Berita UtamaPendapatUtama

10 Muharram di sisi Sunnah dan Syiah

Hari ‘Asyura (10 Muharram) merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ganjaran pahala yang disediakan menjadi satu keistimewaan kepada setiap yang bergelar Muslim.

Namun begitu, pengertian dan kefahaman mengenai 10 Muharam di sisi Syiah berbeza daripada Sunnah. Orang-orang Syiah meyakininya sebagai hari sial yang membawa celaka. Sejak awal bulan lagi, orang-orang Syiah tidak melakukan hal-hal yang penting seperti berpakaian dengan pakaian yang cantik-cantik, berhias dan sebagainya. Anak yang lahir pada bulan ini juga dianggap malang di sisi mereka.

Pada hari Asyura secara khususnya, mereka melakukan ritual yang amat mengerikan dan menyeksa tubuh badan dengan menggunakan alatan yang keras dan tajam. Kesakitan yang dialami hilang begitu sahaja apabila dialunkan syair-syair mengenai pembunuhan Saidina Husain diselangi dengan pelbagai kebohongan di dalamnya, kutukan serta cacian terhadap para sahabat.

Perayaan duka di Karbala lebih terkenal dengan sebutan al-Husainiyyah. (Penisbatan kepada nama Husain Radhiyallahu ‘anhuma)

Kaum Syiah berpakaian serba putih datang dari seluruh negara ke padang Karbala bagi merayakan Hari Asyura. Pelbagai aksi yang mereka lakukan. Antaranya adalah dengan menggunakan sebilah pedang, mereka ayun-ayunkan ke salah satu bahagian tubuh secara perlahan, sehingga tubuh mereka bersimbah darah.

Menurut bagi mereka, ritual yang dilakukan merupakan ibadah yang bernilai tinggi dan ini sejajar dengan apa yang diperkatakan oleh imam-imam mereka.

Ad-Dimastâni, ulama Syiah menegaskan, “Meratapi kematian Husain dengan berteriak-teriak hukumnya wajib ‘aini (wajib atas setiap pribadi).” [Lihat Man Qatalal Husain, hal: 65]

Ayatullah al-’Uzhma Syaikh Muhammad Husain an-Nâti berkata, “Tidak ada masalah tentang hukum bolehnya memukul pipi dan dada dengan tangan sampai merah dan menghitam. Dan lebih ditekankan lagi, memukul pundak dan punggung dengan rantai sampai kulit kemerahan dan terbakar. Bahkan lebih ditekankan lagi jika hal itu menyebabkan keluarnya darah. Begitu pula mengeluarkan darah dari kening dan atas kepala dengan pedang.” [Lihat Man Qatalal Husain, hal: 66]

Hukum memukul & menyiksa tubuh badan

Upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana perbuatan seumpama ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud,

“Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Asyura di sisi Ahli Sunnah

Berbeza dengan kita, Ahli Sunnah Wal Jamaah, pada 10 Muharram inilah kita sangat digalakkan untuk berpuasa sunat.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abi Qatadah RA:

Rasulullah ditanyakan tentang puasa hari kesepuluh (Muharram), lalu baginda menjawab: “Diampunkan dosa tahun sebelumnya.” (HR Muslim no.1968)

Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Allah menyediakan peluang taubat kepada setiap hambanya yang sememangnya terdedah kepada dosa dan kesalahan. Ini merupakan keistimewaan kepada kita semua dan amatlah rugi jika kita biarkannya berlalu begitu sahaja.Jadi, marilah kita rebut peluang yang terbentang di depan mata dan jangan sekali-kali kita sia-siakannya dengan amalan yang tidak mendatangkan faedah.

Nur Aimie Nadia Sauji
Aktivis ISMA Cawangan Jordan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker