Berita UtamaPendapatUtama

Selamatkan tapak sejarah Sungai Batu, Kedah

tapak sungai batu
AWAL tahun ini genap 7 tahun penerokaan Tamadun Sungai Batu yang berjaya menyingkap pelbagai rahsia tamadun bangsa melayu dan selama itulah pelbagai bukti artifak dijumpai.

Dari tapak candi, jeti pelabuhan sehingga ke tapak peleburan besi yang menunjukkan tamadun Melayu telah mahir dalam ilmu besi seawal 500 tahun sebelum Masihi (bahkan mungkin lebih awal dari tarikh itu sekiranya penyelidikan dapat terus dijalankan).

Selain itu, besi-besi yang dihasilkan oleh tamadun agung ini bukanlah sebarangan besi, bahkan menjadi pengeksport terbesar besi ke serata dunia dan dikenali sebagai pusat penghasilan besi yang paling berkualiti ketika itu.

Maka amatlah sayang sekiranya tapak peleburan besi tercanggih di dunia ini lenyap hanya kerana tiada kesungguhan daripada pihak kerajaan di peringkat pusat mahupun negeri, atau mana-mana pihak berwajib untuk mempertahankan warisan agung ini dan akhirnya akan lenyap dan terhapus segalanya.

Selain itu, kemungkinan besi yang terhasil di Sungai Batu dibuat pedang dan menjadi salah satu pedang kegemaran Rasulullah SAW (pedang qala’i).

Berbalik kepada isu besar, SELAMATKAN TAMADUN SUNGAI BATU 500BC.

Semalam (13/10/2015) Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah membuat kenyataan kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang projek dibangunkan di kawasan Tapak Arkeologi Sungai Batu dan kawasan sekitar.

Namun hal ini masih belum memberi kepuasan bahawa tapak arkeologi ini akan terus bertahan.

Saya dimaklumkan oleh pengendali laman facebook Sungai Batu 500BC, keadaan semasa memang tidak menjanjikan kesinambungan penerokaan dapat dilakukan oleh pengkaji, penyelidik serta pelajar sarjana dan kedoktoran di institusi pengajian tinggi awam.

garis masa tamadun dunia

Hal ini adalah kerana:

1. Lesen ekskavasi yang masih belum dikeluarkan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN).

Lesen ini perlu diperbaharui setiap tahun dan buat masa ini lesen sudah tamat dan masih tidak diperbaharui oleh JWN, tanpa lesen ekskavasi, penyelidikan tidak dapat dijalankan dan para pelajar tidak dapat menamatkan pengajian masing-masing.

2. Dana yang sudah kehabisan.

Geran yang disediakan sudah habis. Untuk menguruskan hal-hal teknikal memerlukan duit. Tanpa geran atau dana daripada kerajaan pusat atau kerajaan negeri usaha yang dijalankan 7 tahun sebelum ini akan terbengkalai dan menjadi sia-sia.

3. Tapak-tapak penting berada di luar pemilikan kerajaan yang mana bila-bila masa boleh digantikan dengan pembangunan atau paling tidak mengecilkan keluasan penyelidikan dengan terdirinya perumahan.

Sungai Batu berada di atas tanah seluas 4 kilometer persegi yakni atas tanah Jabatan Warisan Negara.

Di atasnya terdapat 97 tapak yang dikesan. Ada yang berada di dalam tanah milik persendirian dan lot-lot pembangunan yang sedia dijual kelak.

Sekiranya masalah di atas berjaya diatasi, pulangan akan kembali kepada negara Malaysia, seperti:

1. Maklumat terperinci sejarah bangsa

Maklumat serta artifak sejarah sangat penting kepada sesebuah negara. Ia memberi satu bukti kukuh dan hanya boleh disangkal dengan maklumat sejarah sahaja.

Hal ini juga memberi satu penanda aras tarikh permulaan tamadun bangsa Melayu di alam nusantara ini. 500 tahun sebelum Masihi nenek moyang kita sudah mahir mendapatkan bijih besi dan meleburkannya, tidak hebatkah?

