Berita UtamaPendapatUtama

DAP BUAT APA DI KAHERAH? – BAHAGIAN I

DAP-SAMPAH

ADA pihak tertentu mengatakan bahawa kedatangan kami ke Mesir ini telah mengotorkan tanah suci anbiya’ ini. What is this? Kami datang ke sini hanya untuk belajar tentang politik Islam dan fenomena ekstrimisme di Timur Tengah, dia kata macam itu (pada kami)? Kami mengotorkan tanah, mempengaruhi anak-anak muda?” kata Teresa Kok sambil menarik muka sindiran, ketika forum anjuran DAP di dewan kecil di Kaherah, baru-baru ini.

Saya sengih tengok gelagat dia yang cuba berlagak seperti ‘mangsa yang tak bersalah’ di hadapan kami.

Saya sebenarnya belum lagi berkesempatan membaca kenyataan yang mengatakan delegasi mereka ‘mengotorkan’ bumi anbiya’ ini, mungkin disandarkan kepada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), tetapi saya secara peribadi menganggap tidaklah begitu, kerana di mana-mana bumi anbiya’ pastilah ada syaitan yang sangat jahat akan wujud untuk memporak-perandakan dan menyesatkan manusia daripada jalan yang benar.

Di Tanah Suci Makkah ada Nabi Muhammad SAW, di situ juga ada Abu Jahal. Di Mesir sendiri diutusnya Nabi Musa as dan Nabi Harun as, di sini juga tempat Firaun memperbodohkan manusia, di sini juga diktator proksi Zionis menipu rakyatnya, maka di sini jugalah DAP cauvinis proksi Zionis ingin menjalankan agenda mereka menyesatkan anak-anak Melayu Islam.

Sudah lama Mesir dikotorkan dengan anasir seperti mereka, tetapi yang penting orang yang berhati bersih dan berpegang pada fitrah pasti akan menolak jauh mereka yang menjulang panji-panji jahiliah tersebut.

Memperlekeh intelektualisme anak muda

Saya hadir dengan tekad untuk ‘mendengar sebelum bercakap’. Lagipun saya tidak banyak soalan kerana saya secara peribadi sudah kenal masak asal usul dan isu sekitar DAP.

Saya jangka perbahasan mengenai ‘ekstremis dan keharmonian’ mungkin boleh mencetuskan debat yang panas, lebih-lebih lagi apabila pihak di program dan peserta melihat dari kaca mata yang berbeza, di mana di sebelah pihak, DAP yang berpegang dengan ideologi sekular, demokrasi sosialisme dan di sebelah pihak lagi pelajar-pelajar Melayu Mesir yang rata-ratanya tradisionalis atau fundamentalis.

Sayangnya pada malam itu pihak DAP langsung tidak membahaskan isu ekstremisme sebaliknya yang disebut hanyalah seputar isu politik murahan di Malaysia dan beberapa polisi serta aktiviti politik DAP.

Sesi dimulakan oleh Zairil Khir Johari, mempromosi dirinya sebagai Ahli Parlimen termuda di Malaysia, kemudian mempromosi bahawa anak muda harus terlibat aktif dalam politik dan diceritakan pengalaman politik negara luar yang melibatkan ahli semuda 28 tahun telah menjadi menteri kewangan.

Katanya, tidak ada parti yang dapat menghantar Ahli Parlimen muda sepertimana yang DAP mampu hantar. DAP sangat meraikan dan menggalakkan anak-anak muda menyertai politik kerana DAP anggap mereka sangat memahami kehendak rakyat kerana 70 peratus daripada rakyat adalah di kalangan belia.

Alahai, pandai dia nak ‘umpan’ hati anak-anak muda untuk menyertai DAP.

Kemudian sesi soal jawab dibuka. Eh, hairan saya, belum dikupas apa-apa yang berkaitan dengan tajuk lagi, soal jawab sudah dibuka?

Apa definisi ekstremisme? Apa isu keharmonian dan masa depan Malaysia? Tajuk program sudah bukan main ‘fancy’, tup tap tup tap akhir sekali cerita pasal DAP suka anak muda je? Eh, kalau macam tu adik saya Tingkatan Satu pun boleh bagi ceramah pada pelajar ‘overseas’.

Apa pun, seperti itulah yang telah berjalan. Jadi sesi soal jawab diadakan tiga sesi, dan setiap sesi dibuka kepada tiga orang untuk bertanyakan soalan. Peserta pertama bertanyakan terus tentang ekstremisme dan DAP. Peserta-peserta lain ada bertanya mengenai ‘worldview’ Zairil sebagai muslim dan juga isu GST serta integrasi.

Lagi sekali sayang, daripada Steven Sim sehinggalah ke Lim Kit Siang, tiada seorang jawab dengan serius isu ektermisme dan juga integrasi. Soalan yang bertanyakan melibatkan Eric Paulsen, Steven mendakwa: “Kami tidaklah menyokong beliau, tidak..”.

Sedangkan selepas isu Eric Paulsen memenuhi saluran media liberal, Kit Siang terus menyatakan sokongan terhadap pertuduhan terhadap khutbah Jumaat tersebut. Isu Chong Eng yang mempertikai silibus ‘Tamadun Islam’ dalam subjek sejarah Tingkatan Lima juga didiamkan begitu sahaja. Sampai isu integrasi, nama UMNO pun diseru.. oh come on..

Untuk lihat respon beberapa peserta, klik logo ismaweb di bawah 
ismaweb-logoSoalan saya

Jawapan untuk pusingan pertama penuh dengan ‘spin’. Isu integrasi yang diketengahkan mereka terus menyalahkan UMNO dan berlagak sebagai hanya mangsa keadaan.

“Kami sokong integrasi antara kaum, tetapi (menjadi masalah apabila) UMNO meneruskan dasar pecah perintah yang dilakukan oleh pihak British untuk kekal berkuasa, sebenarnya isu perkauman ini hanyalah propaganda yang dimainkan…”, maka kaum perlu bersatu menentang UMNO dan korupsi, “dan ada juga orang mendakwa bahawa DAP ingin mendirikan negara Kristian, what is this (sambil tarik muka)? “.

Taktik “victim playing” inilah yang menyebabkan beberapa peserta menyampah dan memprovokasi saya untuk bertanyakan soalan kepada para panelis tersebut.

Selesai sesi jawapan, saya pun mengangkat tangan dan bertanyakan soalan berikut :

1. Saya ingin bertanyakan mengenai isu hudud. Kita sudah jelas yang DAP menentang hudud dengan sangat keras terutamanya kerana sebab bertentangan dengan ideologi sekular yang diperjuangkan oleh DAP, namun yang menariknya pada beberapa hari yang lalu akhbar online (The Malay Mail, The Sun Daily) ada memetik kata-kata Kit Siang yang mendesak agar ‘konspirasi hudud’ dihentikan, bukan kerana bertentangan dengan idea sekular, tetapi kerana ia boleh ‘merubah lanskap politik negara secara drastik’ dan membawa kepada ‘realignment of political forces’ dalam negara ini. Saya secara peribadi melihat perubahan politik yang berlaku di Malaysia semenjak isu hudud tidak lain adalah parti-parti Melayu mula menjumpai titik temu dan kata sepakat. Adakah ini (kesepakatan Melayu Islam) yang dikatakan sebagai perubahan ‘landskap’ politik yang digambarkan negatif dan dirisaukan oleh YB? Atau adakah DAP sebenarnya mengamalkan dasar ‘pecah perintah’ terhadap orang Melayu Islam untuk mendapatkan kuasa di Malaysia, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kit Siang tersebut?

2. Kedatangan delegasi DAP ke Timur Tengah dikatakan adalah untuk mengkaji fenomena ektremisme. Berdasarkan bacaan saya, antara punca terbesar isu fenomena ekstremisme berlaku di Timur Tengah adalah akibat kekecewaan sebahagian Islamis, apabila mereka berjaya mendapatkan kuasa secara demokratik dan cuba menggubal undang-undang Islam melalui ‘cara yang sah’, mereka disabotaj, dihalang dan ditentang habis-habisan oleh semua pihak terutamanya sekularis dengan pelbagai cara termasuk cara yang di luar batas undang-undang. Ini mengakibatkan putus harapan terhadap sistem yang sedia ada dan membawa kepada tindakan ekstrem sesetengah pihak akibat dikhianati oleh sistem yang dicipta oleh Barat. Dengan itu adakah DAP akan menerima seandainya PAS berjaya melaksanakan hudud di Malaysia demi mengelakkan fenomena ektremisma ini, atau DAP akan tetap menentang atau melakukan sebarang bentuk sabotaj atau lain-lain?

3. Sebentar tadi YB seolah-olah menyatakan tuduhan kristianisasi itu hanyalah satu momokan sedangkan dakwaan yang dibuat adalah daripada ahli DAP sendiri. Bekas ahli DAP Pulau Pinang, Razali Abdur Rahman telah mendakwa bahawa DAP ingin menegakkan negara Kristian, berikutan perhimpunan beberapa wakil DAP (termasuk beliau) ke perhimpunan paderi di sebuah Hotel di Jalan MacAlister pada tahun 2011.

“Oh Razali..” Zairil sebut perlahan, raut mukanya berubah sambil berbalas pandangan dengan Teresa.

Jadi soalan saya pun berhenti untuk memberi peluang kepada peserta lain bertanyakan soalan.

Isu negara kristian pun dijawab….

BERSAMBUNG ESOK

Zaid Zainurrashid
Mesir

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis semata-mata dan tiada kaitan dengan ISMA atau Media Isma Sdn Bhd

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker