Berita UtamaPendapatUtama

Hipokrasi dalam pertuduhan Presiden ISMA

Ustaz Abdullah Zaik bersama barisan peguam di luar kamar perbicaraan Mahkamah Sesyen Kajang.
Ustaz Abdullah Zaik bersama barisan peguam di luar kamar perbicaraan Mahkamah Sesyen Kajang.

Mengapa Ustaz Abdullah Zaik dituduh di bawah Akta Hasutan oleh mereka yang despise akta tersebut dan berusaha untuk menghapuskan akta tersebut?

Sebuah self refuting ideas, yang jelas kontradiknya. Biasanya ianya akan selari dengan attribute seorang yang hipokrit.

Ibarat seorang yang meminta supaya dilarang menggunakan pisau di dalam rumah ini kerana ianya bahaya, pantas terbukti dialah antara paling awal mengambil pisau tersebut dan menikam siapa sahaja yang mereka inginkan. Itulah DAP. Dalam situasi sekarang agak jelas.

Ditambah terkini, dengan promosi dan sindiran pesat arak ‘Oktoberfest’, kononnya pada awal mereka mencela siapa yang menghalang perkara tersebut kerana tidak menjaga sensitiviti mereka yang ingin hadir ke program tersebut, dan di akhirnya merekalah yang tidak menjaga sensitiviti orang Islam yang tidak mahukan budaya minum arak di Malaysia berleluasa dengan memuatnaik gambar kontroversi sambil memegang gelas arak di media sosial.

Kelompok sebegini bukanlah yang pertama di dunia. Kisah orang munafiq dalam surah Al-Baqarah dengan jelas seperti ayat 11 dan 12 menceritakan self refuting ideas.

Apabila pihak munafiq mengatakan “Ya kamilah pihak yang akan membuat kebaikan (supaya tidak melakukan fasad) sesungguhnya merekalah orang yang melakukan kefasadan”.

Itulah sifat kemunafikan…hipokrit.

Jadi mengapa Ustaz Abdullah Zaik?

Saya memetik tulisan Naib Presiden 1 ISMA Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni:

Hakikat Pertuduhan Terhadap Presiden ISMA:

1. Ustaz Abdullah dituduh melakukan hasutan atas aduan kepada polis yang dilakukan terhadapnya oleh Lim Lip Eng, seorang ahli Parlimen DAP. Beberapa perkataan yang digunakan oleh Ustaz Abdullah seperti ‘Cina dan Inggeris penceroboh’ telah dijadikan alasan aduan tersebut.

2. Sebahagian rakan-rakan daripada NGO lain menyokong Ustaz Abdullah atas kenyataannya. Manakala ada juga rakan-rakan daripada sesetengah NGO yang menasihati agar Ustaz Abdullah dan ISMA berhati-hati agar tidak lagi mengucapkan apa-apa perkataan seperti penceroboh dan seumpamanya.

3. Adakah Ustaz Abdullah terpaksa berhadapan dengan proses mahkamah ini semata-mata kerana perkataan ‘penceroboh’? Adakah yang tersinggung itu Lim Lip Eng sahaja atau siapa sebenarnya di belakang beliau?

4. Ustaz Abdullah hanyalah seorang individu yang dihadapkan ke mahkamah mewakili umat Islam yang mempertahankan kedaulatan negara dan perlembagaannya. Lim Lip Eng adalah seorang ahli Parlimen DAP yang mewakili DAP dan sekutunya. Ini bukan pertembungan antara dua individu tetapi pertembungan antara peruntuh kontrak sosial dan perlembagaan melawan pihak yang mempertahankan perlembagaan dan kedudukan Islam Melayu.

5. Perkataan ‘penceroboh’ hanyalah alasan pertuduhan. Ustaz Abdullah, ISMA, PEMBELA dan lain-lain NGO Islam sebelum ini telah menentang agenda Evangelist, agenda golongan liberal, tuntutan IFC, tuntutan Comango dan lain-lain usaha DAP dan sekutunya untuk mengubah perlembagaan negara. Siri-siri penentangan terhadap agenda DAP itulah sebenarnya punca kenapa mereka berusaha mengheret Ustaz Abdullah ke mahkamah. Selepas Ustaz Abdullah akan ada mangsa seterusnya atas pertuduhan-pertuduhan yang mungkin berbeza pula.

Hukum pertembungan ini memang suatu yang benar.

Bukalah lembaran sejarah tulisan Ibnu Katheer di dalam Al-Bidaya wa’l-Nihaya dari sejarah Nabi Adam sehinggalah ke akhir kurun ke–8 yang dicatat sehinggalah ke Newton’s third law of motion di dalam Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica. Akhirnya seolah semua perkara ada berlaku pertembungan.

Jadi persoalan terakhir yang patut dibahaskan bukanlah Mengapa Ustaz Abdullah Zaik, tetapi seperti apa yang dinyatakan di akhir ulasan Ustaz Fauzi:

6. Persoalan yang lebih penting dari semua di atas; penggerak NGO Islam, pemimpin parti politik orang Islam, tokoh masyarakat, cendekiawan Islam, golongan ulamak dan masyarakat Islam keseluruhannya …… di pihak manakah sepatutnya mereka?

Ditambah dengan hipokrasi yang nyata, masih kita tidak nampak. Mungkin persoalan lain yang lebih awal patut ditanya, di manakah hidup kita sebenarnya? Jika di dalam mereka yang ingin menanam Islam pun tidak di luar pun tidak..di manakah sebenarnya kita?

Ustaz Suhail Sufian
Setiausaha Agung
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker