Isu vape: Anak Zahid Hamidi buat kenyataan bertentangan fatwa
Gelaran ikon belia adalah satu gelaran serta pengiktirafan yang berprestij diberikan kepada individu yang terpilih di atas sumbangan serta ketokohan yang ditunjukkan kepada negara. Namun harus diingatkan, ia tidak menjadikan segala perkataan yang dizahirkan serta perlakuan yang ditunjukkan menjadi ‘valid’ dan perlu diterima oleh masyarakat umum secara membuta tuli.
Merujuk kepada posting Dato Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang merupakan ikon belia negara berkenaan budaya vape yang pada pandangan beliau adalah salah satu cara untuk bersosial dan tidak seharusnya dihina, dilihat memberi imej yang buruk kepada beliau dan juga persepsi orang luar berkenaan dengan wanita muslim itu sendiri. Dalam posting yang sama juga, beliau berpendirian, ia adalah hak peribadi seseorang untuk meyukai atau membenci golongan vape tetapi tidak perlu sampai ke tahap penghinaan.
Saya melihat kenyataan atau sudut pandangan ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya diungkapkan oleh seseorang yang bergelar ikon apatah lagi sebagai seorang wanita Islam. Kita sedia maklum, hukum penggunaan rokok elektronik ini adalah haram dan ia telah diulas dengan jelas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Namun masih banyak alasan yang digunakan oleh golongan ini hanya untuk memenangkan nafsu serta menghalalkan perkara yang sudah jelas haram hukumunya antaranya ialah penggunaan vape lebih baik kerana ia tidak memudaratkan seperti rokok sebenar dan ada yang berhujah penggunaan rokok elektronik ini adalah langkah awal ke arah untuk berhenti merokok dan perasa yang pelbagai menambahkan kenikmatan pengguna dan tidak mengotorkan bau udara.. Namun apa yang perlu ditegaskan disini adalah niat tidak menghalalkan cara kerana firman Allah swt:
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
Dan firmannya lagi:
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A’raf: 157)
Kesimpulannya, menjadi kewajipan ke atas kita sebagai seorang muslim untuk mengambil sesuatu yang baik dan meninggalkan sesuatu yang memudaratkan dan boleh membinasakan diri kita sendiri. Peluang menjadi ikon belia seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menunjukkan nilai-nilai jati diri seorang belia yang bergelar muslim seterusnya menjadi qudwah (contoh) kepada masyarakat diluar sana.
Aspek pembangunan dan pembinaan jati diri belia perlu dipandang serius bagi menjanjikan negara bakal diterajui oleh pelapis-pelapis yang berkualiti di masa akan datang. Kepada belia diluar sana, ketahuilah kita adalah generasi pewaris pada masa hadapan yang akan memimpin negara. Maka, tidak inginkah kita melihat suatu hari nanti Malaysia akan lebih indah dan gemilang di bawah lembayung ajaran Islam yang tulen?
Nur Aiyshah Abd Muni’m
Naib President 3, PEMBINA UIAM Gombak
tenuk
Fatwa pun dikeluarkan oleh manusia dan bukannya tuhan. Manusia itu ada kelemahannya. Dlm kontek ini fatwa tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya kajian mendalam harus dilakukan. Kalau nak ‘ban’ biar menyeluruh dan jgn hgt2 tahi ayam sahaja. Kedai vape pun dibenar skrg masih dibenar beroperasi. So…
Ikhwan: memg fatwa dikeluarkan oleh manusia tp berlandaskan hukum2, ilmu perundangan yg Allah sediakan iaitu AlQuran n Hadith.
Zaman sebelum Rasulullah, arak pun xharam tp bila arak lebih mendatangkan kemudharatan drpd kebaikan maka Allah mengharamkan arak. Mcmtu jugak rokok dan yg terbaru, vape ni. Sebb bila diteliti, xnmpk satu pun kebaikan.
#peacenowar
Rokok judi umah pelacuran tak haram ke
Kenapa vape haram perisa pun beli kedai kek.pikirlah sebab vape tak ada cukai tu yg haram