TETAPI BUKAN MENGHALANG DAKWAH ISLAM – jawapan kepada Ravinder Singh
Komen oleh pembaca ISMAweb.net
“Tidak ada dalam Perlembagaan Malaysia yang menghalang seorang bukan Islam daripada menasihati seorang bukan Islam yang lain supaya tidak menukar agamanya. Silakan lah memberi nasihat anda.”
Itu kata-kata saya kepada saudara Ravinder Singh yang mengulas tulisan saudara Razali Zakaria, Pengarang Kanan Media Isma Sdn Bhd berkaitan isu al-Quran terjemahan versi berbagai bahasa yang kini diedarkan oleh pihak tertentu kepada orang bukan Islam.
Bagus saudara Ravinder memberi ulasannya tetapi saya berpendapat saudara Ravinder tersilap dalam membuat rumusan mengenai tulisan saudara Razali.
Apabila saya meneliti dan memahami tulisan saudara Razali yang bertajuk ‘Taktik mereka untuk halang dakwah Islam di Malaysia’, saya dapati beliau tidak pula menyatakan “tidak boleh bagi seorang bukan Islam menasihati seorang bukan Islam lain supaya tidak menukar agamanya.”
Malah, dalam paragraf ke empat tulisan itu saudara Razali ada menulis: “Silakanlah berbuat demikian!”. Namun, saudara Razali mengingatkan supaya pengedaran risalah itu hanya di kalangan orang bukan Islam sahaja, bukan diberi kepada orang Islam juga.
Saudara Razali mengaitkan kata-kata itu dengan paragraf ketiga tulisannya iaitu “….mereka pula meminta supaya NGO berkaitan agama dibenar mengedar salinan risalah, buku dan kitab suci mereka untuk tujuan pendidikan, sebagaimana yang dibuat oleh NGO Islam untuk mengedar al-Quran terjemahan itu.”
Oleh itu, bagaimana saudara Ravinder boleh mengatakan “……. But can Razali point out any provision of the Constitution that says a non-Muslim cannot advise another non-Muslim not to convert into a religion from which he will not be able to get out of?“
Saya juga setuju dengan kata-kata saudara Ravinder “Is Isma saying that I will be committing a crime if I go up to a non-Muslim who is being proselytised by a Muslim and tell the non-Muslim to think very carefully before he makes his decision to convert for converting to Islam in Malaysia is a narrow one-way street with no U-turn?“
Tidak! Saudara Ravinder tidak bersalah untuk menasihati orang bukan Islam yang didekati oleh orang Islam supaya memikir masak-masak sebelum membuat keputusan menukar agama, dan saudara Razali dalam tulisannya juga tidak melarang jika saudara hendak berbuat demikian.
Saya yakin yang dimaksudkan oleh saudara Razali mengenai paragraf pertama dan kedua tulisannya yang menjadi pokok ulasan saudara Ravinder, bukan bertujuan menghalang saudara Ravinder atau sesiapa saja yang bukan Islam untuk menasihati orang bukan Islam lain.
Bagi saya beliau cuba menyatakan bahawa bantahan-bantahan yang dibuat oleh NGO bukan Islam dalam media web berhubung isu itu adalah cubaan menghalang dakwah Islam (Pengedaran al-Quran terjemahan itu pada pendapat saudara Razali adalah satu bentuk dakwah dan beliau sudah menyatakan pada paragraf 23 iaitu “….Jika ditanya kepada saya, saya akan katakan program ini juga salah satu cara berdakwah”). Perlu diingat, sebagaimana yang dipersetujui oleh saudara Ravinder, bahawa Perlembagaan Malaysia membenarkan dakwah Islam itu kepada sesiapa saja di negara ini.
Oleh itu, sekali lagi saya katakan bagi saya tidak timbul persoalan “……. But can Razali point out any provision of the Constitution that says a non-Muslim cannot advise another non-Muslim not to convert into a religion from which he will not be able to get out of?“
A’bidin Edrus
([email protected])
Pembaca Ismaweb.net
Penafian: Tulisan ini adalah pendapat peribadi pembaca dan tidak ada kena mengena dengan ISMA atau Media Isma Sdn Bhd