Berita UtamaPendapatUtama

UPSR bocor: Simptom masyarakat ‘exam-oriented’

upsr
Kejadian kertas peperiksaan UPSR yang bocor baru-baru ini amat mengecewakan. Integriti pelbagai pihak tercalar, terutamanya pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pada pandangan saya, inilah petandanya masyarakat kita begitu ‘exam oriented’. Masakan tidak, hingga set kertas peperiksaan pelajar tahun 6 pun mahu dibocorkan gara-gara mahukan pencapaian gred terbaik samada untuk anak sendiri, anak-anak didik sendiri atau sekolah sendiri.

UPSR hanyalah penilaian untuk pelajar tahun enam. Mereka baru berusia 12 tahun.

Mari saya kongsikan sebuah kisah yang diceritakan di Himpunan Solidariti Ummah baru-baru ini.

Kisah ini diceritakan oleh duta Aman Palestin ketika lawatannya ke tanah suci umat Islam ketiga itu pada dua tahun lepas.

Ketika beliau di sana, beliau terserempak dengan anak-anak kecil Palestin yang baru pulang dari sekolah, sedangkn ketika itu peperangan dengan Zionis laknatullah sedang berlaku. Apabila ditanya kenapa masih bersekolah, jawab anak kecil Palestin itu, agar mereka dapat menuntut ilmu. Tanpa ilmu mana mungkin mereka mengalahkan tentera penjajah.

MashaAllah. Gambaran yang jelas tentang kenapa kita ke sekolah.

Maka tuan-tuan dan puan-puan, mari kita ajarkan pada anak-anak kita gambaran sebenar kenapa kita menghantar mereka ke sekolah.

Supaya mereka berilmu.
Supaya darjat mereka di sisi Allah menjadi mulia.
Supaya dengan ilmu mereka berbakti kepada agama bangsa dan negara.

Anak-anak ini kita yang corakkan.
Yakinlah bahawa kita mampu mencorakkan mereka menjadi pemimpin ummah.
Tanamkan kepada mereka bahawa malu jika tidak berilmu.
Malu jika tidak menghafaz al-Quran.

Ajarkan pada anak-anak bahawa peperiksaan hanya penilaian kefahaman. Bukan satu acara yang mesti lulus dengan gred terbaik. Yang penting anak-anak kita berilmu. Anak yang berilmu terserlah pada sahsiah dan pembawaan dirinya.

Fazzliana Marzuki
Aktivis ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker