Berita UtamaPendapatUtama

Steroid (Dexamethasone) dan Lee Chong Wei

Fakta Steroid (Dexamethasone)

Steroid, dexamethasone atau kategori Glucocorticoid adalah antara salah satu daripada 10 kategori dadah yang terlarang (performance enhancing drugs) untuk atlet menurut World Anti-Doping Agency (WADA).

Dadah jenis ini terlarang kerana ianya memberi kesan ‘improve in performance’ sewaktu pertanding dijalankan. Namun begitu steroid ini dibenarkan diambil di luar waktu pertandingan (out-of competition) untuk tujuan rawatan dan pemulihan. Steroid (salah satu contoh ialah dexamethasone) sangat popular di kalangan atlet terutama mereka yang mengalami kecederaan dan perlukan pemulihan yang cepat.

Walaupun dadah lain masih boleh digunakan sebagai ‘analgesic’ atau ‘anti-inflammatory agent’, sifat ‘pharmacokinetic steroid’ sangat membantu mereka untuk pulih seperti sediakala. Dadah ini boleh diambil melalui oral, injeksi systemic melalui Intra-venous or intra-muscular (IM), atau melalui salur dubur (rectal).

Fakta Doping Datuk Lee Chong Wei (LCW)

LCW mengesahkan menerima injeksi Dexamethasone pada 18 Julai iaitu lebih daripada 40 hari sebelum sampel urine diambil oleh pihak anti-doping. Sampel urine sebanyak 90 ml telah dikutip dan dibahagikan kepada botol A (60 ml) dan botol B (30 ml) pada 30 Ogos.

Sebelum sampel itu diuji, LCW juga mengesahkan pada 15 Ogos, sampel urine beliau ‘out of competition’ adalah bebas daripada kandungan steroid. Ujian doping pertama ke atas sampel A telah menunjukkan adanya Dexamethasone (DXM) dan ujian kedua ke atas sampel B yang diambil pada 30 Ogos, dan diuji pada 5 November juga membuktikan adanya ‘trace DXM’.

Fakta Pharmacokinetics dan pendapat saya:

1) Profil pharmacokinetic menunjukkan DXM dinyahaktifkan (metabolism) di hati dan setelah kadar penyerapan lebih daripada 70% ke sistem darah. Tempoh half-life ialah 190 minit dan excrete sebanyak 65% melalui urine. Ini bermaksud dalam tempoh 10 hingga 14 hari paras DXM seharusnya sudah kembali ke normal atau tidak lagi terdapat dalam darah (plasma) atau urine.

2) Persoalannya kenapa setelah lebih 40 hari, ‘trace’ DXM masih boleh didapati (detected) dalam sampel urine beliau? Saya masih berfikir rasionalnya.

3) Secara logik sains, sampel B akan positif sebagaimana sampel A kerana berasal daripada sumber dan tarikh yang sama kecuali DXM boleh larut sehingga tidak terdeteksi. Ini tidak mungkin berlaku.

4) Antara kemungkinan yang perlu difikirkan ialah:

(a) Adakah metabolasi DXM pada kadar yang perlahan sehingga selepas 14 hari masih tidak mampu dicernakan oleh badan beliau.
(b) Dos DXM yang beliau terima pada 18 Julai pada dos yang lebih tinggi sehingga berlaku ‘deposition of DXM’ ke tisu-tisu badan terutamanya Adipose tissue.
(c) Ada kemungkinan beliau tidak sengaja mengambil ‘steroid’ yang berasal daripada tumbuhan selain daripada herba.
(d) Kadar deteksi sampel urine oleh pihak anti-doping mampu membuat low level of Quantity (LLOQ) yang lebih rendah sehingga paras sedikit masih mampu dilakukan.

Walaubagaimanapun, makmal anti-doping adalah sangat ‘comply’ kepada standard antarabangsa.

Namun begitu, saya berharap pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta LCW bersabar dan meneruskan tindakan susulan di mana pihak KBS boleh membuat rayuan untuk melihat semula kesemua prosedur anti-doping ini dijalankan dengan sempurna.

Prof Dr Azizi Ayob
Pakar Pharmacology
Setiausaha Agung Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

Ikuti beliau di laman facebook Ubat dan Anda: https://www.facebook.com/pages/Ubat-dan-Anda/594991277284348

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker