Kumpulan liberal 25, atas dasar apakah kalian bersuara?
Saya terpanggil untuk menjawab surat terbuka kepada rakyat Malaysia kerana saya adalah seorang rakyat kepada negara tercinta ini.
Walaupun saya amat berminat kepada bidang parenting dan juga kerjaya saya sebagai doktor perbidanan dan sakit puan (O&G), tapi ini tidak menghalang saya menulis dan mengambil tahu sedikit sebanyak tentang hal ehwal semasa.
Alhamdulillah, bersama ISMA, saya merasakan tugas saya sebagai Muslim di Malaysia, dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
G25, adalah sekumpulan 25 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Muslim Moderate’ dan menulis surat secara terbuka berhubung beberapa pendapat atau lebih jelas sebagai pendirian mereka tentang beberapa perkara berkaitan sistem perundangan Malaysia, hak institusi agama, pentafsiran hukum fiqh dan teks tanpa sempadan, menghidupkan budaya debat termasuk dalam urusan agama dan banyak lagi.
Saya tidak memandang ini sahaja permintaan mereka, tapi menganggap ini adalah ‘mukadimah’ kepada permintaan yang mendatang, mungkin luar batasan kita seorang Muslim.
Liberisme, pluralisme, feminisme, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, LGBT, kristianisasi, Evangelis ataupun dalam bentuk yang lain, mensasarkan Islam adalah agama Rahmatan Lil ‘Alamin dan adil untuk menjadi dalil supaya kita tidak bangun bersuara, sepatutnya tiada dalam kamus seruan kita yang menyebabkan orang bukan Islam lebih jauh.
Hakikatnya, itu semua adalah satu barah dalam negara kita yang perlu diatasi. Mungkin Dato’ Noor Farida Ariffin atau Dr Azmi Sharom dan ramai lagi, memandang kita yang ‘terpukul’ dengan perkara di atas dan reaksi ini adalah sebagai ‘signs of stupidity’ bagi orang Melayu dan Islam.
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai apa yang mereka perkatakan kerana anda semua boleh membacanya di internet atau surat khabar. Tapi persoalannya, atas dasar apa dan neraca apa anda semua melihat isu tersebut.
Saya bersyukur ibu saya dulu memarahi kami kerana tidak solat atau memujuk kami dengan sabar untuk berpuasa dan mengaji Al-Quran dan mengulang-ulang bahawa Allah perintahkan itu semua dan kita kena ikut. Tiada alasan lain. Di situ adalah nilai iman dan ta’abbudi (perhambaan) kepada Allah. Nilai iman, kerana kita yakin pada Allah, maka kita ikut perintahNya, no doubt or question about it. Itu adalah asasnya.
Jika kita bandingkan Al-Quran yang dijaga Allah s.w.t melalui penulisan, lidah para ulamak dan para hafiz hafizah Al-Quran, ia merupakan penjagaan yang rapi dari Allah. Dilihat pula hadith dan syarahnya, sehingga ada satu pengkajian tentang sanad periwayatan dan ahli hadith untuk memastikan kesahihannya hinggakan jika yang menyampaikan hadith itu memanggil binatang seolah-olah ingin diberi makanan sedangkan tiada makanan di tangannya, juga tidak diambil hadith daripada orang tersebut.
Tiada dalam agama lain, konsep penjagaan sanad yang begitu teliti untuk memastikan agama ini terpelihara. Tetapi anda, menganjurkan budaya debat dalam urusan agama dengan mengambil orang yang bukan ahli agama. Semua orang boleh bercakap tentang agama. Tapi tidak semua anda boleh bahaskan mengikut logik akal.
Ulamak mempunyai tempatnya yang tersendiri dalam Islam. Anda mungkin memandang Sisters in Islam sebagai satu mazhab baru zaman moden dengan pandangan yang baru sedangkan asas pemahaman itu bukanlah sama seperti bagaimana Imam Syafie, Imam Hambali atau Maliki. Tiada keraguan bagi mereka dalam perkara pokok dan asas, hanya perkara cabang dan aspek pelaksanaan. Asas mereka mempunyai pandangan berbeza dalam mazhab, adalah kerana keimanan kepada Allah bukan mencari sebab itu dan ini dalam perintah Allah.
Kerana itulah pandangan kami dalam meneliti agama adalah; iman dan ketaatan kepada Allah, bukan menguji dan mencari kelemahan Allah dalam agama ciptaan-Nya sendiri.
Mereka mungkin memandang agama yang datang dari Allah ini terlalu mudah dan sama seperti agama lain, yang diubah dan dicorakkan oleh tangan-tangan manusia mengikut kesesuaian kemodenan masa dan kehendak mereka. Mungkin juga mereka berpandangan Islam juga boleh dikaji kembali dan diubah mengikut definisi agama zaman sekarang dengan alasan untuk memastikan agama ini boleh kekal relevan dan diterima semua agama dan bangsa. Dato’ Noor Faridah menyebutnya sebagai keadilan yang dijanjikan Allah. Sedangkan adil dalam Islam itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya seperti yang didefinisikan dalam batas agama bukan atas hak kebebasan bersuara.
Mungkin juga mereka inginkan agama kita ini diolah-olah mengikut pemikiran manusia sehingga terpesong daripada ajaran sebenar seperti yang berlaku kepada Kristian. Mereka anggap Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad pada kurun ke-7 sebagai satu pergerakan bersifat revolusional dan progresif sedangkan asas kepada perjuangan itu adalah kerana tuntutan mereka dalam keimanan kepada Allah. Tanpa mereka juga sedar, agama Kristian menolak paderi dan fungsi gereja untuk memasukkan kemodenan.
Kita, anda dan saya, tidak bercakap pada asas yang sama dan kerana itulah pertembungan ini akan sentiasa berlaku. Asas kami adalah keimanan pada Allah dan memastikan ketuanan Islam. Anda perlu lebih mendalami Islam kerana ianya bukan hanya sujud di sejadah, bukan sahaja episod mengelilingi Kaabah 7 kali, bukan juga hanya puasa sebulan, tapi ia juga mengajar tentang keadilan, syahadah yang perlu ditegakkan, undang-undang, hukuman, kebudayaan dalam agama, dan juga jihad. Anda boleh namakan apa sahaja, stupidity, jumud, menolak ketamadunan, tertutup atau menolak pandangan orang lain atau apa sahaja yang diciptakan untuk memberikan label kepada kami.
Sedangkan apa yang anda laungkan dalam moderation itu, membuka seluas-luasnya medan untuk semua bersuara, hak asasi, pemilihan di atas dasar nafsu sedangkan Islam itu menyediakan tegahan kerana ingin menjaga jiwa-jiwa manusia. Kebebasan itu telah membunuh konsep izzah (bangga), tajarrud, wala’ serta membunuh maksud sebenar syahadah dalam Islam. Anda membantu masyarakat untuk mengecilkan kemampuan Islam dan apa yang ada dalam ajarannya serta tuntutannya. Kerana itulah kami menentang dan bersuara.
Mungkin juga anda tidak yakin bahawa agama ini mampu mengelola dunia ini. Islam ini mampu menyatupadukan, Islam ini mampu menjadi tuan kerana kita dilahirkan di zaman waktu hiruk pikuk pergaduhan dan pertengkaran dalam agama bukan dalam zaman tamadun Abbasiyyah yang bukti Islam itu hebat melimpah ruah di hadapan mata. Seeing is believing yes! Tapi, kita punya sejarah yang hebat bagaimana Islam menjadi tuan, maka bukalah mata anda terhadap sejarah kita itu.
Ingat dan fahamilah bahawa agama Islam ini bukanlah dibentuk menggunakan logik akal oleh orang yang bernama Muhammad bin Abdullah. Tapi ia adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya Muhammad, buat manusia seluruh alam untuk pengembalian kepada Allah dan memastikan kehidupan yang baik di muka bumi ini. Maka, berhati-hatilah dalam anda mempersoalkannya jangan sampai mengundang murka.
Dan sekarang saya bertanya kepada kumpulan liberal G25, moderat Muslim, pejuang feminis dan seangkatan dengannya, atas dasar apakah semua perjuangan anda itu? Jika matlamat dan tujuannya itu bukan kerana Allah, ketahuilah bahawa ia akan luput dari dunia ini dan Allah punya segala kekuatan dan kekuasaan di langit dan di bumi. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.
Dr Norhasliza Ahmad Fauzi
Ahli Jawatankuasa Pusat Biro Luar Negara
Pegawai Perubatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Putrajaya
https://www.facebook.com/drjaafauzi
Suku-suku melayu (25) dan pertubuhan sesat melayu yang berdakwah mengimarahkan kristianisasi dan mempertikaikan tafsir, sunnah dan Al Quran mengikut kesesuaian mereka konon nya…
Mereka secara langsung mengabaikan bahawa Agama Islam yang Allah redhai itu sentiasa menepati dan segar sepanjang zaman. Malah mereka mempertikaikan kesahihan Ulama-Ulama tersohor yang begitu dekat dengan Allah SWT ketika itu, dari zaman Nabi Muhammad yang di jawab secara langsung melalui Jibrail dan keterangan-keterangan ayat-ayat Nya
Siapa mereka yang harian nya tiada gambaran hidup secara mengamalkan sunnah dapat kelayakan laduni bercerita tentang Islam ? Bukan kah mereka serupa “pengubah-pengubah Injil dan Taurat ?” Begitu berani mereka mensyirikkan Allah SWT secara nyata ?
Bangun lah tentang kemusyrikan ini ! Ini lah jihad fisabilillah kita semua yang berpegang kepada kesyumulan Islam dalam konsep kebenaran yang haq dan yang bathil bersandarkan ilmu-ilmu NYA.
Tertarik dgn kenyataan ini:
“Tapi tidak semua anda boleh bahaskan mengikut logik akal.”
Sejak bilakah Allah menghadkan penggunaan akal dan logik dlm berbicara? Boleh tunjukkan saya ayat dari Quran yg menegah perkara ini.
-Mojo
Saudara mojo…
Memang betul saudara cakap tu. Quran dan sunnah tak pernah menolak penggunaan logika dalam berbicara. Metod quran sendiri banyak menggunakan logik dan ‘common sense’ dalam menyentuh jiwa pembacanya.
Tapi pastikan nak berlogika pun perlu selari berpandukan quran dan sunnah. Sebab tu ulama ada tempat mereka tersendiri. Mereka ada ilmu utk berlogika!
Sekian.
Akal umpama mata. Quran dan Sunnah umpama cahaya. Tanpa cahaya mata akan “buta”
Tertarik dgn kenyataan ini:
“Tapi tidak semua anda boleh bahaskan mengikut logik akal.”
Sejak bilakah Allah menghadkan penggunaan akal dan logik dlm berbicara? Boleh tunjukkan saya ayat dari Quran yg menegah perkara ini.
-Mojo
Penggunaan logik akal yg smpai pada tahap mengenepikan suruhan dan larangan dalam Islam atas alasan tidak logik, dan meremehkan institusi ulama dan para mufasir..itu yang perlu dikawal..dan seharusnya jika saudara sgt berpegang pada logik akal, secara logiknya, adakah kita sudah smpai pada tahap belajar dan mendalami al-quran dan sunnah seperti ulama dan golongan agama,mufasirin untuk kita katakan mereka salah dan jumud.
rasanya atas logik itu, tidak logik seseorang menyangkal pendapat orng yng lebih faham..
tidak logik..
soalan yg perlu ditanya “adakah logik akal itu smpai pada tahap yang kita mnjadikan ianya Tuhan kita”
siapa yg sepatutnya lebih Berkuasa..
yang itu perlu difikirkan secara logiknya, saudara..
alhamdulillah dr.suatu pencerahan untuk mereka.mereka yang di boleh dikatakan cerdek pandai ini lah yang memimpin negara suatu ketika dulu, patutlah……
Saudara Mojo, jika menggunakan seratus peratus logik akal maka akan boleh menyebabkan seseorang itu mentafsirkan kefahamannya mengenai ayat-ayat Al Alquran dengan logik akalnya tersendiri. Ini boleh menyebabkan dia menjadi khawarij. Nabi s.a.w pernah berpesan kepada umatnya jika kita mendapati kaum khawarij, penggal leher mereka jika mereka tidak bertaubat…
Wow..bijaknya saudara Mojo..hanya gunakan akal dan logik utk belajar agama. Ulamak,mufti, tok guru,ustaz,ustazah..semua boleh pencen dari mengajar ilmu agama. Tahniah saudara Mojo. Anda hebat.
alhamdulillah , akhirnya dapat kita senaraikan nama – nama orang yang patut didekati dan mereka yang perlu kita berhati – hati dalam berhubung mengenai perkara – perkara keagamaan. Luahan perkataan , perbuatan dan i’tiqad membantu kita membahagi dua kumpulan ini. Yang menjaga agama dan satulagi susur galur abdullah bin ubai. Mereka yang diluar sana .. ….. suaralah di mana golongan yang kamu mahu.
sehebat mana pun akal manusia,tanpa wahyu Allah danrasulnya sudah pasti manusia tidak mampu mengenali Allah swt.
kesimpulan:G25.adalah manusia yang hipokrik,dan terasa dirinya hebat….tetapi sebenarnya jahil dlm bidang agama.
Saudara Mojo dan kumpulan G25(mudahan mendapat petunjuk,taufiq dan hidayah dari Allah)..Jika agama ini berdasarkan akal cuba fikirkan,kenapa kita perlu mandi wajib ketika keluar air mani tetapi tak perlu mandi wajib ketika selepas kencing.sedangkan air kencing lebih kotor pada akal manusia berbanding air mani.