Berita UtamaPendapatUtama

Melayu, bangunlah dengan jiwa merdeka

melayu merdeka
BAYANGKAN ketika 31 Ogos 1957 dahulu apabila Tanah Melayu dibebaskan daripada jajahan kafir, bagaimana semangat patriotiknya orang-orang Melayu pada masa itu. Mereka telah gigih memperjuangkan tanah air mereka, akhirnya mereka meraikan saat kemerdekaan itu dengan penuh gembira kerana mereka tahu jihad yang mereka perjuangkan akhirnya membuahkan hasil.

Ketika kita menyambut ulangtahun kemerdekaan tahun ini, agenda ‘Bersih’ datang pada masa yang sama dengan sambutan kemerdekaan yg sepatutnya dihormati. Seakan menggugat kedaulatan kemerdekaan itu, dek kerana omokan untuk melaungkan negara supaya menjadi lebih ‘bersih’, apakah agenda kemerdekaan dilihat enteng?

Untuk negara kita jadi lebih adil dan jujur, saya setuju tetapi apabila Bersih didalangi agenda dan kumpulan yang mempunyai misi menggugat kedaulatan Islam di negara tercinta ini, itu harus kita lihat.

Jangan kita hanya terpengaruh kerana marah tetapi menggadai nilai ‘merdeka’ yang lebih penting dan genting. Hakikatnya Melayu di Malaysia, walau tanah ini sudah merdeka, semangat jiwa yang merdeka itu kian luntur dengan relanya orang Melayu dijajah pendirian mereka, di’kompromi’ jiwa-jiwa mereka.

Orang-orang Melayu belum berjaya memerdekakan kuasa daripada bergantung dengan bukan muslim, jiwa mereka belum merdeka dan belum kuat untuk bangun atas jihad sendiri. Kita selalu merasakan yang kita tidak boleh, kita tidak yakin dengan kebolehan kita yang merupakan bangsa majoriti di tanah merdeka ini.

Andai ‘Melayu muslim hilang negara’, apakah nilai yang telah kita letak pada pejuang-pejuang terdahulu setelah mereka ‘korban’kan segalanya untuk membina satu negara untuk orang Melayu?

Andai kata Melayu dominan dalam Barisan Nasional, dan Melayu dominan dalam pakatan rakyat, pastinya agenda muslim sentiasa menang walau siapa yang menjadi kerajaan.

Bangunlah Melayu, bangsaku yang merdeka. Walau di mana ‘bumi’ Melayu berpijak, di situlah ‘langit’ perjuangan seharusnya mereka junjung.

Di dalam organisasi, bangunlah semangat Melayu yang merdeka!

Di dalam kepimpinan dan penguasaan, bangunlah jiwa Melayu yang merdeka!

Sejarah membuktikan kita pernah hebat, dan kita mampu ciptakan lagi dengan lebih banyak kehebatan. Usah gusar mempertahankan agenda bangsa & agama kerana ambillah ‘tonggak’, kita Melayu, kita khalifah Allah di bumi Malaysia.

Untuk kita memartabatkan ISLAM, untuk kita kuatkan paksi hanya pada Ilah kita, maka bangunlah Melayu, bangsaku dengan penuh ‘kemerdekaan’ sejati.

Mari kita mulakan dengan ambil peduli!

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-58.

NafidzRazak
#generasiharapan
#umatberagenda
#sehatisejiwa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, ia juga tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

2 komen

  1. “kami adalah satu kaum yg dimuliakan Allah dgn Islam. kalau kamu mencari kemuliaan dgn selain Islam i.e. semagat nasionalis, nescaya kamu akan dihina Allah”. ketahuilah bahawa semua izzah/kemuliaan milik Allah.
    tolonglah saudara kamu yg zalim spt mengarah bunuh dan mencuri duit dgn mencegahnya, spt mengesanya letak jawatan.
    kalau seseorang masih cenderung padanya, ya Allah makhlokMu itu ingin disentuh api neraka.

  2. tulisan ini baik bila ia dihasil oleh mereka yg tidak pernah terdedah pada tarbiyah Islam; apa lagi tarbiyah bersifat harakiah, kerana itulah maksima ia boleh capai dgn latar belakang dan pendedahan yg ia terima. Tapi apabila tulisan seumpama ini terhasil dari mereka yg ada latarbelakang dan malah terlibat dgn aktif dan dalam masa yg agar lama; maka marilah amati peringatan dari Allah swt ini:
    “Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab pendedahannya kpd tarbiyah dan pengajaran spt dari ) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya/dugaanya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”.(7:176)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker