PendapatUtama

Mengapa Hamas boleh menang?

Pemuda Al-Qassam versi Malaysia - Ini merupakan salah satu usaha mengangkat imej Al-Qassam di Majlis Pelancaran Bulan Kemarahan Ummah anjuran Aman Palestin dan 11 pertubuhan lain di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 10 Ogos lalu. Gambar oleh Muhammad Al-Amin Mohd Asri.
Pemuda Al-Qassam versi Malaysia – Ini merupakan salah satu usaha mengangkat imej Al-Qassam di Majlis Pelancaran Bulan Kemarahan Ummah anjuran Aman Palestin dan 11 pertubuhan lain di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 10 Ogos lalu. Gambar oleh Muhammad Al-Amin Mohd Asri.

Cuba kita perhatikan dalam-dalam, mengapa HAMAS boleh menang?

Ini adalah kerana mereka teguh mempertahankan negara mereka. Teguh mempertahankan akidah mereka. Teguh mempertahankan rakyat mereka. Teguh dalam pendirian mereka untuk menuntut kebebasan sebenar negara mereka. Teguh berjihad dan melawan musuh, sehingga mereka syahid atau menang. Walaupun ramai yang tercedera dan syahid, namun mereka sedar pengorbanan itu perlu demi mengelakkan kehancuran yang lebih besar.

Sehingga musuh gerun. Sehingga musuh takut. Sehingga musuh tewas. 

Mereka tidak menang dengan bersifat apologetik. Mereka tidak menang dengan mencairkan identiti negara. Mereka tidak menang dengan menerima kepungan dan rampasan kawasan seadanya. Mereka tidak menang dengan mendidik rakyat mereka untuk tidak melawan. Mereka tidak menang dengan menggadaikan kehormatan negara dan agama. Mereka tidak menang dengan berbaik-baik dan bersekongkol dengan musuh.

Malah jika ini yang mereka buat awal dulu, menerima ‘two-state solution’, bersifat mengalah dan apologetik, kononnya demi mengelakkan perbalahan, maka sedari awal lagi mereka sudah tewas. 

Tapi tidak. Ini adalah Hamas!

Apa pengajarannya buat kita? 

Pengajarannya adalah, Islam tidak akan tertegak dengan meleburkan identiti Islam demi pendekatan yang lebih ‘liberal’ dan ‘terbuka’. Islam tidak akan tertegak dengan bersifat apologetik dan lemah. Islam tidak tertegak dengan bersekongkol dengan musuh, kononnya atas alasan ‘dakwah bil hikmah’, walaupun terang-terangan musuh itu hanya nak menghancurkan kita. 

Sebaliknya Islam tertegak dengan mempertahankan prinsip dan akidah. Islam tertegak dengan pendirian dan identiti yang kukuh. 

Walau sehebat mana penentangan yang diterima, namun yakinlah bahawa kemenangan itu hanya dari sisi Allah. 

Kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. 

Tahniah Gaza! Tahniah Hamas! Dan terima kasih kerana menjadi contoh semasa yang terbaik buat kami.

Hanan Othman
Aktivis Wanita ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker