Berita UtamaKolumnisProf. Madya Dr. Rafidah HanimUtama

Bolehkah kanak-kanak mengandung?

11 tahun bersalin
HARI ini, kita dikejutkan dengan kejadian kanak-kanak yang masih bersekolah di Tahun 5, dari Pekan Bahau, berumur 11 tahun mengandung. Kanak-kanak itu dilaporkan tinggal bersama neneknya.

Kes ini, dipercayai bukanlah kes pertama di Malaysia kerana akhbar Guan Ming Daily dalam tahun 2010 pernah melaporkan kelahiran bayi oleh pelajar berumur 9 tahun hasil hubungan bersama teman lelaki berumur 14 tahun (rujuk – http://www.guangming.com.my/node/76597). Akhbar melaporkan bahawa kanak-kanak perempuan itu daripada latar belakang keluarga yang berantakan.

BERITA BERKAITAN: Murid Tahun 5 lahir bayi lelaki

Kita merasa sedih kerana anak-anak semuda ini terpaksa menanggung satu beban besar mengandung sebelum mental dan fizikalnya bersedia, ditambah dengan masalah sosial dan kesannya pada masyarakat.

BOLEHKAH KANAK-KANAK MENGANDUNG SEBELUM DATANG HAID?

Saya belum pasti tentang kes yang baru dilaporkan ini sama ada dia telah datang haid atau belum namun kes kanak-kanak paling muda mengandung ialah kes Lina Medina dari Peru yang melahirkan anak melalui pembedahan caesarean dalam tahun 1939 semasa berumur 5 tahun, 7 bulan dan 21 hari.

Secara fisiologinya, kanak-kanak boleh mengandung jika beliau telah mengalami proses ovulasi, yang mungkin berlaku sejurus sebelum beliau mendapat haid yang pertama. Kanak-kanak perempuan yang menghampiri saat baligh boleh mengalami peningkatan hormon Follicular Stimulating Hormon (FSH) dan Luteinizing Hormone (LH) yang mengizinkan proses ovulasi berlaku.

Lazimnya sebelum haid kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda baligh (puberti) seperti tumbuh tunas buah dada, buku ari-ari, bulu ketiak dan keluar keputihan melalui faraj, mendahului datang haid (rujuk rajah di bawah).menarche

Namun ada sebilangan kecil yang tidak menunjukkan tanda-tanda baligh yang lain, terus mendapat haid pertama. Oleh itu, ada kemungkinan pemangsa, memperdaya anak-anak ini mengatakan mereka tidak mungkin akan mengandung kerana belum datang haid.

Selain daripada mengetahui perbuatan seks sebelum berkahwin itu haram, anak-anak yang mempunyai pengetahuan asas tentang fisiologi diri mereka diharap lebih berupaya menolak keras ajakan-ajakan tidak wajar ini daripada pemangsa.

MASALAH SOSIAL DAN KEUTUHAN KELUARGA

Saya pernah mengendalikan satu kes remaja mengandung luar nikah di sebuah klinik kesihatan di pekan yang kecil. Apabila saya bertanya lanjut, remaja tersebut tinggal bersama neneknya yang mengalami masalah penglihatan.

Ujar neneknya, beliau tidak tahu siapa yang keluar masuk rumah. Remaja itu mengaku melakukan hubungan luar nikah bersama teman lelakinya di rumah beliau tinggal berdua bersama neneknya.

Remaja itu dijaga neneknya lantaran ibu bapa telah berpisah. Saya berasa amat sedih dengan kejadian sebegini. Tiada guna menyalahkan sesiapa tetapi kita pasti boleh menginsafi kejadian ini dan menyedari pentingnya sebuah keluarga yang utuh.

Tanggungjawab membesarkan anak-anak kita adalah amat berat lantaran itu merek harus dibimbing dengan sebaik-baiknya akan perkara-perkara yang menyalahi agama, juga seorang insan yang boleh mereka rujuk daripada hal fisiologi tubuh badan mereka dan kemampuan diri mereka untuk hamil.

Kes-kes keruntuhan rumah tangga harus dibendung. Ibu dan bapa harus menyedari mereka mempunyai peranan yang besar membesarkan anak-anak sendiri. Penjaga anak-anak perempuan harus tahu tahap tumbesaran dan tanda-tanda matang mereka, bagi mempersiapkan mereka dengan perubahan fizikal, supaya selari dengan kematangan mental, faham halal-haram dan dapat menjauhkan diri daripada diperdaya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Rafidah HanimKita tidak mahu menjadi seperti negara Paraguay yang mempunyai hampir 700 kes kanak-kanak berusia di antara 10-14 tahun mengandung dalam tahun 2014 sahaja, 28 daripada mereka berakhir dengan kematian akibat komplikasi mengandung. Kes-kes ini dilaporkan akibat “domestic abuse” dan kes terbaru di mana kanak-kanak berusia 10 tahun mengandung akibat dirogol bapa tiri.

Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar,
Deputy Dean Academic and Research,
Faculty of Medicine and Health Sciences
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Penulis juga Naib Presiden II, Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker