Berita UtamaPendapatUtama

Bumi ini milik siapa? – Amar Ismat Mohd Nasir

'Bumi ini bumi Melayu Islam'. Gambar ini menjadi viral di facebook sejak semalam. Ia merupakan gambar peserta himpunan menyokong Presiden ISMA di perkarangan Mahkamah Sesyen Kajang.
‘Bumi ini bumi Melayu Islam’. Gambar ini menjadi viral di facebook sejak semalam. Ia merupakan gambar peserta himpunan menyokong Presiden ISMA di perkarangan Mahkamah Sesyen Kajang.

“Bumi ini bumi Melayu Islam”

“Bumi ini milik Allah”

Adakah kedua-dua kenyataan ini bercanggah? Tidak sama sekali. Baca dan bukalah Al Quran dan sejarah, kenyataan ini tepat dan tiada langsung paradoks.

Memang kesemua perkara di dunia ini adalah milik Allah SWT, bukan sekadar bumi (tanah) ini semata-mata. Hatta kewujudan semua makhluk pun bergantung dan berpunca dari Allah. Cuma bumi ini diamanahkan oleh Allah pada mukmin yang beriman akan hākimiyyah-Nya untuk dimakmurkan. Inilah yang dinamakan sebagai prinsip Al-Istikhlāf.

Firman Allah:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka KHALIFAH-KHALIFAH yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” [An-Nūr: 55]

Berdasarkan ayat di atas, sememangnya Melayu Islamlah yang beriman dan wajar memegang tampuk pemerintahan negara. Dari aspek sejarah, sudah terang lagi bersuluh Melayu yang berjuang dan bertumpah darah untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada dijajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun. Sudah beratus-ratus tahun Melayu memakmurkan bumi ini. Bangsa-bangsa lain hanya datang ketika zaman British, tidak sampai 100 tahun secara diaspora. Manakan sama hak warganegara dan bukan warganegara.

Nasihat saya pada yang kononnya memperjuangkan bumi ini milik Allah, usahlah bersikap selektif dalam memilih hujah. Hanya memilih hujah agama apabila ada maslahat tertentu sahaja, sedangkan pada aspek-aspek lain galak menggunakan hujah sekularis dan sosialis yang bertentangan dengan Islam. Janganlah menegakkan benang yang basah.

Amar Ismat Mohd Nasir
Aktivis ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

8 komen

  1. Panjang sangat ayatnya, kesimpulannya sikit aje. Basically yg dr tu ckp betul, tapi x elaborate, yg berhimpun tu nak memunya semua, dah la melayu nampak duit semua tergadai. Kalau bumi ini adalah bumi yang diklusterkan utk melayu islam, berusahalah, tunjukkan bukti. Kalau melayu merempat di bumi sendiri, kalau melayu menikam melayu sendiri, jangan kata kaum lain menjajah melayu, melayu pun menjajah melayu, nak claim pun malu

  2. Ayat yg di kemukakan sudah terang lagi bersuluh. . Utk org beriman dan beramal soleh. . X ada pun sebut Melayu… mcm mana boleh tafsir Melayu… harus di lihat dlm skop yg lbh luas x semua melayu ISLAM dan beramal soleh.. Islam kristian pun sudah ada.. org cina India Iban muslim soleh lbh layak dari melayu yg munafik atau melayu kristian.. mengikut ayat Quran tu. Tak betul ke?

  3. Dalil yg diberi langsung tidak menjelaskan mengapa bumi ini milik ‘Melayu Islam’. Jangan terlalu self-absorb…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker