Sajak untuk Pak Samad: Di mana kita berbeda…
Aku adalah aku…
tak mungkin engkau…
Engkau adalah engkau…
Rambut aku juga nampak putih…
Rambut mu juga kelihatan putih…
Engkau penulis…
Aku juga menulis…
Maksudnya mungkin sama…
tapi tak serupa…
Aku nampak ramus…
engkau terjerumus…
Aku belum putus asa…
tapi engkau tergesa-gesa…
Engkau pilih bangsa asing…
aku pilih bangsa sendiri…
Aku cuba jadi engkau…
yang rasa kecewa dengan bangsa…
kau kata kau pejuang…
tapi kau mudah angkat tangan…
Tulisan kau tampak hebat…
walaupun sekerat…
Tapi jati diri mu kurasa dah berkarat…
dah tak larat…
lalu kau pilih parti keparat…
Cetusan Rasa
ZS N9
Penafian: Sajak di atas adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana mahupun Ismaweb.net.
Disinilah perbedzaan antara sasterawan Melayu yang kecewa dan rakyat Melayu yang bangga dengan jati diri dan tidak pernah hilang kepercayaan bahawa bangsanya boleh bangun jika diasak dan didesak untuk mempertahankan maruah bangsa…tidak pernah berputus asa. Tapi seorang Melayu yang kecewa sanggup menggadai maruah dan menjadi hamba sahaya kepada kepada bangsa yang ternyata penuh dengan muslihat tersembunyi….