Berita UtamaPendapatUtama

Bina bangsa: Bahasa pengantar ada fungsi instrumental dalam perpaduan negara

sekolah cina 2
DAP membantah modul ‘Bina Bangsa’ untuk sekolah vernakular, kerana menurut YB Zairil Khir Johari:

“Hakikatnya, bukan komposisi demografi sekolah atau bahasa pengantar yang menentukan perpaduan negara atau membina sifat kecenderungan perkauman atau rasis. Mengikut logik Mahdzir [Menteri Pendidikan], semua murid Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) akan menjadi manusia rasis yang bersifat jumud atas dasar sekolah tersebut dikhaskan hanya untuk Melayu.” (YB Zairil Khir Johari, jurucakap Parlimen DAP bagi Pendidikan, Sains dan Teknologi)

Saya berpandangan,

1. ‘Bina Bangsa’ adalah modul sekolah rendah – tahap umur berlakunya proses “secondary socialization”.

Secondary socialization adalah fasa pembentukan identiti diri dalam masyarakat melalui interaksi sosial. Murid Kolej Melayu sudah melepasi fasa kritikal ini, maka ia tidak relevan.

2. Dalam konteks sekolah rendah, “hidden curriculum” melengkapkan pengalaman pembelajaran. Ia termasuk nilai hidup, etika, sikap pro-sosial atau kecerdasan emosi yang diperolehi secara tidak langsung melalui pengalaman pembelajaran di sekolah.

Pembelajaran optimum ini tidak akan terhasil tanpa interaksi antara-etnik, pengalaman silang-budaya serta penghayatan identiti sosial melalui bahasa dan budaya kebangsaan.

3. Bahasa pengantar ada fungsi instrumental serta simbolik dalam perpaduan negara. Bahasa kebangsaan adalah instrumen murid dalam memahami identiti nasional, asas-asas nilai serta falsafah Malaysia sebagai negara bangsa.

Bahasa Melayu adalah ekspresi nilai-nilai fundamental ini. Nilai-nilai ini mengikat perpaduan negara.

Ahmad Farami

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana dan ia juga tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker