PendapatUtama

DAP BUAT APA DI KAHERAH? (SAMBUNGAN SEMALAM)

DAP-SAMPAH

Multiculturalisme VS integrasi: Hipokrasi Malaysian Malaysia

PANELIS menafikan perkara tersebut dan mendakwa ianya mustahil, “lagipun Jeff Ooi yang hadir ke program paderi itu seorang Budhis, kenapa dia mahu tegakkan negara Kristian? Di depan kamu ni, siapa je yang Kristian? Kit Siang bukan Kristian, saya bukan Kristian, Steven Sim bukan Kristian, Teresa Kok, ok Teresa seorang sajalah yang Kristian, itupun saya tak rasa dia nak tegakkan negara Kristian…tak kan kita nak lawan 60 peratus muslim yang merupakan majoriti, ini sangat tidak logik..” kata Zairil sambil Teresa membuat riak muka “yeah it’s impossible lah”.

Saya tak tertarik untuk bahas lanjut mengenai isu Kristian kerana kita tahu perkara ini dan kita juga kenal sikap DAP, tentulah mereka akan nafikan perkara tersebut di hadapan orang Islam.

Namun, lagi dua soalan yang saya lontarkan dibiarkan tanpa jawapan. Kit Siang hanya mengalihkan isu kepada UMNO bagi soalan pertama yang saya lontarkan.

“Cuba kamu fikir balik, sudah berpuluhan tahun mereka tolak hudud, kenapa tiba-tiba hari ini mereka mahu hudud dilaksanakan? PAS juga kita sudah bersetuju untuk tidak membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan syariah, yang kita sebut adalah ‘good governance’, fighting corruption etc kenapa tiba-tiba hari ini mahu cakap tentang hudud? Inilah hari datangnya peluang untuk kita jatuhkan UMNO, kenapa tiba-tiba mahu bangkitkan isu hudud dan kesatuan Melayu? Itu adalah sebab UMNO lemah!”

Saya bukan tanya kenapa UMNO mahu laksanakan hudud. Saya tanya tentang KENYATAAN DIA beberapa hari lalu. Mengapa dia sebut perubahan lanskap politik ini sebagai suatu perkara yang membimbangkan, adakah dia takut berkenaan kesatuan orang Islam, dan adakah dia juga mengguna pakai strategi pecah perintah untuk mendapatkan kuasa? Kenapa dia tidak jawab? Dia dengan selamba alih soalan ke isu lain. Cis, orang politik, ingat anak muda senang ditipu ke? Sudah tak mampu dijawab dia main isu pula.

Berkenaan hudud dan ekstremisme (adakah DAP akan terima jika diluluskan demi keharmonian negara) juga tidak ada seorang pun panelis yang mengulas perkara tersebut. Sebab apa?

Untuk respon mereka terhadap dua soalan saya itu, saya kira elok diserahkan kepada pembaca untuk membuat kesimpulan sendiri.

Kita pergi ke ulasan seterusnya.

Multiculturalisme VS integrasi: Hipokrasi Malaysian Malaysia

Isu integrasi kaum di Malaysia adalah antara isu yang paling kerap dibincangkan. Seingat saya setiap pusingan itu ada peserta yang tanyakan berkenaan isu integrasi ini.

Sebagaimana yang kita tahu, debat klasik serta mudah faham mengenai kepelbagaian kaum selalunya berkisar mengenai dua konsep iaitu multiculturalisme atau integrasi. Multiculturalisme memberi peluang kepada kaum untuk mengekalkan -dengan kadar tertentu- kepelbagaian budaya warisan mereka untuk diiktiraf dalam negara dengan asas saling menghormati hak sejarah masing-masing, manakala integrasi memaksa kaum-kaum untuk meleburkan identiti lama untuk adaptasi kepada sebuah identiti kebangsaan (identiti kebangsaan dibina atas asas sejarah dan identiti negara).

Isu yang dibangkitkan oleh peserta antaranya ialah isu bahasa dan sekolah vernakular. “Kalau DAP serius berkenaan integrasi kaum dan kesamarataan, sepatutnya DAP menyokong sistem satu sekolah dan pemansuhan sekolah vernakular, ini bahasa Melayu nak tambah beberapa minit dalam jadual di sekolah vernakular pun sudah boleh melenting” kata seorang peserta.

“Kita tak ada masalah untuk hapuskan sekolah vernakular, sekolah agama rakyat, dan lain-lain tapi yang penting sekolah kebangsaan harus ditingkatkan kualitilah kerana kebanyakan ibu bapa tidak percaya kemampuan sekolah kebangsaan untuk menghasilkan produk…” jawab Zairil, menunding jari terlebih dahulu kepada sekolah kebangsaan, kemudian disokong oleh Steven yang menyebut “..cucu Tun Mahathir pun masuk sekolah Cina..” menjustifikasi kelemahan serta hilang percaya masyarakat pada kebolehan sekolah kebangsaan.

“Betul kata kamu, negara yang bercakap satu bahasa pun menghadapi masalah antara kaum seperti di Indonesia dan UK (apatah lagi negara yang cakap berbilang bahasa). Tetapi ini juga bawa maksud bercakap satu bahasa tak semestinya menyelesaikan masalah, jika kita tengok Makkah, manusia berkumpul dengan pelbagai bahasa berdoa pada Tuhan tapi apabila tujuannya sama maka tidak akan berlaku permasalahan. Yang akan kelihatan adalah keharmonian serta keindahan pelbagai bahasa dan budaya. Kami sokong bahasa kebangsaan, itu memang jelas, tetapi sebenarnya harus ingat tidak salah untuk menjadi kaya dengan bahasa, kita akan jadi bukti kepada dunia kestabilan dan keharmonian dalam kepelbagaian dan kaya budaya”

Pergh, dia bagi contoh Makkah? Seriuslah? Tak ada contoh yang lagi bagus ke? Yang bercakap macam-macam bahasa di Makkah itu penduduk Makkah ke?

Baik tak apalah, sekarang pergi kepada jawapan. Sebenarnya mereka mengalihkan lagi isu.

Isunya kalau benar sokong integrasi kaum dan sistem satu sekolah, mengapa menentang tambahan masa bagi subjek bahasa Melayu di sekolah vernakular? Mengapa tidak mahu tambah sedikit masa untuk belajar bahasa kebangsaan? Kalau tambah beberapa minit untuk bahasa kebangsaan pun tak boleh, adakah kita boleh letakkan harapan kepada cita-cita melaksanakan sistem satu sekolah? Atau hanya tinggal retorik kosong yang diselindung oleh alasan kelemahan sekolah kebangsaan? Isunya kalau benar mahu kepelbagaian budaya dan kaya bahasa, mengapa mereka mempertikai silibus Tamadun Islam dalam subjek sejarah Tingkatan Lima? Mengapa pertikai penggunaan tulisan jawi di papan tanda? Adakah mereka jujur terhadap “kepelbagaian budaya” atau hanyalah helah politik? Kepelbagaian budaya apabila berkaitan dengan bangsa mereka dan integrasi serta kesamarataan apabila berkaitan dengan orang Melayu atau Islam?

Mereka mahu hak samarata dalam masa yang sama tidak mahu meleburkan sejarah budaya serta kekitaan kaum untuk integrasi kepada kaum dan identiti kebangsaan. Mereka mahu budaya mereka dikekalkan dalam tetapi masa yang sama menentang pengekalan unsur budaya dan identiti Melayu Islam. Inilah hipokrasi Malaysian Malaysia atau Malaysian Dream yang mereka laung-laungkan.

Debat mengenai pengurusan masyarakat majmuk ini saya tidak nafikan memanglah sangat panjang dan perlu diteliti dengan lebih halus, tetapi yang saya mahu ketengahkan adalah sikap DAP (atau sesiapa pun) sebenarnya adakah berdasarkan keikhlasan atau kepentingan puak-puak tertentu sahaja.

Hipokrasi lagi dan beberapa jawapan bodoh

Isu ekstrimisme adalah isu yang paling bodoh untuk diketengahkan oleh DAP. Siapa ektremis sebenarnya?

Saya nak tanya, siapa yang pertahankan Namewee yang memperbodohkan lagu kebangsaan, menghina azan serta menghina guru sekolah? Tidak cukup ekstrem ke tindakan biadab, antiperlembagaan, antikebangsaan, anti-Islam dan antikeharmonian itu sehingga DAP sanggup mempertahankan dia? Siapa yang menyokong Eric Paulsen menfitnah khutbah Jumaat orang Islam sebagai ekstrem? Kit Siang bukan? Siapa yang mempertikai silibus Tamadun Islam dalam subjek sejarah? Siapa yang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan (yang dinaungi oleh majlis diraja) dengan mendesak secara terbuka supaya kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan di dalam kitab dan majalah agama lain? Siapa yang anti-Islam dan antikeharmonian itu? Siapa yang mahu memecah-belahkan warga Semenanjung dan warga Sabah, Sarawak? Sikap antikebangsaan mereka tidak cukup ekstremkah?

Adakah yang ekstrem itu saudara Razali Abdullah seperti yang didakwa Jeff Ooi hanya kerana beliau menyertai NGO Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi “to develop Malaysia into a country which fully adopted syariah law by 2020”? Atau ekstrem itu ISMA dan PEMBELA seperti yang didakwa oleh G25 hanya kerana mempertahankan peruntukan perlembagaan?

Semua ini disenyapkan sahaja pada malam tersebut. Tidak berani kacau bab ini, nanti kantoi di hadapan pelajar-pelajar yang ingin ‘direkrut’ dan dirayu simpati.

Selain itu, beberapa soalan juga dijawab dengan sangat dangkal sekali.

“Sebenarnya ramai yang salah faham mengenai sekular. Sekular ada dua maksud, satu sekular yang antiagama dan lagi satu ialah sekular di mana kerajaan tidak menyebelahi mana-mana agama dalam pentadbiran, yang kita maksudkan adalah yang kedua daripada sekular. Dengan ini agama semua mendapat hak sama rata, kebebasan serta keadilan, dan ini sebenarnya selari dengan prinsip Islam yang menggalakkan keadilan dan kebebasan..”

Eh bang Zairil, Islam mana abang petik ni? Dekat mana yang selarinya Islam dan sekular?

Orang kampung pun tahu sekular tidak selari dengan Islam. Islam menyuruh agar syariat dilaksanakan, ada sekular boleh selarikan? Habis tu buat apa DAP menentang hudud kalau prinsip Islam selari dengan prinsip sekular?

Tak sangka pula saya jawapan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen termuda Malaysia ini begitu bodoh dan tak berasas. Apa guna menjadi Ahli Parlimen termuda jika jawapan sebegitu dangkal?

Aduh penat saya nak menggambarkan menegnai kecetekan akal yang ditayangkan ketika program tersebut.

isma-slv-front-37

Doktrin DAP

Kesimpulannya, program ini tidak lebih daripada BTN versi DAP. Tiada debat intelek, yang berlaku hanyalah promosi DAP dan menyalahkan ISMA, Jakim, orang lama (antonim orang muda), dan UMNO.

“.. Sekular tidak bermaksud anti-Islam..” dan “..DAP tidak anti-Islam, kerana mustahil DAP mahu menentang majoriti rakyat Malaysia. DAP memperjuangkan nilai keadilan dan kebebasan seperti dalam Islam. Kamu juga tahu, di Selangor peruntukan bagi KAFA dinaikkan dan ini adalah kerajaan bersama pakatan rakyat di mana di dalamnya ada DAP. Begitu juga di Pulau Pinang, DAP memberikan peruntukan untuk pelajar tahfiz dan…” Eh, ada ke dia mengungkit gula-gula politik itu. Kalau nak diceritakan bagi duit, UMNO pun bagi BR1M pada rakyat. Kira UMNO dan DAP ini sama-sama prihatinlah? Ke macam mana?

Setelah tamat program, peserta diberikan masa untuk ‘engage’ dengan para panelis sekitar setengah jam.

Selepas itu sesi khas diadakan, namun sesi tersebut beberapa peserta sahaja dijemput masuk, membiarkan saya dan beberapa peserta lain di luar, kata seorang petugas “kamu ni geng-geng kritikal, tak apa..” sambil ajak kawan di sebelah saya untuk masuk ke bilik tersebut. Eh? Kira dia kutip yang tak kritikal ke macam mana? Haha.

Untuk bahasa yang lebih baiknya, peserta yang menunjukkan rasa minat dan respon positif dijemput untuk berbincang dan merapatkan hubungan dengan otai-otai DAP tersebut, dan saya sendiri tidak berminat untuk turut serta dalam majlis tersebut mendengar lagi ‘jasa-jasa’ DAP dan beberapa peserta mengampu para YB. Saya ambil masa sebelum pulang untuk bersembang dengan seorang petugas sepenuh masa DAP yang merupakan kenalan saya, senior dan pembimbing di sekolah satu masa dahulu.

Saya tak mahu sebut lebih. Saya cuma mahu ingatkan pembaca melalui tulisan saya ini, DAP adalah parti chauvinis yang sangat berkepentingan dan pandai bermuka-muka.

Kalaulah benar orang putih jujur mahukan demokrasi dan keadilan pada dunia, sudah tentu mereka akan mengiktiraf Hamas dan Gaza, serta sudah tentu penggulingan Mursi tidak didana dan disokong oleh Amerika, kerana kedua-dua pihak Islamis ini mendapatkan hak mereka melalui cara yang sah di sisi undang-undang, tapi apabila bertentangan dengan kepentingan mereka maka tanpa segan silu mereka melakukan sabotaj dan porak peranda di kedua-dua negara tersebut.

Begitu juga dengan DAP, jika mereka jujur mahukan kepelbagaian, sudah tentu mereka mengalu-alukan pengajian Islam, bahasa Melayu dan tulisan jawi. Jika mereka benar mahukan keharmonian, sudah tentu mereka tidak mendana Red Bean Army yang menjemput kuasa luar untuk campur tangan politik tanah air. Jika mereka menolak ekstremisma, sudah tentu mereka menentang Namewee dan yang senada dengannya. Jika benar mahu hapuskan Akta Hasutan kerana ianya zalim, maka mengapa gunakan ia untuk dakwa pihak lain, adakah Akta Hasutan hanya zalim apabila dikenakan pada diri mereka dan tidak zalim apabila dikenakan pada orang lain? Jika benar mereka sayangkan Malaysia, sudah tentu mereka tidak memburuk-burukkan Malaysia pada negara luar. Jika benar mereka menyanjungi demokrasi, sudah tentu mereka menghormati hak PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Tetapi mereka tidak jujur, dan kita semua sudah maklum perkara itu.

Kita sudah tengok penipuan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh PAP terhadap orang Islam di Singapura. Kita nak apa lagi daripada DAP?

Zaid Zainurrashid
Mesir

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis semata-mata dan tiada kaitan dengan ISMA atau Media Isma Sdn Bhd

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker