Evangelis menggugat keharmonian kaum di Malaysia
1) Malaysia adalah sebuah negara yang kompleks sosio politik, ekonomi mahupun budaya tempatan masyarakatnya. Kepelbagaian kaum, ditambah pula dengan kehadiran pekerja asing yang majoritinya dari negara-negara seperti Indonesia, Burma, Filipina dan juga Bangladesh menambah lagi rencam kemajmukan hidup di negara ini. Perbezaan latar budaya, bahasa pertuturan, serta anutan agama membuka ruang yang lebih mudah kepada perpecahan etnik (ethnic divisions).
2) Ian Buchanan menulis di dalam bukunya Sang Nila Utama And The Lion of Judah; Dominionism and Christian Zionism in Malaysia, statistik menunjukkan bahawa faham evangelis tersebar dengan cepat di Malaysia pada kadar 2.9% setiap tahun. Pertambahan teramai adalah dalam kalangan orang Cina yang majoritinya penganut Tao atau Buddha.
3) Gerakan evangelis global melancarkan pelbagai strategi (geopolitically directed dan anti muslim) sebagai usaha mereka untuk menggugat kestabilan negara kita sekaligus memperkukuhkan cengkaman hegemoni imperialis barat (Amerika Syarikat dan Yahudi) di Asia Tenggara. Sebagai contoh, peranan ini dilakukan melalui Nanyang Chinese Network dipelopori oleh Haggai Institute.
4) Mengapakah orang Cina dijadikan sebagai trojan horse mereka? Ini kerana orang Cina menguasai ekonomi dan juga mempunyai jaringan yang luas di China, Korea, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan negara-negara lain di Asia.
5) Bagaimanakah strategi mereka dimainkan di Malaysia? Ianya dapat dirumuskan melalui 6 aspek seperti yang tersebut di bawah.
-Mereka menembusi prospek-prospek ekonomi yang sedia dikuasai oleh orang-orang bukan Islam di Malaysia seperti media, hiburan, kewangan, pelaburan, hartanah, sektor perubatan dan juga perundangan.
-Mereka menfokuskan sasaran kepada kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
-Mereka menembusi parti-parti politik dan membawa idea membentuk kerajaan Kristian dengan membawa naratif bahawa Malaysia adalah Tanah Kristian dan perlu dibebaskan daripada penguasa zalim dan Islam itu sendiri.
-Mensasarkan golongan pemuda bukan muslim melalui konsert-konsert hiburan, seperti banyak yang kita boleh tonton di laman youtube, seperti himpunan Malaysia for Jesus.
-Memainkan isu-isu hak minoriti, seperti penggunaan Kalimah Allah, hak untuk mengedarkan bible dan isu-isu lain yang boleh memberikan political mileage dan perlindungan undang-undang kepada mereka melalui jaminan Universal Declaration of Human Rights Law.
-Selektif dalam menyebarkan faham kristian zionisme dengan mensasarkan bangsa Cina, dengan membawa mesej konteksualisasi, bahawa bangsa Cina, adalah bangsa pilihan dari langit, tanah ini (Asia Tenggara) adalah tanah yang dijanjikan, dan menghapuskan musuh-musuh agama (anti Islam) yang menghalang cita-cita mereka.
6) Melalui strategi ini, dapatlah kita fahami bahawa gerakan evangelis global, sedang merancang sesuatu untuk menggugat kestabilan negara sekaligus menggugat keharmonian antara kaum yang sedia lama terjalin di Malaysia.
Menurut Ian Buchanan juga, gerakan ini sangat aktif dalam 5 tahun kebelakangan ini, sejajar dengan polisi-polisi luar Amerika Syarikat untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di rantau Asia Tenggara ini.
Asyraf Farique
Penganalisis IRIS
Artikel berkaitan:
Bangsa Cina jadi sasaran gerakan Evangelis Global