Bahan lucah mudah diakses – Mohon tindakan kementerian
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatu.
Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan masalah sosial yang semakin berleluasa di negara ini, ingin memohon bantuan pihak kementerian untuk menangani faktor-faktor yang menyumbang ke arah masalah sosial.
Salah satu faktor tersebut adalah kewujudan laman-laman berunsur seksual yang mudah diakses di internet. Saya telah mencuba menjalankan pencarian mudah di internet dengan kata carian yang ringkas dan mudah, dan hasilnya sungguh mengejutkan, apabila majoriti hasil carian berkaitan dengan koleksi gambar lucah, video gay, video lesbian dan sebagainya.
Saya bimbang andai perkara ini tidak ditangani segera, maka bukan sahaja ia membawa kesan negatif pada moral dan psikologi pelajar, belia dan anak-anak, bahkan institusi rumah tangga, hubungan suami isteri juga boleh terancam.
Budaya masyarakat Malaysia yg mementingkan aspek kesopanan turut akan tercemar. Mohon kerjasama dari pihak kementerian berkenaan untuk mencari jalan mengekang akses kepada laman-laman sedemikian.
Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
Nurr Wahda Islamiah
Pembaca ISMAweb.net
Assalamualaikum,
sy sangat setuju dengan ajuan dari saudari Nurr Wahda berkenaan hal ini.
sebenarnya, bukan sahaja bahan ini mudah didapati di laman sesawang, akan tetapi hebahan melalui aplikasi sosial juga seperti Instagram dan sebagainya.
terdapat banyak profil atau “user” yang tanpa segan silu mencari pasangan untuk memuaskan nafsu syahwat mereka, serta memuat naik gambar berunsur lucah.
hal ini patut dibawa ke tengah kerana memberi ruang kepada aktiviti kemaksiatan.