KolumnisMohd Firdaus bin Salleh HudinUtama

DAP لا تتبعوا دعاية خطيرة

Jangan terpengaruh dengan dakyah songsang DAP

FB Zairil di Amman Jordan
Satu hari ketika saya memandu kereta menuju ke pejabat, saya melihat sebuah kereta terbabas di tepi jalan raya. Pemandunya terduduk di tepi jalan sambil melambai-lambai tangan meminta bantuan.

Saya pun memperlahankan kereta dan menghampiri pemandu itu. Sah, dia adalah Zairil Khir Johari, pemimpin parti cauvinis DAP.

Saya pun terus menekan pedal kereta dan meneruskan perjalanan.

Begitulah perumpamaan perasaan saya terhadap Zairil atas kesalahan yang dia lakukan selama ini.

Namun, jika situasi itu benar-benar berlaku pasti saya akan membantu Zairil atas dasar sebagai seorang muslim yang sedia menghulur bantuan kepada sesiapa sahaja yang ditimpa kesusahan.

Semalam, Zairil mendakwa dia serta rombongan pemimpin puak-puak DAP ke Jordan seterusnya akan ke Mesir untuk mempelajari dengan lebih mendalam budaya dan dinamik politik Asia Barat, khususnya berkenaan gerakan siasah Islam yang makin berkembang di rantau ini.

Namun, dia sepatutnya mengetahui bahawa budaya dan politik Asia Barat sekarang ini tidak boleh dijadikan panduan untuk dilaksanakan di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini ketegangan, keganasan dan pertempuran serta peperangan yang berlaku di negara-negara itu adalah disebabkan budaya dan politiknya.

Apabila disebut ‘mempelajari’ bermakna apa yang dipelajari itu akan dijadikan panduan atau contoh. Apakah Zairil dan puak-puaknya akan membawa budaya politik Asia Barat ke Malaysia, sedang sekarang ini pun puak-puak rasis DAP sentiasa mencemarkan negara dengan ‘budaya dan politik kekacauan’ mereka?

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sendiri pernah mengadakan seminar mengenai Siyasah Syar‘iyyah bagi mengupas budaya politik Islam di Malaysia dan tidak mustahil DAP boleh mendalaminya. Rujuk analisis oleh Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman dalam laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Zairil sepatutnya mendalami perintah Islam terlebih dahulu sebelum belajar siyasah dan budaya Islam. Bagaimana cara hidup Islam yang sebenar, hakikat lafaz dua kalimah syahadah yang meletakkan pengabdian total kepada Allah selanjutnya mewakafkan diri berjuang untuk agama Allah.

Jika mahu mengetahui soal gerakan siyasah Islam pula, asasnya ialah Islam. Hakikatnya, tiada gerakan Islam yang meletakkan agenda kafir sebagai matlamat.

Saya tidak nampak di manakah kesinambungannya antara mempelajari gerakan siyasah Islam di Timur Tengah dengan agenda kafir yang diperjuang oleh DAP.

Cadangan hudud Kelantan oleh PAS pun ditentang habis-habisan.

Soalan saya kepada Zairil:

zairil

Zairil juga berkata dia telah bertemu pelajar Malaysia di Jordan, mungkin selepas ini di Mesir juga.

Nasihat saya kepada pelajar Malaysia di Jordan dan Mesir ialah:

nasihat untuk siswa 1

Kelemahan pelajar dalam mengkaji sendiri agenda DAP mungkin dimanfaatkan oleh pemimpin cauvinis ini melalui kata-kata ‘manis’ yang diucapkan.

siswa

Kita tidak perlu lagi menasihati atau mengajak Zairil kembali ke jalan yang benar kerana kita maklum bahawa dia kini sudah jauh tersasar daripada tujuan apa Allah menciptanya di bumi ini.

Kepada Zahid M Naser, teruskan perjuangan memartabatkan Islam dalam diri seterusnya di bumi Malaysia dan di seluruh dunia amnya. Bermuhasabahlah. Jadikan diri anda sebagaimana yang dikenali oleh rakan-rakan baik anda ketika di Mesir dahulu hingga ada yang menyamakan anda seperti ‘malaikat’ ketika anda belajar di Mesir.

Ketahuilah bahawa Islam itu Islam dan ia tidak boleh bercampur-baur dengan unsur-unsur jahiliyah.

P/S: Selepas ini bolehlah DAP buat rombongan ke Mekah pula untuk mengkaji secara lebih dekat mengenai Tanah Suci Islam. Tapi sebelum itu, mana yang masih kafir disarankan masuklah Islam terlebih dahulu. Kalau tak, rugilah pergi ke Mesir dan Jordan.

Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang ISMAweb.net

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi ISMA.

Artikel berkaitan:

DAP rekrut siswa Malaysia di Mesir dan Jordan?
Hulubalang Kacang Merah dan Unta Merah di bumi Anbiyaa’

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker