih memberi tumpuan pada anak sendiri tanpa mencederakan anak orang lain. Malah membantu sekiranya memerlukan. Keep it up.
Teruskan Perjuangan ISMA!!