2. Mengubah lanskap sejarah negara dan dunia (500BC)

Dengan penyelidikan dan kajian sejarah kita dapat membuktikan bahawa teori penghijrahan dari utara ke selatan telah disangkal bahkan hakikat sebenar di tanah tertua ini permulaan tamadun manusia kemudian naik ke atas dan menyebarkan populasi penduduk bumi seperti yang dapat dilihat sekarang. Tanpa kaji selidik, teori yang terpakai sebelum ini akan terus dipakai dan akhirnya merugikan diri sendiri.

3. Menjana ekonomi dalam sektor pelancongan

Tinggalan sejarah mampu menjana pendapatan negara sebagai mana colloseum di Itali, Acropolis dan Parthenon di Greece, Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia. Justeru kerajaan harus membuat perangkaan strategik supaya dapat menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara dan sebagai pulangan ekonomi dapat dijana, peluang pekerjaan tersedia, pendapatan negara bertambah.

Wahai pemimpin, lihatlah tapak tamadun Sungai Batu sebagai tamadun yang unggul dan setaraf dengan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti tamadun Mesir, tamadun Rom, tamadun Babylon, tamadun Indus.

Masih banyak rahsia yang tersingkap dan perlu dibongkar dengan kajian dan penerokaan dan semestinya memerlukan lesen dan dana untuk memastikan kajian dan ekskavasi dapat diteruskan.

Tamadun bangsa yang sedang tidur perlu dibangkitkan untuk menyedarkan anak bangsa mengenai kehebatan nenek moyang mereka suatu ketika dahulu akhirnya memberi keyakinan bahawa kita mampu mencapai kegemilangan yang sama suatu hari nanti.

Saya sangat bersedih hati sekiranya, kerisauan terhadap tapak Sungai Batu menjadi kenyataan. Ayuh kalian!! Lakukan sesuatu untuk mewariskan sesuatu kepada anak, cucu, cicitmu kelak.

Mohamed Khir Azril Badrishah
Seorang penyelidik bebas sejarah dan tamadun Melayu

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, mahupun Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
Papar selanjutnya

3 komen

  1. Jangankan kate sejarah di kedah, sejarah di melake juga harus terus dirungkai agar kisah kehebatan masyarakat melayu di waktu dahulu dapat diteladani oleh generasi sekarang yang didapati lebih mengagungkan org barat daripada bangsa sendiri.. Sejarah di melaka rasanya maseh banyak yang belum dirungkai termasuklah usia tamadun melaka ini mungkin lebih lama lagi sepertimana yang umum tahu iaitu pembukaan melaka oleh parameswara adalah pada 1400 dan berakhir pada 1511 setelah diserang oleh portugis. Org-org melaka di kala itu berjuang menentang portugis bukan mengunakan keris tombak panah dan parang akan tetapi mengunakan senjata api ini termasuklah meriam, pistol dan meriam bahu yang kini sinonim dengan pangilan (RPG) kemungkinan besau RPG yang digunakan pada hari ini adalah ditiru daripada senjata meriam bahu yang digunakan oleh tentera melaka pada waktu dahulu. Segala sejarah ini harus perlu terus dirungkai agar anak bangsa melayu boleh berbangga dengan diri sendiri dan tidak lagi merendah diri dah menganggap diri sebagai lemah dan ketinggalan.

  2. Tidak semua perkara harus dimulakan dan diakhiri dengan perkiraan ekonomi. Yang tersirat itu jauh merentasi kepentingan yang tersurat. Malang bagi sejarah bangsa bila,”hilang tak bercari, lulus tak berselami”.

  3. Sepertinya nasib peninggallan bersejarah di negri sana tidak jauh berbeda dengan yang ada diindonesia, dmn pemerintah kami tidak begitu peduli. Tapi untuk ada sekempulan arkeolog yang mulai menggali peninggalan masa lalu dengan biaya sendiri seperti yang mereka lakukan di situs gunung padang http://opinikoe.com/gunung-padang/.

    Ada baiknya di malaysia sana mulai membuat tim indenpenden untuk mulai mengkaji ulang peninggalan peradapan sangat beharga itu, seperti yang sedang kami lakukan di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel berkaitan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker